Ramai wanita menganggap bersolek kadang-kala agak melecehkan. Ini mungkin benar namun dengan
mempelajari beberapa makeup tricks anda tidak perlu menjadi professional makeup
artis untuk dapatkan solekan yang menarik. Malah ada tips solekan yang tidak
memerlukan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya. Cukup sekadar
beberapa minit sahaja.
Di bawah ini cik iena
senaraikan antara 6 easiest make up tips for women yang anda boleh pelajari dan amalkan setiap hari atau setiap kali anda bersolek.
1. Pemakaian maskara bawah mata yang kemas
Antara yang paling melecehkan tentang
makeup ialah pemakaian maskara. Jika anda mengalami masalah ini, anda tidak lagi perlu
risau tentang kesan-kesan mascara pada bahagian kulit di bawah mata anda kerana
ianya dapat dielakkan dengan menggunakan sudu plastik seperti gambar di atas.
Ianya juga dapat berikan impak bulu mata yang tebal dengan pemakaian maskara yang lebih tebal.
Selain tips diatas untuk mendapatkan kesan bulu mata yang melentik dan tebal tanpa menggunakan kos yang besar. Sebelum anda mengenakan bulu mata anda dengan pelentik bulu mata, anda panaskan terlebih dahulu dengan pengering rambut atau pun iron steamer, kemudian anda lentikkan bulu mata dan anda kenekan maskara. Kesan lentikan ini lebih cantik dan lentikan nya lebih tahan lama seolah anda memakai bulu mata palsu. Tetapi awas kerana pelentik bulu mata anda akan panas. Hati2 ketika menggunakannya (^_~)
2. Cara pemakaian pemerah pipi mengikut bentuk muka
Mengelakkan penggunaan pemerah pipi
yang terlalu tebal adalah lebih mudah jika anda tahu cara memakai pemerah pipi yang
betul bergantung kepada jenis bentuk wajah anda.
3. Teknik menggaris 'eye liner' dengan kemas
Gaya solekan mata ‘cat eye’ sedang
popular buat masa ini . Namun masih ramai wanita di luar sana yang tidak yakin dengan pemakaian 'eye liner' kerana kuatir akan comot . Untuk itu anda boleh menggunakan tips ini bagi memastikan "Eye Liner" anda tidak kelihatan comot. Anda boleh menggunakan tape seperti gambar diatas untuk memastikan solekan 'eye liner' dan pembayang mata anda tidak comot.Ianya juga
dapat memastikan keseimbangan pada bahagian kedua-dua mata anda.
4. Melembutkan maskara yang kering
Ada masanya maskara akan menjadi keras
dan agak clumpy namun ini dapat dielakkan dengan menambahkan satu hingga dua
titis eye drop untuk melembutkan cecair maskara!
5. Homemade lips exfoliate
Untuk mendapatkan gaya bibir yang anda
mahukan selepas memakai lipstick agar kelihatan lebih menyerlah anda harus
exfoliate bibir anda terlebih dahulu. Gunakan berus gigi bersama gula dan
minyak kelapa untuk homemade lips exfoliate untuk tujuan scrub.
6. Mata Bundar dan besar
Untuk mendapatkan gaya mata agar
kelihatan lebih besar dan menyerlah gunakan white pencil untuk dapatkan ilusi
mata lebih besar. Jika anda lihat pada gambar di atas anda akan dapat lihat
sendiri perbezaan yang cukup ketara.
Nota Blog : Mudahkan Tips and trick make up diatas .
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment