Hari nie cik iena nak kongsikan tentang kelebihan dan manfaat limau nipis. Limau nie nampak jer kecik tapi banyak betul khasiatnya kepada tubuh badan kita. Banyak sebenarnya petua yang berasaskan atau menggunakan limau nipis. Kalau tak percaya, sila baca entry sehingga habis.
Opss sblm tu nie info utk limau nipis yg cik iena jmp kt wikipedia.org
Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
Okies jum teruskan bace khasiat2 limau nipis nie
Petua Kempiskan Perut
Orang yang banyak lemak dengan perut buncit memang sesuai amalkan petua ini.
Caranya cukup mudah okay. Minum air teh tanpa gula kemudian perahkan limau nipis harus diminum setiap hari. Kalau nak lebih berkesan, minumlah air tu bila sudah suam sikit.
Petua untuk rambut wangi dan hilangkan kelemumur.
Hiriskan beberapa biji limau nipis. Kemudian gosokkan limau tersebut keseluruh kepala. Biarkan beberapa minit barulah dicuci hingga bersih. Ia bukan sahaja dapat mewangikan rambut, hilangkan kelemumur malah dapat dipercayai dapat menghilangkan rasa pening kepala.
Petua hilangkan bau kaki
Biasanya kaki kita berbau bila kasut yang dipakai dah lama tak dibasuh @ pakai kasut yang bertutup. So untuk elakkan daripada kaki kita berbau, gunakan limau nipis, potongkan ia dan gosoklah pada kaki. Digalakkan untuk lakukan ia setiap petang selepas menanggalkan kasut.
Petua untuk Demam
Petua untuk Batuk.
Petua untuk selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.
Petua untuk Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Petua untuk Mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi
Petua untuk mengelak muka sembab dan wajah menjadi berseri.
Kalau nak tahu banyak lagi petua menggunakan limau nipis, bolehlah klik sini
0 comments:
Post a Comment