Sebagai wanita islam, kita wajib menutup aurat . Tahukah anda apa erti Hijab?
Al-Hijab berasal dari kata hajaban yang membawa maksud menutupi, dengan kata
lain Al-Hijab adalah benda yang menutupi sesuatu. Menurut Al-Jarjani dalam
kitabnya At-Ta’rifat mendefinisikan bahawa Al-Hijab adalah setiap sesuatu yang
terhalang dari pencarian kita, dalam erti bahasa berarti man’u yaitu mencegah, contohnya: Mencegah
diri kita dari penglihatan orang lain.
Jika di perhatikan dengan teliti trend fesyen Muslimah terkini di
Malaysia, ramai diantara wanita Muslim atau hijabista yang mengenakan selendang atau dikenali dengan Shawl untuk
menggantikan tudung biasa. Ini adalah kerana fenomena hijab style and fashion terbaru yang
cukup digilai ramai. Shawl adalah ibarat tudung moden namun ianya tetap untuk kegunaan yang
sama iaitu menutup aurat.
Terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh
didapati seperti glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin
shawl, plain shawl, beaded shawl dan pelbagai jenis yang lain. Ianya digunakan untuk menutupi Aurat kaum hawa iaitu menutup bahu,menutup dada,menutup bahagian atas badan ,menutup
rambut dan kepala. Fungsinya adalah sama seperti hijab biasa – untuk menutup
aurat bagi wanita Muslim.
Shawls sangat terkenal dalam kalangan wanita beragama
Islam di Malaysia terutamanya. Apa yang istimewa tentangnya ialah iamya hadir
dengan pelbagai jenis pattern dan warna. Malah atas faktor rekaan yang lebih
moden dan segar, ia telah diterimapakai untuk kegunaan ke pejabat. Ini juga adalah hasil usaha para pereka fesyen yang bersungguh-sungguh menyuntik elemen
tersebut agar ianya kelihatan lebih trendy ketika dipakai.
Fesyen hijab style online juga telah mengalami perubahan yang
cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang
bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung
agar kelihatan lebih trendy. Ini memberikan impak yang cukup positif buat
pasaran Hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi.
Penggunaan Hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat anda andai digayakan
dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh
buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti sendiri.
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment