Grab The Promo
Grab The Promo

Mr Tan & Mrs Tan Wedding Dinner




Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner


Ini merupakan kali pertama cik iena menghadiri upacarara perkahwinan masyarakat cina di Malaysia.
Pasangan yang diraikan adalah boss cik iena iaitu Mr Tan  dan isteri Mrs Tan. Majlis berlansung di The Club Bukit Utama. Sebelum menghadiri majlis tersebut cik iena ade post di facebook bertanyakan pengalaman kawan-kawan yang pernah menghadiri majlis perkahwinan masyarakat cina. Ada yang berkata peru beri angpow kepada pengantin . Mengikut kata rakan cik iena, jumlah minimum adalah RM50 .Maka cik iena pun beri lah angpow RM50 . Yang  menjadi lawak nya adalah. Semasa daftar nama , cik iena terlupa nak bagi angpow tersebut. Apabila cik iena dah masuk dalam dan bertanya kepada member,perlu  bagi angpow tu pada waktu bila. Member kata angpow perlu di beri semasa pendaftaran.

Okay cik iena malu time tu. Cik iena keluar dan pergi bagi angpow di meja pendaftaran. Punya lah risau kan. tak tau maam mana. Sebab ada member kata dia akan minta angpow masa daftar dan akan tengok jumlah dan catit . Tapi yang cik iena tengok orang lain daftar macam tak nampak angpow. Dan cik iena tak nampak mereka minta angpow dan catit.Rupanya bila bagi angpow dia terus letak dalam beg. Takde kira-kira seperti yang dimaklumkan sahabat cik iena (^_~)


Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner

 Berbeza dengan masyarakat melayu , pengantin tidak dibenarkan menyambut tetamu. Keluarga pengantin yang perlu menyambut tetamu.Hah pendek kata pengantin di sorokkan terlebih dahulu. Hanya muncul pada waktu persandingan. Lebih kurang macam tu lah. Surprise sikit tengok pengantin kan. Tetapi berbeza dengan masyarakat cina, pengantin akan menyambut tetamu-tetamu yang hadir.
So kita akan nampak kelibat pengantin kehulu dan kehilir menyambut para tetamu yang hadir dan bergambar bersama para tetamu yang hadir.

Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner
cik iena bersama pasangan yang diraikan

Cik iena tak banyak ambil gambar pun sebab cik iena kepenatan sebenarnya dari Awal pagi keluar dari kampung untuk make up bersanding di manjalara. Kemudian ke Shah Alam dan ke sini.
Pada majlis tersebut disediakan satu meja yang dihidangkan makanan Halal untuk tetamu yang beragama Islam. Makanan yang di hidangkan memang sedap (^_~)


Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner



Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner

Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner



Mengikut jadual majlis habis pada pukul 11 malam. Tapi cik iena balik dalam pukul 9 lebih. Cik iena keluar awal sebab cik iena masih ada hal yang perlu di uruskan. Cik iena perlu ke Klang dan Shah Alam. Penat tak terkata. Tiada rehat hujung minggu .
Nota Blog :  haaa nak bagi tau, alkisah Kadar Parking Paling Mahal RM 1537.00 ada kaitan dengan cerita ni. Next Update okay (^_~)


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve