Menu tahun baru cina oleh puan ibunda adalah nasi ayam penyet roasted pelangi , suka hati cik iena je bagi nama . Kebiasaannya ayam penyet ni di goreng tapi kali ni mak panggang ayam tu . Menu kesihatan katanya. Tempe dan tahu dah berminyak di goreng . Takkan ayam pun nak goreng juga. Bertambah2 kolestrol .Makanya puan ibunda putuskan untuk panggang ayam tu . Panggang dalam oven je senang (^_~)
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi ayam penyet adalah
Ayam Penyet
Ayam, bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis, jintan putih, ketumbar, serai , garam , serbuk kunyit, gula melaka.
Tempe dan Tauhu
bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis , rempah ketumbar , serbuk kunyit, garam
Sambal
cili api, dua biji tomato , belacan, garam, ajinamoto
Sup Kosong
Ayam,bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis, garam, ajinamoto
Nasi
bawang putih ,halia ,serai ,lemak ayam, air rebusan ayam
Cara-cara membuat ayam penyet
- Gaulkan ayam dengan bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis, jintan putih, ketumbar, serai (kesemua bahan di kisar) .
- Kemudian letak di dalam periuk , masukkan sedikit air sehingga ayam terendam. Letak garam dan gula melaka secukup rasa .
- Rebus sehingga air mendidih .
- Angkat dan tos kan .
- Kemudian ayam tersebut di lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar atau goreng mengikut citarasa .
|
Ayam yang di rebus |
|
Ayam yang di rebus |
|
Ayam yang di rebus |
|
ayam yang di rebus dan di saluti serbuk kunyit dan sedikit garam di panggang di dalam oven |
Cara membuat tempe dan tauhu
- Rebuskan bersama bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan rempah ketumbar (kesemua bahan di kisar)
- Kemudian goreng tempe dan tauhu bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
|
tempe yang di rebus |
|
tauhu yang di rebus |
|
Ayam dan tempe yang di rebus |
|
tempe dan tauhu rebus yang telah di goreng bersama serbuk kunyit dan sedikit garam |
|
|
Cara membuat sambal
- Segenggam cili api, dua biji tomato dibelah empat , belacan ditumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau
- Selepas itu kesemua bahan yang ditumis di giling atau ditumbuk atau di kisar mengikut citarasa.
- Kemudian di tumis semula dengan sedikit minyak sehingga naik minyak . Tambah garam dan ajinamoto secukup rasa .
|
bahan-bahan untuk sambal yang ditumis |
|
bahan-bahan untuk sambal yang ditumis sehingga garing |
|
bahan2 sambal yang ditumis terlebih dahulu kemudian di kisar dan di tumis semula |
Cara membuat Sup Kosong
- Tumis bawang putih, bawang merah, halia, jintan manis (kesemua bahan di kisar)
- Masukkan rempah sup bunjut atau rempah sup serbuk .
- Kemudian masukkan ayam sehingga mendidih dan letak daun sup serta bawang goreng.
Cara Membuat Nasi
- Tumiskan bawang putih ,halia dan serai yang dikisar bersama lemak ayam.
- Masukkan lebihan air rebusan ayam yang ditapis dan juga beras yang sudah di bersihkan . Kalau air kurang tambah la mengikut sukatan amaun beras yang digunakan.
- Setelah nasi hampir masak . Untuk menjadikan nya nasi pelangi . Letak kan sedikit pewarna yang anda suka secara berkelompok .Tutup nasi dulu. Biarkan kering kemudian kaaiskan nasi tersebut supaya warna nya sebati dengan butiran nasi yang lain
|
beras panjang untuk nasi |
|
air rebusan ayam untuk nasi |
|
nasi sebelum di warna kan |
|
nasi pelangi (^_~) |
Ulam-ulaman
Timun cina, tomato, kacang panjang, kobis
|
ulam-ulaman. Kacang panjang, timun, kobis dan tomato |
|
ehh tersesat, buah untuk pencuci mulut |
Nota Blog : terima kasih puan ibunda layan karenah anak-anak nak nasi berwarna-warni (^_~)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Yummy. Ingatkan nak masak nasi pelangi tu complicated, rupanya senang je. Nak cubalah ni.
ReplyDelete