Naraya adalah sebuah syarikat di Thailand yang menghasilkan beg kain dan aksesori. Syarikat ini bermula dengan Vassilios Lathouras dan Wasna. R Lathouras pada 6 Okt 1989 sebagai CEO syarikat. Tahun pertama keuntungan mereka adalah $ 10.000 dengan produk-produk hanya dijual di Thailand. Akhirnya, Naraya semakin popular dengan keuntungan berjumlah 7,5 juta dolar AS dan produk yang di seluruh dunia dijual. Ia kini mempunyai lebih 50 anak syarikat.
Naraya Central World outlets |
Disepanjang percutian cik iena di Bangkok, Thaland . Cik iena telah pun mebeli belah di tiga buah outlets Naraya di sekitar Bangkok. Pada hari pertama menjejakkan kaki di Bangkok. Cik iena telah membeli Tiga handbag Naraya di NaRaYa Central World.
Okay ni handbag yang cik iena beli di Naraya Central World
untuk diri sendiri, harga 450 bath = RM45 |
untuk diri sendiri juga, harga 100 bath = Rm10 |
untuk adik perempuan , harga 440 bath = RM 44 |
beg untuk adik perempuan cik iena susah nak pilih, sebab dia tak suka yang macam keperempuanan.
Dia suka yang simple. Harap dia suka yang ni.
ini pun member yang tolong pilih kan.
Dia suka yang simple. Harap dia suka yang ni.
ini pun member yang tolong pilih kan.
Untuk puan Ibunda, harga 290 bath = RM29 |
Puan ibunda cik iena bercitarasa macam cik iena jugak. Suka yang comel2.
Harap mak suka la yang ni. Nampak macam orang muda. Polka dot. Ada riben lagi
Harap mak suka la yang ni. Nampak macam orang muda. Polka dot. Ada riben lagi
(^_~)
Pada hari ketiga berada di bangkok, cik iena terjumpa kedai Naraya lagi, terdetik di hati untuk beli lagi. Kali ni cik iena beli untuk kakak yang kirim duit untuk beli barang di bangkok. Memandang kan masih ada baki lagi duit , jadi cik iena decide untuk beli naraya bags untuk kakak.
Kali ini cik iena membeli belah di Naraya. Mbk
Naraya MBK |
Naraya MBK |
untuk kakak, harga 310 bath = RM31 |
Selain dari beli untuk kakak, cik iena juga beli untuk ibu kepada sahabat cik iena yang baru sahaja menjalani pembedahan usus, Insya Allah balik dari Bangkok cik iena pergi melawat dia. Nak pergi melawat kene lah bawak buah tangan. Kebetulan pergi Bangkok . Jadi cik iena decide untuk belikan naraya bags untuk ibu kepada sahabat cik iena.
untuk mak kepada sahabat kite - harga 480 bath = RM48 |
harap mak kepada sahabat cik iena suka lah beg ni,
cik iena tak tau citarasa dia macam mana.
makcik makcik, moga makcik suka yer
semoga makcik cepat sembuh
naraya @ Siam Discovery |
Pada hari yang sama, lokasi yang berlainan. iaitu di Siam Discovery. Sekali lagi cik iena beli naraya bags untuk kawan cik iena yang kirim duit untuk beli barang. Memandangkan masih ada baki. Maka cik iena belikan naraya bags dan setelah dikira duit yang ada .Cik iena beli lagi untuk sahabat cik iena yang mencadangkan jenama naraya iaitu kak tie.
Kak tie bukan sahaja sahabat. malah cik iena dah anggap macma keluarga sendiri. Cik iena duduk bujang je di KL. Kak tie ,abg Gs & family selalu ada di kala cik iena gembira mahupun sedih. Cik iena duduk KL taknak susah kan family dengan masalah cik iena. Mereka yg banyak mendengar masalah cik iena dan juga kembar cik iena. Riana ... Riana & huby & anak dia pun sentiasa disisi cik iena dikala cik iena memerlukan. And seorang lagi idola. Kak yat. Cikgu mekap kite.
Dia adalah sumber inspirasi cik iena . Banyak memberi sokongan dan dorongan dalam bidang Modelling and make up.naraya @ Siam Discovery |
Okay , di Naraya Siam Discovery cik iena beli
untuk diri sendiri- harga 70 bath = RM7 |
Untuk kak tie,kak yat,riana & nana |
Setelah cik iena google, Naraya ni ada dua outlets dekat MAlaysia
One Utama & KLCC . Boleh refer http://www.naraya.com
Insya Allah nanti nak tengok perbezaan harga dia kat KLCC, member cakap kalau beli di Malaysia lagi Mahal.
Okay, setakai ini sahaja update untuk Naraya bags. Cik iena mintak maaf banyak2 pada sesiapa yang terasa cik iena tak belikan sesuatu untuk mereka. Cik iena terlalu ramai saudara dan kawan. Tak Termampu untuk penuhi permintaan semua orang.Beli untuk Si A, si B, C, D akan terasa.Terlalu banyak hati yang perlu dijaga.
Jika anda pernah melancong kenegara luar cik iena pasti anda memahami situasi cik iena. Adalah lebih baek jika cik iena utamakan hati sendiri terlebih dahulu. Pada yang kirm berduit. Cik iena dah belikan mengikut amount yang diberi setelah ditukarkan dengan current currency rate.
Walaupun korang masukkan duit selepas cik iena tukar duit. Cik iena tetap belikan guna duit sendiri terlebih dahulu. If nak tukar di bangkok memang lagi mahal. dapat sikit je duit bath.
Makanya kawan2 tolong, please fahami hati kami , kalau nak kirim tidak menjadi kesalahan tetapi amatlah dihargai jika diberikan wang sebelum hari kami menukarkan duit tersebut ke mata wang negara yang bakal dilawati. Takde la stuck duit perbelanjaan yang telah di hadkan untuk diri sendiri.
Atau adalah lebih bagus jika anda berikan terus duit yang telah anda tukarkan. Senang. Tak perlu la kami nak pergi tukar duit.
Nota belog : CIk iena ada beli souvenir yang kecik2 untuk kawan2 atau saudara yang jumpa cik iena dalam masa terdekat. Kalau habis, sampai setakat tu je la. Stakat ni ada 25 piece.
Lambat tak dapat hehe
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment