Selain daripada membaca kisah-ksiah rumahtangga dan kisah cinta, apa kata kali nie kita bersantai pulak dengan membaca sedikit tips untuk menjaga kesihatan iaitu 7 perkara yang tak patut dibuat sejurus selepas makan. Ikutilah tips di bawah demi menjaga kesejahteraan tubuh badan.
1. Jangan merokok
Kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi…)
2. Jangan terus makan buah-buahan
Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam.
3. Jangan minum teh
Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat
5. Jangan mandi
Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, orang tua-tua berpesan kalau mandi lepas makan, perut buncit, mungkin ia ada kebenaran atau kaitannya.
6. Jangan berjalan-jalanBerjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh berjalan-jalan.
7. Jangan terus tidur
Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tidur. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan didalam usus kita. Kita juga mungkin mudah diserang sakit pedih ulu hati.
sedikit info tambahan: sekiranya kita mengamalkan mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan. Misalnya, pengambilan jus epal sebelum makan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan lambat berasa lapar. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan menurunkan kadar kolestrol supaya lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan.
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Nisa slalu tetido lpas mkn..hehe..:)
ReplyDeletekebanyakan org lelaki lepas mkn mrokok kan...
ReplyDeleteNisa : hihihi kena jauhkn tu :)
ReplyDeletecik nur : btul tu..mostly mmg pas mkn dorg merokok..naseb baek la en bf tak merokok:) alhamdulillah