Grab The Promo
Grab The Promo

Air kencing anda berdarah ?

Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Pada artikel kali ini cik iena nak share apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing kita mengandungi darah.
Apakah yang patut anda lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.
Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.
Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang(http : //buahpinggangsihat . com/2010/10/penjagaan-buah-pinggang/langkah-terbaik-melindungi-buah-pinggang-anda/).
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.
Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.
Diagnosis
Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.





Rawatan
Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.


Source From http: // buahpinggangsihat . com






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve