Pada 27 Jun 2015 telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Rasmi dan Berbuka Puasa Festival Ramadan Klang yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan rakan kerjasama festival iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), +Projek Iqra' dan Women International Network (WIN).
Festival Ramadan Klang 2015 ini bertemakan 'Balik Kampung' , objektif festival ini adalah untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan di samping memupuk nilai-nilai murni dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.
Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) |
Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen, Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal di Malaysia.
Peserta Projek Iqra’ Diraikan
Untuk pengetahuan anda, peserta-peserta Projek Iqra’ pada tahun ini telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi untuk projek mereka. Melalui Projek Shopping Raya 2015 ini, mereka berpeluang untuk membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang melalui sumbangan yang diterima oleh pihak Projek Iqra’.
Istimewanya, mereka diberi peluang untuk membeli barangan yang mereka inginkan pada harga yang lebih murah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban mereka.
Pusat Pemborong GM Klang turut memberi duit raya kepada setiap peserta yang terlibat.
Istimewanya, mereka diberi peluang untuk membeli barangan yang mereka inginkan pada harga yang lebih murah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban mereka.
Pusat Pemborong GM Klang turut memberi duit raya kepada setiap peserta yang terlibat.
Bubur Lambuk Percuma buat pengunjung Festival Ramadhan Klang 2015
Istimewa buat pengunjung, anda boleh mengambil bubur lambuk secara percuma bermula pada pukul 6 petang sepanjang Festival Ramadhan Klang 2015 berlansung
Selain daripada itu , terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil dan anda-anda yang suka bergambar suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai ruangan gambar-gambar menarik untuk dirakamkan sebagai tanda kenangan. Kepada pengunjung yang bergambar sepanjang lorong tersebut jangan lupa sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab , Ayu Damit, Altimet, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.
kami main giant bubble :) |
maskot upin dan ipin |
bacaan ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu berbuka puasa |
Gambar di Lorong Laman Budaya Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
Untuk yang suka bergambar seperti cik iena, cik iena tidak melepaskan peluang untuk bergambar di lorong laman budaya .
Gambar di sekitar Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
cik iena dan adik shopping brooch |
bergambar bersama rakan blogger dr KBBA , Bella |
Wah sahabat model cik iena pun turut hadir sama di Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang |
bersama rakan blogger +deq noor & fana |
Festival Ramadhan Klang 2015
TARIKH
26 JUN 2015 - 12 JULAI 2015
MASA
ISNIN - JUMAAT : 3.00PM - 11.00PM
SABTU - AHAD : 11.00AM - 11.00PM
LOKASI
Tempat Letak Kereta Blok C GM Klang
Selain daripada itu anda juga boleh membeli belah di Block A dan juga block block lain . Terdapat banyak kedai di GM Klang . Yang pastinya satu hari pasti tidak cukup untuk anda membeli belah disini.
Kadar Parking
Untuk pengetahuan parking di dalam Block A hanya RM1 sekali masuk .Anda juga boleh parking di lot-lot kedai diluar diamana ianya adalah percuma. Cik iena prefer parking dalam Block memandangkan kadar parking pun sangat murah .
Kemudahan Surau
Terdapat kemudahan surau yang cukup besar dan selesa di Block C untuk kita menunaikan solat fardhu .
* Cerita mengenai kemudahan surau, semasa cik iena ke surau untuk solat magrib cik iena terserempak dengan Altimet , Wahh melting sekejap . Selepas azan dia terus solat . Cik iena minum air dan makan kuih kemudian solat . Terserempak dengan beliau yang baru selesai menunaikan fardu magrib :). Yeayy itu lah kriteria calon suami yang di cari jeng3.
Pusat Pemborong GM Klang
Alamat :Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1,
41200 Klang, Selangor, Malaysia
Instagram : @festivalramadanklang2015
Kepada anda yang masih mencari-cari tempat untuk membeli belah barangan persiapan hari raya mahupun barangan keperluan lain boleh lah hadir ke Pusat Pemborong GM Klang . Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang.
Jemput Baca cerita dari rakan blogger yang turut serta memeriahkan Festival Ramadhan Klang 2015
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
0 comments:
Post a Comment