Grab The Promo
Grab The Promo

Hukum Makan Tangan Kiri



Assalamulaikum all readers..Harini iena nk berkongsi pada semua mengenai Adab Makan.Bunyi mcm sgt simple kn? Tp pd hakekatnya ramai yg buat kesalahan,ana hitelitekn benda ni kpd kita kaum muslimin semua.Memang betul kita makan menggunakan tangan kanan,tp bila time minum berapa kah jumlah manusia yg minum menggunakan tgn kanan.Kebanyakan akan mnggunakan tangan kiri,atas dasar apa??? Atas sbb tgn kanan kotor.Islam cukup indah saudaraku,tiada agama lain yg seindah dan selengkap agama Islam.Kita di ajar dr sekecil2 adab smpla sebesar2nya,complete! Jadi saudaraku,marilah kita ubah cara penggunnaan tangan ketika MINUM terutamanya. Bagi yg kidal,tiada alasan untuk berkata "sy kidal la,dah terbiasa" melainkn memang betul ada keuzuran,misalnya memang dilahirkan tanpa tangan kanan atau kudung.Itu lain ceritanya,tp ana tekankan kepada yg mampu utk mengubahnya.Kenapa kita di ajar menggunakan tgn kanan sama ada utk makan @ minum?? Kerana kita tak nak menyerupai Syaitan.


Syaitan memiliki tangan dan jari.Mari kita lihat sabda Rasulullah shallallahu alaihi wassalam


"Apabila seseorang kalian makan,maka makanlah dengan TANGAN KANANNYA dan apabila kalian minum,maka minumlah dengan TANGAN KANANNYA.Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. [Shahih Muslim,hadis no 2020 Kitab Al-Asyrabah,Bab Adab Makan Minum]


Syaitan memiliki jari berdasarkan keterangan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam


"Setiap anak adam (manusia) ketika lahir ditusuk di tepi kedua badannya oleh syaitan dengan jarinya kecuali Isa ibni Maryam,syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya)" [Shahih al-Bukhari,hadis no 3286,Kitab Bad'i al-Khalq,Bab Sifat iblis dan tenteranya]
Oleh kerana itu,kita umat islam sgt2 ditekankn untuk makan dan minum dengan tangan kanannya.Penekanan ini turut merangkumi apa jua perkakas yg digunakan seperti sudu,garfu chopstick dan lain2.


Pernah dahulu seseorang duduk Rasulullah shallallahu alaihi wassalam makan dgn tangan kirinya,


Rasulullah menegur "Makanlah dgn tangan kanan kamu"
Org itu menjawab " Aku tidak mampu"
Rasulullah menjawab "Kamu tidak mampu?? (padahal dia enggan tidak lain kerana kesombongan [perawi hadis salam bin al-akwa radhiaallahu anh]) kemudian menerangkan bahawa setelah itu,lelaki tersbut tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya. (Shahih Muslim,hadis no 2021 Kitab Al-Asyrabah,Bab Adab Makan Minum)
Tangan kanannya menjadi lumpuh sejak dia membantah teguran Rasulullah. Rasulullah.


Syaitan makan apa2 yang dbiarkan oleh kita,sama ada yang masih tersisa d pinggan @ apa yang terjatuh darinya.Oleh sebab itu, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam menyuruh kita mghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya.


Tindakan ini bukan sahaja mengelak untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dr makanan tersebut.Anas bin Malik radhiallahu anh berkata


"Apabila Rasulullah shallallahu alaihi wassalam makan,baginda menjilat jari2nya 3 kali."


Anas berkata,Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda


"Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan apa2 kotoran yang melekat padanya lalu memakannya.Janganlah meninggalkannya untuk syaitan"


"Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskn apa2 sisa makanan" Baginda berpesan " Ini kerana kalian tidak tahu d bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan" {Shahih Muslim,hadis no 2034,Kitab Al-Asyrabah,Bab disukai menjilat jari..}


Untuk mengelakkn apa2 makanan dr tersisa,hendaklah kita sejak dr awal menyukat jumlah makanan yang kita letakkn dlm pinggan.Ambil sekadar yang perlu tanpa berlebih-lebihan.
Syaitan akan menghasut kita untuk mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah salah 1 bentuk pembaziran dan hubungan antara org yang membazir dengan syaitan adalah
"Sesungguhnya orang-orang yg membazir itu adalah saudara-saudara syaitan"
[al-Isra' 17:27]


Selain itu syaitan minum sambil berdiri.Pada suatu ketika Rasulullah shallallahu alaihi wassalam melihat seorang yang minum sambil berdiri.


Baginda menegur "jangan begitu!" orang itu bertanya "mengapa?" Rasulullah menjawab "Adakah kamu suka minum bersama kucing?" orang itu menjawab"tidak"


Rasulullah meneruskan :


"Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kam sesuatu yang lebih buruk darinya,iaitu syaitan"[Sanad shahih al darimi dan sanadnya dinilai oleh husain asad dlm semakannya ke atas Musnad al darimi,hadis no 2174,Kitab Al-Asyrabah,Bab org tf dbenci minum berdiri]


Oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan minum sambil berdiri.Jika suasana tidak mengizinkan,bole minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak,Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah minum sambil berdiri.


Abd Allah ibnu Abbas radhiallahu anh berkata


"Aku menghidang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam air zam-zam dan bagindanya meminumnya sambil berdiri"
[Shahih Muslim,hadis no 2027,Kitab al-Asyrabah,Bab minm air zam2 sambil berdiri..]




Artinya jika dikatakan wajib, maka yang makan atau minum dengan tangan kiri dengan kesengajaan, berarti melakukan keharaman. Demikianlah yang lebih tepat karena ada penguat dalam riwayat Muslim yang menyatakan bahwa makan dengan tangan kiri menyerupai perbuatan setan. Inilah yang menjadi alasan wajibnya sebagaimana telah jelas dalam kaedah fiqhiyah. Wallahu a’lam.



Namun jika ada udzur (halangan) menggunakan tangan kanan kala itu, maka dimaafkan jika harus menggunakan tangan kiri. Ibnu Baththol menukil perkataan Ath Thobari, di mana beliau berkata, “Tidak boleh makan dan minum dengan tangan kiri kecuali bagi orang yang tangan kanannya dalam kesulitan untuk digunakan karena mesti melakukan hal lainnya seperti digunakan untuk mengambil, memberi, mengangkat, meletakkan atau membentangkan sesuatu.” Lalu Ath Thobari menyebutkan riwayat ‘Ali yang mendukung hal ini.[3] Ingat sekali lagi, dibolehkan dengan tangan kiri di sini ketika memang darurat, bukan karena malas.



Demikian sajian singkat hari ini. Semoga yang sedikit ini bermanfaat.

 


Source from
http://lovesunnahnobidaah.blogspot.com/2010/11/hukum-makan-kiri.html











Aktiviti hari ini terpaksa di batalkan(T__T)



Salam (^_~)
if nk d ikutkn today cik iena bnyk je aktiviti..
ade majlis pertunangan member n ade dua org member yg baru lepas bersalin ank sulung yg nk pergi melawat dorang..
tapi atas sb kesihatan cik iena xdpt nk g..cik iena nye mulut + idung sudah gatal2..ruam..terkene alahan..
hihihi itu lah dah tau awak tu ade alahan pd makanan..nak juge mkn kan kan..kan dh jd ning baizura bibir tuh(^_~)

To my friend..so sorry xdpt kuar today..
bibir agak bengkak n tak comel..
hihihihi

TO ILLA & BORN







Selamat bertunang laling!!!
sorry xdpt dtg majlis korang arini



TO NYO TEM(AISYAH)

my bff...sory cayunk xdpt dtg this week..
nk flashback jap..jum layan pic cik iena mase wedding aisyah
yeayyy cik iena ade kt majlis tu dr jumaat mlm smp ahad mlm
to all my bff dont worry cik iena akn sentiasa ada d sisi korang on ur big day cayunk..
will always there for u girlz!!!



















insyaallah next week iena dtg yer..
nty nk ajak aunty syallyniena yg laen.
windu sgt kt syally niena..

hihihi mesti sume pelik..
syally niena tu gabungan name cik iena n bff kt kolej dlu(^_~)

SYA - Aisyah
LLY - Sally
NIE - Yanie
NA - Iena,Erna,clementina

My SyallyNiena







hihi ni plak da abes blaja n da keje..
pastu jumpe dgn nyo cho & yo er
muahhhhhhhhhh windu korang

Heppp dah dah panjang nye pasal syallyniena n aisyah ye
hihihi aisyah nty kami dtg yer..
hihihi tahniah dpt baby boy..



TO My Friend UMMI..
bff kt smk syed mashor dulu(^_~)
ummiiiiiiiiiiii
hihihi lame bangat seh enggak jumpeeeee
winduuuuu..hihihi sorry yunk xdpt dtg mgu nie
hihihi nty kite dtg next time ye
nk plannig btl2 dgn suzie n nenie dlu..
g ramai2 bru best..hihihihi

jum2 tgk pic cik ummie,suzie n nenie :)







:)
yeayy kami ber empat masih closed smp skrg since dr sek menengah(^_~)
windu korang..
hihih nty kite g tgk ummi n baby same2 yer:)


haaa sekian sudah ucapan sorry xdpt jmp korang2 yg d atas today ye
cik iena terkene alergik ..hihihi
gatai nk mkn sotong kan kan kan
hamekkk koo bibir bengkak..+ gatal2..

klu nk tau ngape cik iena vegetarian sb ini la
cik iena alergik sea food..
bnyk foods yg alergik
bukan x nk mkn or bukan diet..
tp xblh makan..

latelly ni ade la try mkn sb inchik lurve kate rugi xmkn..try la sedap..
jgn ikutkn sgt tu tak blh ni xblh..
hurmmm cik iena pon try la..
mkn sotong..ketam,kerang..
okay je..mmg okay
sb cik iena ade minum jus delima skrg
jus tu mmg elok tuk kesihatan..
so mmg dh mkn sotong sume okay la xgatal kn..tak naik ruam2..
so mkn je la bile d pelawa
smp la tetttttt tibe2 naek gatal2..
bengkak mulut...

g la klinik..
ckp la kt doktor yg sblm ni alergik...
tp lepas minum jus delima
da blh mkn..tu makan dgn gembiranya
hahaha
tetibe naek balik lergik gatal2 tu..

pastuh doktor kate..
badan awk masih blm blh terima kandungan yg bnyk
alhamdulillah awk dh blh mkn siket2
tp mkn dlm kuantiti yg siket..
jgn kerap dan mkn bnyk
biar badan serasi dulu dan teruskn lah minum jus delima tu
mana tau insyaallah dgn kuasa tuhan alergik tu blh hilang sepenuhnya ke
sb now since minum jus delima dh blh mkn siket2 kn..
if keep minum jus delima insyaallah blh hilang terus ke penyakit alergik nie
ape2 pn sume tu kuasa tuhan kn...
bersyukur sgt alergik skrg da ok sket
klu sblm nie mmg teruk kene..
hihihi dekat satu semester kt kolej mulut cm ning baizura..
huh tak comel tak comel..
haaaaa moh tgk ni la jus delima yg cik iena minum

nyum nyum
cedap..
beli dkt

Deliciously Organic
wokiesss panjang sungguh bebelan arini
mentang2 xley kua kn..
huhuhu masa utk mkn buah banyak2 bg alahan ni okay
esk cik iena kene dtg majlis pengumuman pemenang pencarian model DJC yg cik iena organize dlu..
hihihi harus dtg sb penat wooooo bertungkuslumus menjayakan event nie
okies.daaaaaaaaaaaaa








Memahami Alahan




Apa itu Alahan?



PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimana Alahan Terjadi

Secara saintifik, sensitiviti-secara-bilazim (hypersensitivity) badan membabitkan tiga komponen asas iaitu alergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibodi (terutamanya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel ‘mast’ dan basofil (sejenis sel darah putih).

Apabila seseorang yang mengalami masalah alahan memakan sesuatu komponen alergen makanan, sistem kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsangkan untuk menghasilkan antibodi IgE tertentu terhadap komponen makanan itu.

Berjuta-juta antibodi kemudiannya mengalir dalam saluran darah, sebelum antibodi itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel ‘mast’.

Pada umumnya, sel ‘mast’ boleh dapati di tempat di mana tubuh kita didedahkan kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Basofil dan sel ‘mast’ menghasilkan dan menyimpan bahan seperti ‘histamine’ (histamina – bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan.

Apabila antibodi IgE pada permukaan basofil dan sel ‘mast’ terdedah kepada alergen makanan, sel-sel ini akan membebaskan histamine yang seterusnya menyebabkan berbagai-bagai simptom reaksi alahan.

Kebanyakan reaksi kurang baik terhadap bahan tambahan dalam makanan disebabkan intoleran dan bukan alahan. Manakala, protein dari ayam, kambing, beras dan tepung ‘carob seed’ dianggap rendah dalam kandungan alergen. Dipercayai makanan seperti kiwi, betik dan mempelam boleh menyebabkan sensitiviti yang sebelum ini tidak diketahui.

Prevalen (kelaziman) dan skop masalah alahan makanan semakin meningkat di seluruh dunia dan ia mencerminkan corak pemakanan tempatan.

Perlu diketahui, simptom alahan makanan bergantung kepada peringkat umur ketika ia mula muncul. Contohnya, dalam umur beberapa minggu pertama kehidupan, simptom kebiasaannya adalah muntah dan cirit-birit. Dalam usia menjangkau beberapa bulan atau tahun pertama pula, bayi akan berhadapan dengan masalah kulit seperti atopik ekzema.

Simptom saluran pernafasan (bronkiolitis) kemudian timbul dalam bentuk asma dari umur 3 tahun dan ‘rhinitis’ dari umur baligh. Masalah yang timbul mungkin serius dan kadangkala tidak. Contohnya kegatalan sekitar mulut, kegatalan dan radang pada kulit, simptom gastrousus (muntah dan cirit-birit), simptom saluran pernafasan dan simptom sistem jantung yang mungkin boleh membawa maut.

Walaupun sesuatu makanan tertentu boleh mencetuskan reaksi dalam satu atau lebih organ, ia jarang menyebabkan asma, ‘rhinitis’ atau ‘urticaria’. Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi makanan kronik dan subakut muncul sebagai reaksi gastrousus dengan simptom seperti perut sakit, muntah, cirit-birit dan tumbesaran yang terbantut.

Kebanyakan alahan makanan kanak-kanak akan hilang apabila anak-anak mula membesar, kecuali alahan terhadap makanan seperti kacang tanah dan makanan laut. Bayi dan anak-anak kecil yang memperlihatkan masalah alahan makanan lebih cenderung mengalami masalah alahan makanan yang lain dan alahan saluran pernafasan apabila mereka membesar.

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kelaziman alahan meningkat dengan kadar yang mendadak sehingga ke tahap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkannya sebagai antara epidemik kurun ke 21.

Dengan mengambil kira semua jenis alahan dan simptom, jumlah kes berlipat ganda dalam 10 tahun yang terakhir ini. Anggaran kelaziman global alahan makanan adalah lebih kurang enam hingga lapan peratus. Ini mengenal pasti alahan, khususnya alahan makanan, sebagai satu dari penyakit yang paling lazim di kalangan bayi dan kanak-kanak dan membabitkan kos kesihatan yang tinggi di samping ketidakselesaan kepada anak dan keluarga.

- Faktor yang mempengaruhi alahan

Ciri-ciri protein


Jumlah pengambilan


Jenis dan tahap respon sistem imun


Sensitiviti organ sasaran


Kecenderungan genetik.

Mengapa Berlakunya Peningkatan Kes Alahan ?

- Tiga faktor utama yang berlainan memainkan peranan dalam peningkatan kelaziman alahan sejak dua abad kebelakangan ini:-

Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.

Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.

Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi. Ini menyebabkan sistem sel ‘T helper’(sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2(yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).

PENINGKATAN kelaziman alahan yang mendadak ini menegaskan bahawa langkah pencegahan primer untuk mencegahnya perlu diambil secepat mungkin.

Seseorang itu akan menghadapi risiko lebih tinggi terhadap alahan makanan jika ia mempunyai kecenderungan genetik terhadap alahan yang diwarisi daripada ibu bapa dan seterusnya dia didedahkan kepada sesuatu alergen pada umur kritikal tertentu.

Secara praktis, pencegahan primer bertujuan mengelak daripada pendedahan dan simptom di kalangan individu yang berisiko.

Pencegahan sekunder pula menumpukan untuk mengawal simptom yang timbul pada individu yang sudah terdedah terhadap alergen.

- Makanan yang menyebabkan alahan:

Putih telur


Susu lembu


Soya


Gandum


Kacang tanah


Buah-buahan citrus


Biji bijan

Ikan


Sotong.


Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

- Alahan makanan



 Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.



 Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang.



Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.



- Alahan serangga



Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh  lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.



 Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.



 Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke

minggu.



 Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada

sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.



- Alahan ubat



 Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.



 Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit. 

 Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.



- Alahan kulit



 Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.



Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.



 Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.





Merawat dan menguruskan alahan




 Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran

bernafas.



 Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.



 Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:



 Di manakah tindak balas berlaku? Di dalam atau di luar rumah?



 
 Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama?Adakah anda makan atau minum?

  Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?



 
 Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru? Adakah anda menggunakan sabun atau bahan

pencuci baru?



 Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.



 Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan andadengan beberapa tip mudah berikut:



- Hindari alergen yang diketahui



- Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang



- Selalulah berjumpa doktor



- Jaga kesihatan anda.

 







Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve