Grab The Promo
Grab The Promo

SERAI WANGI DAN SHAIRAZI AZLIN


 
"Kata wangi, tapi tak wangi pun. Bau SERAI adalah"
Alkisah seorang blogger yang tidak tau kewujudan serai yang bernama "SERAI WANGI"


SERAI WANGI DAN SHAIRAZI AZLIN
Masa ni cik iena dah ketawa macam puntianak dah tah
cik iena : Razi Betullah tu serai wangi, nama serai tu Serai wangi.

Razi : lahhh patut lah . tak tau pulak ada nama serai wangi.
beriya je cakap wangi tapi bau serai adalah


SERAI WANGI DAN SHAIRAZI AZLIN
Okay razi mohon lepas ni jangan salah lagi yer
nasib tak kene review produk ni
kalau tidak mesti tersalah review
(^_~)

SERAI WANGI DAN SHAIRAZI AZLIN

Okies meh iena share sikit mengenai serai wangi


PENGENALAN


Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan untuk menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.

SERAI wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar.

Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan.
khasiat serai wangi 2


Khasiat Serai Wangi

1) membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.

2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

3)menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

4)daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.

3)daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.

4)Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin

5)Membantu melancarkan peredaran darah

6)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.

7)Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.

khasiat serai wangi


Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.
Bahan Tanaman:
Serai wangi ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.
Tanah:
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.
Penanaman:
2-3 batang serai wangi ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.



Nota Blog : kisah ini terjadi ketika misi encik dan cik blogger menggunakan voucher Mydin yang diberi oleh pihak mydin sebagai penghargaan untuk kehadiran kami sebagai media blogger di majlis pelancaran buku #amoiberhijab . Okies story yang pendek cik iena taip dulu sebelum lupa. nanti cik iena update mengenai event semalam yer


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve