Kebelakangan ini lukisan 3D semakin menjadi tumpuan sama ada di dalam negara mahupun diluar negara. Lukisan 3D akan menjadi tempat tumpuan untuk mereka-mereka yang gemar bergambar seperti cik iena.
Kebetulan semalam semasa cik iena membuat kerja amal memberi makanan buat golongan gelandangan di bank muamalat jalan melaka berhampiran dengan station LRT masjid Jamek.
Cik iena terperasan sesuatu iaitu lukisan 3D di LRT masjid Jamek.
Seperti biasa cik iena memang gemar bergambar, ditambah lagi cik iena datang dengan adik. Adik lah jadi mangsa untuk ambil gambar cik iena.
Walaupun tak banyak lukisan tetapi ini merupakan pengisian ruang yang bagus. Takdelah si Vandalism conteng benda-benda yang bukan-bukan kan.
Bila buat lukisan 3D boleh lah kita ambil gambar.
Lukisan 3D ni terletak di Exit LRT Masjid Jamek Aliran Kelana Jaya sebelah kiri jika kita naik escalator dari LRT aliran kelana jaya.
Keluar dari LrT station ada lukisan ni berhampiran perhentian bas dan berdekatan dengan secret recipe.
Nota Blog : Cik iena tak pernah tau pun ada lukisan 3d di LRT Masjid jamek .
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment