- Jerawat merupakan keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.
- Kajian yg dijalankan dlm bidang perubatan menunjukkan terdapat hampir 50 jenis jerawat yg menjadi masalah kpd kaum wanita mahupun lelaki.
- Jerawat = Acne Vulgaris , iaitu masalah kulit yg berlaki pada pilosebaceous (terdiri drpd rongga rambut dan kelenjar minyak) pd bhgian kulit.
- Masalah Jerawat dialami oleh golongan remaja dan dewasa.
- BAGAIMANA JERAWAT MUNCUL
- Kecederaan pada tisu utama yg disebabkan oleh bintik hitam.Bintik2 hitam ini mengandungi sumbatan sebum iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Selain itu masalah jerawat juga berpunca dr pertumbuhan bakteria propionibacterium acnes yg mengisi ruang folikel rambut.
- Kekotoran ini akan berada dlm keadaan yg terbuka mahupun tertutup.Sekiranya ia terbuka,maka akan terjadi bintik2 hitam pada kulit manusia akibat proses pengoksidaan.
- Jika ia tertutup,tisu yg bernanah akan terbentuk dan mengakibatkan keradangan pada kulit.
- Masalah jerawat akan dikategorikan sebagai "ringan" sekiranya jumlah lesi kurang dari 30.
- Jumlah lesi dari 30-125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat "sederhana" .Apabila jumlah lesi melebihi 125, maka masalah jerawat akan berada dalam kategori "kronik".
- Jerawat sering menyerang remaja yg berusia 14 - 10 tahun kerana perubahan hormon.
JENIS-JENIS JERAWAT
- Jerawat Ringan
- Hanya terdapat sedikit bintik hitam dan jerawat
- Jerawat Sederhana
- Anda akan mengalami banyak jerawat pada wajah dan kemungkinan pada bahagian dada dan belakang.
- Jerawat Kronik
- Radang pd kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan minyak atau sebum secara berlebihan dan menyebabkan saluran kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku ,whitehead akan terbentuk dan mengakibatkan jerawat.Sekiranya masalah kelenjar minyak tersumbat teruk, bintik hitam pula akan wujud dan berinteraksi dgn bakteria jerawat.
PUNCA JERAWAT
Terdapat laporan yang menunjukkan bhw masalah jerawat kerap berlaku din kalangan remaja.Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon.Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dgn baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.Hormon yg dimaksudkan adalah Hormon Testosteron.
Hormon ini akan ditukarkan kepada "dihidrotestosteron" di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan size dan kadar metabolik. Individu yg sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan.Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kpd rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengunah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan....
SUMBER DARI BUKU PRIMA ->
CANTIK DENGAN MEKAP - Serlahkan Keayuanmu!
Next entry..Kisah DOngeng Sang Jerawat (^_~)
Hi gojes! salam kenal.Tertarik pasal entry jerawat nih.Masa muda dulu mungkin perubahan hormon barangkali banyak tul jerawat.nasib baik bukan jerawat batu tu.kalu tak mesti berdenyut.Pastu me tak leh pakai apa-apa jenis pelembap pun nanti sang jerawat muncul semula.huhuhu
ReplyDeletesalm perkenalan:)
ReplyDeleteowh kulit sensitif yer x blh pakai pelembab..
dh try jumpe doktor pakar kulit x?
kadang2 sb perjalanan darah x okay or darah kotor..if mkn ubt yg doktor bg blh elok..my friend dlu muke penuh jerawat..hidung pn jd kemek sb jerawat bengkak2..lpas jmp doktor pakar..dia bg ubt cuci darah n ade ubat lain lg..lame2 muke dia beransur owkay..hidung pn dh nmpk mancung sb da xde jerawat..
tp kos ler mahal klu mkn ubt doktor pakar nie(^_~)