Grab The Promo
Grab The Promo

TIPS KECANTIKAN DALAMAN


1. Minum banyak air
minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?

2. Bersenam

Baik untuk kesihatan dan elok untuk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok

Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu itu.. Jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit, pasti orang lebih nak sihat, kan??

4. Tidur yang cukup

Jangan asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam dikhaskan untuk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Bebaskan wajah

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Di rumah..tak perlulah sapu itu dan ini...cukuplah dengan wajah yang bersih.

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan

Jangan kerana inginkan kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Memanjakan diri

lakukan seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin, carilah pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress

Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy.

Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10.Ketawa penghibur duka

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


3 comments:

  1. follow sini gak ~~~
    nice blog,nice entry
    like it ....
    salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. singgah sini follow :) hikhik nak jadi model jugaaaaaakk :D

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve