Fradoo ABC memang sudah tidak asing lagi namun benarkah ianya sedap ? Mengikut apa yang cik iena baca di blog rakan cik iena , Fradoo ABC ni sedap .
Pada kata cik iena pula. Suatu ketika dahulu dalam tahun 2012 cik iena akui Fradoo ABC memang sedap. Cik iena pernah makan sekali pada tahun 2012. Kali ini kali kedua cik iena mencuba Fradoo ABC tetapi bagi cik iena rasanya sudah tak sesedap dahulu. Mungkin cik iena salah pilih ABC kot. Mungkin cik iena perlu cuba ABC yang lain juga. Terdapat pelbagai perisa ABC yang ditawarkan. Anda boleh Rujuk pada gambar di bawah.
Pada ketika ini cik iena memesan dua jenis ABC iaitu ABC Special yang berharga RM 4 dan ABC Milo yang berharga RM4.50 . Mengikut kata adik cik iena yang istimewa disini adalah coklat. Setiap ABC akan di letakkan coklat. Mungkin rasa coklat itu merubah rasa asal ABC.
Apa-apa pun lain orang lain citarasa kan. Cik iena lebih gemar ABC di Food Court Salak Selatan. Tapi cik iena tak pernah update di Blog lagi. Yang cik iena kurang gemar kedai tu buka tutup ikut sesuka hati (^_~)
ABC Milo |
ABC Special |
Eh sebelum tu nah jemput baca rakan blogger yang tulis mengenai Fradoo ABC yang buat cik iena tertarik nak makan sekali lagi disana.
http://halimbrothers.com/fradoo-abc-special-seksyen-2-shah-alam/
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment