ASAM GELUGOR ni banyak khasiatnya. Ais rebusannya dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Selain
itu, ia juga dapat menurunkan berat badan.Ia terbukti ia sangat
berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian
lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan
menerusi dua cara asas.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat
tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah
penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.
Selain
itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar
asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam
telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan
kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur
dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal
atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10
hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
kita dah vote Cik Iena untuk hari ni ^_^
ReplyDeleteYang gambar atas tu asam gelugor yg asal ka ? bru kenal.. -.-
ReplyDelete11/5 ezza vote lagi mealaui twitter and fb (:
ReplyDeletenampak je mcm kering je, padahal byk khasiat tuu.. :)
ReplyDeletebanyak khasiatnye.. mesti masam kan? -,-
ReplyDelete