Pembayaran zakat secara online melalui perbankan internet
Assalammualaikum semua..
hurmm rase cam lame je x update blog..
hehe lately so bz sgt2..
tp nk gak update blog..
okeh now iena citer pasal pembayaran zakat secara online..
haa SUDAH KAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT???
Memang zakat fitrah ni wajib d bayar oleh ketua keluarga iaitu ayah kiter selagi kiter masih d bawah tanggungan nya..
selagi tak kawen la kan..
Tetapi kan lebih elok jika kita membayarnya sendiri jika kita telah bekerja..
confirm kn pembayaran n teruskan seperti online banking biasa
okeh done
Oppss tetibe pas byr page from zakat internal server error plak..
xdpt nk print resit from zakat..
ermm xpelah yg penting niat kita n kita dh byr..
yg nie iena bayarkan utk mak ayah iena ..
walaupun tak wajib tapi iena nak bayar jugak..
x salah pon kan..lagi elok kalau nk byr lebih kan..
walaubagaimanapun ayah iena masih wajib membayar zakat untuk dirinya n mak iena walaupun iena dh bayarkan utk mereka..utk adek2 iena lagi lah wajib kan..hehe
;)
Sila rujuk pada maklumat di bawah. Isteri hanya boleh bayar untuk dirinya sendiri.
Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan hafizhahullah telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya.
Ia dapat di ringkaskan seperti berikut:
1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.
2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.
3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.
4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.
5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.
10.Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.
11.Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].
12.Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.
13.Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.
14.Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.
15.Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta .
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
0 comments:
Post a Comment