Assalammualaikum, selamat pagi salam subuh . Ceritera seminggu yang lepas ketika cik iena menghadiri charity programme untuk golongan homeless .
Program ini diadakan setiap minggu iaitu pada hari khamis dan jumaat bertempat di Bank Muamalat Masjid Jamek, belakang station LRT masjid Jamek.
Program ini dianjurkan 1Charity , pertubuhan NGO yang aktif dengan aktiviti2 sukarelawan terutama untuk golongan homeless atau pun lebih dikenali dengan nama GELANDANGAN.
Hari ini 15 Januari 2015, bersamaan hari khamis, memandangkan cik iena tiada aktiviti pada malam ini Insya Allah cik iena akan menghadirkan diri untuk turut sama membantu.
Sebelum ni cik iena selalu datang feed the homeless programme ni tapi pada lokasi berlainan dan NGO yang sama. Sebelum ini di buat di Masjid Jamek. Setelah bertukar tempat ke bank muamalat, pada 8 hb januari pertama kali cik iena menjejakkan kaki
untuk aktiviti feed the homeless programme ni.
Haaa agaknya kenapa lah cik iena tak pergi ye. Sebab utama nya cik iena tak tau tempat. Minggu lepas cik iena deal dengan salah seorang volunteer, kak nortie, dia jemput cik iena di station lrt masjid jamek. Kemudian bawa ke tempat tersebut.
Barulah cik iena tau. Sekarang dah tau tiada alasan untuk tidak pergi. Kalau ada masa and tiada aktiviti mesti pergi.
Bila lagi nak menyumbangkan tenaga kan. Nak sumbang wang ringgit cik iena tak la kaya sangat, cukup sekadar menanggung diri sendiri dan keluarga.
hihihi keluarga.. bercakap macam dah kawen je kan. Keluarga yang dimaksudkan mak abah dan adik2. Tambahan lagi dah beli rumah sendri memang besar la tanggungan, rumah sendiri kat kampung nak bayar. Rumah sewa kat KL nak bayar.
Eh stop2 jom tengok gambar yang sempat cik iena rakamkan.
hidangan untuk gelandangan |
gelandangan kene beratur untuk mengambil makanan |
sukarelawan yang terlibat |
sukarelawan dan gelandangan |
sukarelawan dan gelandangan |
sukarelawan dan gelandangan |
Sukarelawan |
sukarelawan dan gelandangan |
sukarelawan dan gelandangan |
NOTA BLOG : Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh la email cik iena, nanti cik iena akan bagi contact number person in charge atau boleh je join cik iena datang sekali (^_~)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment