Grab The Promo
Grab The Promo

BERHADAPAN SI PEMALU/PENDIAM


 
 
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi dimana anda berhadapan dengan seorang yang pendiam dan pemalu . Mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka yang petah bercakap  tetapi ia juga boleh mengundang masalah besar sekiranya terlepas cakap atau terlakukan sesuatu yang kurang disenangi nya. Almaklumlah orang yang banyak bercakap ni adakala nya akan bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu berbeza jika dibandingkan dengan orang yang pemalu atau pendiam, mereka akan berfikir sebelum bercakap atau menyuarakan sesuatu.
Okay jom kita selami serba sedikit tentang mereka yang pendiam/pemalu
 
1. Terima mereka seadanya. Fahami yang mereka mungkin tidak berapa suka ke majlis-majlis, social gathering, atau suka bercakap didalam group. Mereka mungkin sangat berbudi bahasa, menghiburkan orang dengan cara mereka tersendiri bila bersosial dan sangat memahami bila anda perlukan masa bersendirian.
 
 
2. Fahami yg dia tidak suka situasi mengejut. Lebih baik anda memberi dia sedikit maklumat tentang apa yg akan berlaku. Mereka mungkin suka keluar tetapi ianya boleh menjadi sesuatu yang memenatkan. Jadi jangan rancang sesuatu yang melibatkannya untuk bersosial selepas satu event ke event yg lain. Maksudnya jika anda ingin ke tempat lain selepas sesuatu event itu anda perlu memberitahu awal bukan memberitahu pada hari kejadian supaya dia tidak berasa terkejut dengan rancangan anda.


 
3. Jika mereka mahukan masa utk bersendirian, hormati mereka dengan memberi ruang untuk bersendirian (give them some space). Mereka kadang-kadang perlukan masa utk recharge dan akan ok balik selepas sedikit masa. Jadi janganlah ambil hati bila anda berhadapan situasi begini. Think positif ok.


 
4. Jangan tinggalkan mereka bila anda pergi ke majlis/acara sosial. Mereka akan rasa janggal dan keseorang di majlis-majlis besar. Lagi ramai orang mereka perlu bersosial, lebih banyak tenaga mereka perlukan. Bila pergi ke mana-mana acara, keep it brief atau fahami jika mereka mahu pulang awal dari suatu majlis.
 
 
 
5. Kalau anda seorang yg outgoing, pastikan anda hubungi mereka untuk bertanya khabar, update mereka dimana anda berada. Mereka akan appreciate yang anda mengambil masa untuk mereka. Belajar utk berkata-kata dengan menggunakan body language, senyuman jika anda ingin mengambil hati mereka.
 
 
 
6.Orang yang pemalu mungkin agak perlahan untuk memberitahu apa mereka rasakan especially kalau anda bergaduh atau berselisih faham. Anda mungkin fikirkan yg mereka tidak kisah, tidak merasakan apa-apa. Mereka mungkin perlukan masa untuk menyatakan sesuatu hingga mereka benar-benar pasti.
 
 

Jadi, jika anda berjumpa dengan seorang yang pemalu/pendiam dan ingin berkawan dengan mereka ambillah masa untuk memahami mereka
 
 
Nota Blog :  Ehem ehem sekarang terjadi pada cik iena, susah jugak nak mendekati seseorang yang pemalu dan pendiam. Memang perlu banyak kesabaran. Perlu bersabar dan sentiasa berfikiran positif dan yang paling penting sentiasa berdoa kepada Allah.

Siapa ada tips lain mohon share (^_~)
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve