Grab The Promo
Grab The Promo

Tiga Kebaikan Makanan Organik


Makanan organik adalah makanan yang melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun untuk mengelakkan penyakit pada tumbuhan atau haiwan, tanah yang dicampurkan bahan kimia untuk meningkatkan lagi kesuburan tanah dan sebagainya. Antara kebaikannya adalah :

(1) Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kandungan agen antioksida di dalam makanan organik adalah 50% lebih banyak berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Agen ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
(2) Kandungan nutrien yang tinggi
Selain daripada itu, kandungan nutrien untuk makanan organik juga adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Ia lebih teruk sekiranya makanan yang diproses itu ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi khasiat sesuatu makanan itu.
(3) Lebih bersih
Sudah pasti makanan organik adalah lebih bersih kerana ia melalui proses secara semulajadi. Walaupun bahan kimia mampu untuk menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya, tetapi bahan kimia yang digunakan itu sendiri memberi kesan terhadap khasiat sesuatu makanan itu.

sumber





0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve