Untuk makluman penggemar Ah Cheng Laksa, Selepas GST dilaksanakan harga set meal bagi Ah Cheng Laksa telah berubah dari RM 9.90 kepada RM 11.50 . Untuk makluman harga GST telah di masukkan sekali dalam jumlah tersebut tetapi setelah dikira jika ditambah 6% dari harga asal harganya cuma RM 10.50 tetapi harga setelah GST adalah lebih kadar 6 % GST . Bermakna harga naik dari yang asal dan di ditambah 6% GST . Terasa GST ni membebankan rakyat . Kenaikan harga ditambah dengan GST . Tak tau lah Tang mana yang PM dan pak2 menteri cakap GST ni tidak membebankan rakyat dan mendapat sokongan rakyat .
![]() |
macam ustazah pulak haha |
![]() |
harga sebelum GST |
![]() |
harga selepas GST |
![]() |
ehh cik iena tak mekap pun sebab baru balik kerja terus makan sini. if weekday..hari tanpa mekap |
Nota Blog : cerita lama dah tapi baru nak update sebab hari ni officemate ajak makan dekat ah cheng laksa avenue k :)

Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment