Alhamdulillah selepas pulang bercuti cik iena sempat meluangkan masa untuk sertai aktiviti kerja amal mingguan oleh NGO 1Charity . Minggu sebelum ni cik iena tak hadir sebab sibuk kerja dan Holiday . Kebiasaannya cik iena hadir pada hari khamis . Memandangkan hari khamis cik iena tersangat sibuk, cik iena hadir pada hari jumaat.
bersama rakan sukarelawan |
Aktiviti ini diadakan setiap minggu hari khamis dan jumaat pada pukul 10 malam bertempat di bank muamalat jalan melaka. Belakang station LRT Masjid Jamek Aliran Kelana Jaya.
Menu pada hari tersebut adalah soto madura :)
peaceeeeeeeee |
cik iena dan adik |
bersama rakan sukarelawan |
soto madura |
tengok kakak tu dukung baby. Semoga Allah murahkan rzeki dia dan permudahkan segala urusan |
adik yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang kakaknye suka buat |
bersama rakan sukarelawan setelah pengagihan makanan tamat sukarelawan di benarkan makan jika ada lebih. |
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
(Hadis Riwayat at Tirmizi)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment