Dua minggu yang lepas cik iena berkesempatan ke Enerz buat kali kedua. Aktiviti trampoline yang cukup sihat dan seronok buat cik iena rasa ingin ke sana lagi. Dah dua minggu baru nak tulis. Memandangkan esok cik iena ada jemputan event di Enerz. Maka cerita ini perlu publish dulu sebelum cerita mengenai aktiviti terbaru di Enerz.
Asalnya rakan blogger +Bro Framestone nak buat mini gathering untuk blogger. Memandangkan bro ajak last minit sangat ramai yang tak dapat hadir. Cuma tiga blogger sahaja yang hadir .
Pertama kali cik iena jumpa kak saidila yang cukup peramah dan baik hati .
Masa ni cik iena cuma ambil dua jam sahaja untuk lompatan. Waktu untuk main trampoline adalah setiap jam tepat sebagai contoh 10 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 12 tgh hari. Kalau kita masuk lewat rugilah. Baik kita tunggu dulu .Contoh sampai pukul 10.15 atap 10.30 . Adalah lebih berbaloi kita tunggu pukul 11. Boleh lepak-lepak ambil mood dulu. Boleh makan-makan. Ada Cafe disediakan :)
Untuk setiap satu jam anda akan dei berikan tiket berlainan warna bagi membezakan waktu lompatan
Nak tau apa yang best tentang Enerz lagi boleh baca entry cik iena yang lepas
Selepas sesi lompatan . Kak saidila bawa kami makan di tempat berhampiran.Kak Saidila memang tinggal di Subang . Maka tau lah tempat makan best . Terima kasih kak belanja makan. Yeayy esok jumpa akak lagi di Enerz .
Haaaaa ade cerita lawak tau, punya lah lama kami lepak, masa nak balik baru cik iena perasan cik iena lupa nak tanggalkan stokin Enerz. Dah la pakai selipar je . Memang macam orang baru lepas bersalin . Patutlas semua pandang pelik . Ingat kan apalah yang tak kena kan
PEace, nampak tak kaki tu . Melangkah penuh gaya tapi kaki berstokin dan selipar. Mesti orang pelik kenapa perempuan ni baru lepas bersalin keluar rumah . Tapi selim melim pulak badan nya haha
Tu dia stokin enerz , jalan penuh comel okay
Sekian cerita di Enerz . Esok cik iena akan kesana lagi . Terima Kasih banyak2 diatas jemputan . Cik Bloggr memang sukakannya hehe..
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment