Grab The Promo
Grab The Promo

Memahami Alahan




Apa itu Alahan?



PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimana Alahan Terjadi

Secara saintifik, sensitiviti-secara-bilazim (hypersensitivity) badan membabitkan tiga komponen asas iaitu alergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibodi (terutamanya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel ‘mast’ dan basofil (sejenis sel darah putih).

Apabila seseorang yang mengalami masalah alahan memakan sesuatu komponen alergen makanan, sistem kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsangkan untuk menghasilkan antibodi IgE tertentu terhadap komponen makanan itu.

Berjuta-juta antibodi kemudiannya mengalir dalam saluran darah, sebelum antibodi itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel ‘mast’.

Pada umumnya, sel ‘mast’ boleh dapati di tempat di mana tubuh kita didedahkan kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Basofil dan sel ‘mast’ menghasilkan dan menyimpan bahan seperti ‘histamine’ (histamina – bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan.

Apabila antibodi IgE pada permukaan basofil dan sel ‘mast’ terdedah kepada alergen makanan, sel-sel ini akan membebaskan histamine yang seterusnya menyebabkan berbagai-bagai simptom reaksi alahan.

Kebanyakan reaksi kurang baik terhadap bahan tambahan dalam makanan disebabkan intoleran dan bukan alahan. Manakala, protein dari ayam, kambing, beras dan tepung ‘carob seed’ dianggap rendah dalam kandungan alergen. Dipercayai makanan seperti kiwi, betik dan mempelam boleh menyebabkan sensitiviti yang sebelum ini tidak diketahui.

Prevalen (kelaziman) dan skop masalah alahan makanan semakin meningkat di seluruh dunia dan ia mencerminkan corak pemakanan tempatan.

Perlu diketahui, simptom alahan makanan bergantung kepada peringkat umur ketika ia mula muncul. Contohnya, dalam umur beberapa minggu pertama kehidupan, simptom kebiasaannya adalah muntah dan cirit-birit. Dalam usia menjangkau beberapa bulan atau tahun pertama pula, bayi akan berhadapan dengan masalah kulit seperti atopik ekzema.

Simptom saluran pernafasan (bronkiolitis) kemudian timbul dalam bentuk asma dari umur 3 tahun dan ‘rhinitis’ dari umur baligh. Masalah yang timbul mungkin serius dan kadangkala tidak. Contohnya kegatalan sekitar mulut, kegatalan dan radang pada kulit, simptom gastrousus (muntah dan cirit-birit), simptom saluran pernafasan dan simptom sistem jantung yang mungkin boleh membawa maut.

Walaupun sesuatu makanan tertentu boleh mencetuskan reaksi dalam satu atau lebih organ, ia jarang menyebabkan asma, ‘rhinitis’ atau ‘urticaria’. Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi makanan kronik dan subakut muncul sebagai reaksi gastrousus dengan simptom seperti perut sakit, muntah, cirit-birit dan tumbesaran yang terbantut.

Kebanyakan alahan makanan kanak-kanak akan hilang apabila anak-anak mula membesar, kecuali alahan terhadap makanan seperti kacang tanah dan makanan laut. Bayi dan anak-anak kecil yang memperlihatkan masalah alahan makanan lebih cenderung mengalami masalah alahan makanan yang lain dan alahan saluran pernafasan apabila mereka membesar.

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kelaziman alahan meningkat dengan kadar yang mendadak sehingga ke tahap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkannya sebagai antara epidemik kurun ke 21.

Dengan mengambil kira semua jenis alahan dan simptom, jumlah kes berlipat ganda dalam 10 tahun yang terakhir ini. Anggaran kelaziman global alahan makanan adalah lebih kurang enam hingga lapan peratus. Ini mengenal pasti alahan, khususnya alahan makanan, sebagai satu dari penyakit yang paling lazim di kalangan bayi dan kanak-kanak dan membabitkan kos kesihatan yang tinggi di samping ketidakselesaan kepada anak dan keluarga.

- Faktor yang mempengaruhi alahan

Ciri-ciri protein


Jumlah pengambilan


Jenis dan tahap respon sistem imun


Sensitiviti organ sasaran


Kecenderungan genetik.

Mengapa Berlakunya Peningkatan Kes Alahan ?

- Tiga faktor utama yang berlainan memainkan peranan dalam peningkatan kelaziman alahan sejak dua abad kebelakangan ini:-

Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.

Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.

Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi. Ini menyebabkan sistem sel ‘T helper’(sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2(yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).

PENINGKATAN kelaziman alahan yang mendadak ini menegaskan bahawa langkah pencegahan primer untuk mencegahnya perlu diambil secepat mungkin.

Seseorang itu akan menghadapi risiko lebih tinggi terhadap alahan makanan jika ia mempunyai kecenderungan genetik terhadap alahan yang diwarisi daripada ibu bapa dan seterusnya dia didedahkan kepada sesuatu alergen pada umur kritikal tertentu.

Secara praktis, pencegahan primer bertujuan mengelak daripada pendedahan dan simptom di kalangan individu yang berisiko.

Pencegahan sekunder pula menumpukan untuk mengawal simptom yang timbul pada individu yang sudah terdedah terhadap alergen.

- Makanan yang menyebabkan alahan:

Putih telur


Susu lembu


Soya


Gandum


Kacang tanah


Buah-buahan citrus


Biji bijan

Ikan


Sotong.


Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

- Alahan makanan



 Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.



 Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang.



Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.



- Alahan serangga



Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh  lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.



 Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.



 Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke

minggu.



 Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada

sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.



- Alahan ubat



 Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.



 Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit. 

 Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.



- Alahan kulit



 Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.



Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.



 Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.





Merawat dan menguruskan alahan




 Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran

bernafas.



 Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.



 Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:



 Di manakah tindak balas berlaku? Di dalam atau di luar rumah?



 
 Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama?Adakah anda makan atau minum?

  Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?



 
 Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru? Adakah anda menggunakan sabun atau bahan

pencuci baru?



 Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.



 Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan andadengan beberapa tip mudah berikut:



- Hindari alergen yang diketahui



- Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang



- Selalulah berjumpa doktor



- Jaga kesihatan anda.

 







0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve