Hari Raya bakal menjelma, kongsikan kegembiraan Aidilfitri bersama anak yatim asnaf,anak-anak asnaf serta ibu tunggal dengan menyertai Kempen Taja Shopping Raya 2015 oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia .
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia ingin mengumpul tajaan untuk:
- Anak yatim asnaf
- Anak-anak asnaf
- Ibu tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak,
Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu. Mohon disebarkan. Moga Allah
memberkati usaha murni kita. Terima kasih.
#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015
600 penerima manfaat untuk ditaja
- #Sudah ditaja : 112 penerima manfaat
- #Belum ditaja : 488 penerima manfaat
BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di :-http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2015/
1) Masukkan jumlah tajaan RM200 diruang diatas kotak ‘Donate NOW’
2) Klik button Donate NOW
3) Isi Bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
4) Klik Donate Now
5) Masukkan Username dan Password internet banking anda
6) Lengkapkan process Transfer Money didalam talian.
7) Anda akan menerima notification di dalam email untuk rujukan transaksi ini
8) Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai donor di ruang bawah entri ini.Atau; Melalui Online Transfer ke akaun:
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003
Email: info@projekiqra.com
No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)
Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:
- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Bolehkah saya mendapatkan resit untuk transaksi online transfer?
Ya boleh. Jika anda perlukan resit sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
2. Bagaimana jika jumlah RM200 adalah diluar kemampuan saya?
Anda boleh sahaja berkongsi bersama rakan dan keluarga untuk menaja seorang anak.3. Bilakah tarikh tutup kempen ini?
Kempen ini akan ditutup selepas semua 600 orang anak mendapat tajaan.4. Saya merupakan ibu tunggal/fakir miskin, bagaimanakah saya boleh dapatkan bantuan ini?
Penerima manfaat program Shopping Raya ini terhad kepada anak-anak yang telah disenarai pendek sahaja, namun begitu sila email detail anda kepada kami. Nama anda mungkin akan di-KIV sehingga terdapat lebihan dana/bantuan lain yang sesuai diberikan.5. Bagaimana saya mahu pastikan wang yang didermakan sampai kepada golongan sasaran?
Kami akan pastikan anak-anak ini menerima wang yang anda dermakan. Wang ini akan diberikan kepada sukarelawan yang menjadi ibubapa angkat mereka pada hari tersebut untuk membeli belah keperluan raya anak-anak ini. Laporan akan disiarkan di FB page dan dilaman web ini untuk memaklumkan kepada semua penaja. Selain itu penaja juga dijemput untuk sertai program sebagai sukarelawan bagi mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana program ini berlangsung.6. Bolehkah saya niatkan sumbangan ini sebagai zakat saya?
Boleh. Mohon maklumkan kepada kami bahawa sumbangan anda ialah sebagai zakat.7. Kenapa untuk taja pun ada harga yang disyarat kan?
Jumlah itu adalah yang dicadangkan, bukan disyaratkan. Ini kerana setiap anak akan diberi sejumlah wang yang sama untuk beli keperluan nanti supaya lebih adil. Berilah berapa pun kami akan cantum-cantumkan menjadi jumlah yang sama. Kaedah ini juga memudahkan penaja untuk tahu berapa yang perlu didermakan contohnya jika beliau berkemampuan menaja 10 orang, penaja akan tahu jumlah dengan lebih mudah.
Twitter : https://twitter.com/projekiqra
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment