Sebagai wanita yang berilmu dan berpendidikan, mempunyai kerjaya dan bijak dalam urusan seharian, adakah anda tahu keistimewaan anda sendiri?
Sekiranya anda di minta untuk menyenaraikan apakah kehebatan yang anda miliki, keistimewaan yang anda ada, bolehkah anda menulisnya? Adakah anda boleh menyenaraikannya, atau anda tak berapa yakin yang anda mungkin ada, mungkin tidak ada keistimewaan?
Hah menarik tak soalan tu , hari ni cik iena baca Razzi Rahman punya blog, tertarik dengan entry ni
Pentingnya Keistimewaan Wanita
Okay tetiba gedik nak sahut cabaran Razzi Rahman , eh korang Razzi Rahman ni iena kenal dia, iena pernah berlakon video klip Rembulan Kesiangan Razzi Rahman. Kalau ada masa cik iena terjah-terjah blog cinta dia. Cik iena pun kalau ada masalah ada juga tanya Razzi what to do . Tanya pendapat orang pakar hehe.
Okay cik iena nak senaraikan apa soalan yang Razzi tanya
- Apakah keistimewaan-keistimewaan yang aku ada selama ini, MESTI ADA!
- Apakah kecantikan aku, bahagian manakah yang paling lawa dan akan menarik perhatian orang, BE HONEST!
- Apakah yang pernah aku lakukan untuk kebahagiaan orang lain, pertolongan dan kebaikan yang pernah dilakukan, TAKKAN TAK ADA?
- Apakah kelebihan-kelebihan yang aku miliki di dalam hidup aku, yang patut aku merasa yakin dan BANGGA?
- Apakah bakat-bakat yang aku ada? Memasak? Menulis? Mengait? Berpidato? Master Planner? …APA SAJA, KELUARKAN!
- Apakah sifat-sifat aku yang terbaik dan boleh disukai orang ramai? PILIH YANG TERBAIK!
- Apakah ciri-ciri keperibadian aku yang sering kawan, keluarga dan saudara mara kata-katakan dan sukakan?
Razzi Rahman : Cubalah senaraikan kesemuanya, tanya kembali teman, sahabat handai, tanya-tanyakan pada ibu dan ayah, suruh kakak, abang atau adik beradik lain jujur dengan anda dan memberitahu yang sebenar tentang kesemua yang anda ingin tahu. Setelah anda dapat tahu keisitimewaan anda, kelebihan, kebaikan dan sebagainya, HARGAILAH IA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! Dengan cara ini sajalah anda akan kembali yakin dengan hidup anda dan pastinya anda akan mulai menyayangi diri anda sendiri. Apabila ini berlaku, apabila anda sendiri jujur suka dengan diri anda sendiri, insyaAllah semua orang di sekeliling anda juga akan menyukai anda.
iena : okay nanti iena tanya (^_~)
Sekian nukilan cik iena hari ni. Sibuk2 kerja tetap nak update sebab terbaca razzi rahman punya artikel ni :)
Nota Blog : photo credit to my photographer En.Min
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment