Miami Grill merupakan restoran makanan barat citarasa America sentuhan Pitbull dimana ianya terletak di Sunway Pyramid Mall . Dibawakan khas dari Miami, restoran fraincais pertama milik Rapper antarabangsa Pitbull dibuka di Malaysia.
Cakkkk , ratu selfie :) |
Sekali sekala kita merasa makanan barat pun seronok juga . Cik iena telah mencuba menu yang di pilih oleh rakan blogger cik iena +Halim Brothers iaitu Chicken Philly Cheesesteak. Kebanyakan menu disini adalah Daging tetapi istimewanya disini anda boleh tukar daripada daging kepada Ayam .
Gambar diatas, halim sedang memilih menu untuk cik iena. Cik iena tak makan daging . Habis satu menu dia khatam nak cari menu ayam :). Rupa-rupanya kesemua nya boleh ditukarkan kepada ayam. Wah bestnya. pilih je nak menu ape tapi request tukar kepada Ayam .
Mengada-ngada betul cik iena buli Halim pilih menu kan . Almaklulah kita tekak melayu . So kene tanya cadangan orang yang pernah makan kat sini dulu . Halim la kene pilihkan memandangkan dia pernah makan di Miami Grill.
Okay jemput tengok menu-menu yang ada di Miami Grill Malaysia yang sempat cik iena rakamkan gambarnya.
Sementara menunggu pesanan makanan kami sampai , cik iena melihat keadaan sekeliling memang penuh dengan pelanggan . Meriah sungguh di Miami Grill. Pekerja di Miami Grill Malaysia pun sangat baik dan mesra pelanggan . Itu yang paling penting. Kalau muka mintak penampar memang takde selera nak makan okay . Pekerja disini memang tak lokek dengan senyuman dan segala pertanyaan dijawab dengan baik.
Ehh sempat juga cik iena dan halim ber "Wefie "
Okies setelah ber wefie
makanan kami pun sampai
Yeayy
Chicken Philly Cheesesteak
Marvelous! Sangat awesome Philly Cheesesteaks. Dengan satu suapan sahaje, terus terasa keenakannya.Sos dia tak dapat nak diungkapkan kesedapan nya . Coleslaw dia juga sangat sedap :)
Korang patut cuba menu ni tau. Memang sedap ! Okay sambil-sambil makan kita Wefie lagi . Hah tu tengok Halim makan . Lapar betul tu . lama tunggu cik iena pergi beraya. hahaha Maafkan cik iena
Selesai menjamu selera jom bayar . Ni keadaan kaunter Miami Grill Malaysia . Hep orang depan. Terima kasih belanja makan yeayyy.. Next time belanja lagi yeayy :) Insya Allah nanti cik iena akan bawa kawan-kawan cik iena pula merasa makanan kat sini yang sedap-sedap. Cik iena nak try menu lain pulak . Nak tatap lama-lama menu kat atas tu hehe.
gambar di hadapan kedai |
Okay sebelum balik cik iena nak ambil gambar dengan abam sado pitbull hehe . Nak rasa masakan bercitarasa America, ala2 makan di miami gituw jemputlah datang Miami Grill Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid . Kalau takut jalan jammed atau takde kenderaan ke jangan risau. Sekarang anda boleh ke Sunway Pyramid dengan menaiki BRT . Mudah sangat, dari station Komuter Setia jaya anda boleh menaiki perkhidmatan BRT (Bus Rapid Transit) dan berhenti di station BRT Sunway Lagoon.
Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )
Miami Grill Malaysia
Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
http://www.miamigrill.com.my
https://instagram.com/miamigrillmy
https://www.facebook.com/miamigrillmalaysia
info@miamigrill.com.my
03-56133363
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment