Nando's Malaysia telah merasmikan dan membuka sebuah ruang kreatif di cawangan Nando's Chinatown yang diberi nama LOT123 berhampiran dengan Pudu Sentral (terminal Bas Pudu raya). Ianya dilancarkan sempena pertandingan seni tahunan.
Nando's Art Initiative di anjurkan setiap tahun dimana pada tahun ini, ianya sudah memasuki edisi yang ke-8 penganjurannya. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Nando’s telah berkembang maju dan memperluaskan inisiatif ini untuk memastikan pelukis muda Malaysia mendapat manfaat dari wadah ini.
Perasmian Ruang Kreatif LOT123, Nando's Chinatown
Untuk itu, satu tingkat pada bangunan ini telah diubahsuai sebagai tempat mengasah bakat-bakat baru untuk mereka meluahkan dan diperkembangkan bakat seni mereka.
Ianya dikhususkan untuk kerja seni tanpa mengambil apa-apa komisyen daripada setiap hasil seni yang terjual.
Sempena perasmian LOT123 ini, terdapat pameran berkumpulan yang dikelolakan oleh naib-naib juara tahun 2014 dan ianya dibuka buat tatapan umum mulai 20 Januari hingga 8 Februari 2015
Pada hari pertama perasmian, terdapat beberapa karya yang telah berjaya dijual dengan harga yang paling murah pada harga RM800.
Karya-karya seni disini akan dijual dengan harga diantara RM800 hingga RM3,500.
Kepada anda yang berbakat dalam bidang seni ini, Ianya boleh menjadi platform bagi anda untuk mengembangkan bakat dan kerjaya anda disini dengan adanya pertandingan Nando's Art Initiative.
KLIK UNTUK LIHAT Ruang Kreatif Nando's Chinatown : LOT123
KLIK UNTUK LIHAT AKTIVITI SEPANJANG PELANCARAN
KLIK UNTUK LIHAT Top Blogger Berselfie
Pertandingan Nando's Art Initiative 2015
Untuk Pertandingan Nando's Art Initiative 2015 kali ini, Nando's Malaysia akan menawarkan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM85,000 Ianya akan dihakimi oleh barisan pengadil tersohor dari pelbagai latar belakang, antaranya adalah :-
- Izan Tahir - Tokoh dinamik dan pembawa inovasi dalam bidang seni cetak di Malaysia.
- Nini Ramlan - Ketua Inovasi Kandungan di Primeworks Studios.
- Mohd Hirzaq Abdul Haris - Pelukis cat dan pengilustrasi. Pernah memenangi pertandingan Nando's Peri-fy Your Art
- Marvin Chan - Pelukis Malaysia yang karyanya dipamerkan di balai-balai seni umum dan persendirian di seluruh negara.
- Kenji Chai - Nama yang tidak asing dalam ruang Graffiti
- Ian Cruddas - CEO Nando's Chickenland Malaysia Sdn Bhd
- Mac Chung Lynn - Group CEO Nando's Chickenland Malaysia Sdn Bhd
- Hadiah Utama - Pameran Solo tajaan sepenuhnya, RM5,000 tunai dan boucar Nando's bernilai RM500
- Kedua - RM3,000 tunai, boucar Nando's bernilai RM500
- Ketiga - RM2,000 tunai, boucar Nando's bernilai RM500
- Saguhati (x3) - RM1,000 tunai, boucar Nando's bernilai RM500
- Hadiah Utama - RM5,000 tunai dan boucar Nando's bernilai RM500
- Saguhati (x3) - RM2,000 tunai, boucar Nando's bernilai RM500
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment