Grab The Promo
Grab The Promo

Bila Mak Merajuk


Ceritera 3 Januari 2015 yang lepas, alkisahnya puan ibunda merajuk dengan ayahnda . Makanya destinasi puan ibunda sudah tentu rumah anaknda tercinta di kuala lumpur.
Kalau merajuk dekat rumah kakak dekat sangat kan. Selama 4 hari 3 malam tempoh merajuk nya tu.
Ayah cik iena pun tak tau mak ada dekat mana , tapi adek beradik yang lain tau lah.

Sepanjang Mak ada dekat rumah cik iena , cik iena tak bawak jalan sangat pun. Kedatangan yang mengejut . cik iena pun sibuk .

Hari pertama mak sampai hari sabtu . Mak naik komuter berhenti dekat station KTM bandar tasik selatan. So cik iena bawak mak makan dekat area situ dulu. Dekat Terminat BTS tu .

Kemudian cik iena bawak mak pergi shopping baju,seluar & kain dekat Berjaya Time Square  sebab mak datang sehelai sepinggang. Orang merajuk lah katakan . Keluar rumah bawak handbag je (^_~)
Macam comel je orang-orang tua merajuk hehe

 
bila mak merajuk
bersama puan ibunda dan adek di time square

bila mak merajuk
bersama puan ibunda dan adek di time square

bila mak merajuk
bersama puan ibunda dan adek di time square

Hari ahad, berehat di rumah sahaja . Mak masakkan kat rumah.
Santai-santai tengok tv rehatkan minda .

Hari isnin cik iena suruh adek bawak mak pergi DAISO Avenue K and shopping barang-barang comel kat sana. Mak memang suka barang-barang kat DAISO tu.Cik iena tak dapat ikut sebab kerja .Cik iena bagi duit je suruh mak shopping (^_~)

Cukup masa cik iena balik kerja kami pergi tengok wayang dekat TGV KLCC .
Sebelum tu solat di surau dulu. Sementara tunggu adek cik iena solat . tunggu dekat luar ni ade adek comel ni asyik tengok-tengok cik iena and pegang tangan cik iena je.
Nama nya Zara.

bila mak merajuk

bila mak merajuk


Comel kan zara, cik iena tengok zara asyik pegang tangan . Cik iena hulur tangan macam nak dukung. Sekali zara pun agkat dua-dua tangan mintak dukung. Comel sangat zara time tu.


bila mak merajuk


Selesai solat , naik ketas la tengok movie . Cerita ni je yang sempat tengok. Nak tengok Nigat at museum tapi habis lewat sangat terpaksa tukar cerita lain  FANTASTIC GHOST WEDDING
Best jugak cik iena tengok. Genre dia komedi . Memang gelak lah tengok kan.

bila mak merajuk

bila mak merajuk

bila mak merajuk

bila mak merajuk

bila mak merajuk
 
 
Selesai tengok movie , balik and makan malam dekat kedai je. Tak sempat masak. Keesokan harinya Mak balik kampung .

Nota Blog : Mak, kalau nak merajuk bagi tau awal2 boleh plan nak pergi jalan-jalan haha





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve