Nama lain dari asam jawa ini adalah
· Tamarindus indica
· Tangkal asem (Sunda)
· Celagi
· Acem
ASAM JAWA
Dikenali
sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah
tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua
Afrika bahagian selatan gurun Sahara.
Pokok asam telah lama
ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan
tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar
hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda
dan menjadi hijau tua apabila telah matang.
Buah asam jawa
tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan
berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan
bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak
Pokok asam tumbuh
paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di
Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang
dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam,
tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang
masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan
sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia
menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.
KEGUNAAN DAN KHASIATNYA
Di
negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan
sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos
BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.
Di Curacao, sup
tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di
India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya
senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk
dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang
diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.
Ada orang India
mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu
sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita,
terutamanya bagi wanita yang mengandung.
Bunga, daun, buah yang
belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum
sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat
jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.
Asam jawa dan akar
pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur
untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.
Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.
Kulit
buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai
ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu
mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid
tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit
kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.
# Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.
# Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
# Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.
# Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.
Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.
Di
Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan
penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan
dicampur dengan gula sebelum diminum.
Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.
# Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.
Bagi
orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk
dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus
dan air rebusannya diminum.
# Air rebusan daun asam jawa dicampur
dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi
menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa
sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk
mengubati batuk.
Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum
sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas
dan sakit otot.
Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20
minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula
sebelum meminumnya sebagai penawar demam.
Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.
Di
Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan
ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan
pendarahan.
Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------
# Melegakan Deman Panas Kuat;
ambil
secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama
kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang
tinggi itu akan reda dan membaik..
Wallahwa'alam
Sumber:wajahayu.blogspot.com
♥♥ Info Menarik ♥♥
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
tp asam jawa kat mesir punyalah keras! hahaha.. tima nak masak kena rendam ngan air panas.. xsuke btl nak gunanya.. hehe..
ReplyDeletetq iena sbb share info ni.
ReplyDeletebanyak nyee khasiat asam jawa ni...boleh diamalkan ni..
ReplyDelete