Weekend ini cik iena menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Berehat dan bersantai bersama keluarga . Lupakan seketika facebook dan Instagram. Update sikit-sikit je. Almaklumlah kebelakangan ni cik iena sibuk kerja dan juga sibuk menghadiri event-event.
Sesibuk mana pun kita perlu melupakan seketika dunia alam maya kita dan bersosial bersama keluarga di dunia realiti. Kalau 24 jam setiap hari 7 hari seminggu sibuk dengan alam maya je macam orang kurang kasih sayang dan perhatian pulak kan asyik menghadap facebook, instagram dan yang sewaktu dengannya. Kalau cik iena keluar jumpa encik BF pun memang cik iena tak pegang handphone. Dua-dua tak pegang handphone. Habiskan masa berbual dan makan tanpa gangguan message2 facebook atau whatsapp. Itu yang kalau tiba-tiba diam tu tanda nya cik iena bersama dengan yang tersayang. Dengan keluarga atau encik BF ler.
hehe semua pakai tudung adijuma mak |
Wokay weekend ni cik iena bawa adik bongsu kesayangan dan adik-adik lain keluar makan makanan kegemaran si bongsu iaitu KFC. Adik bongsu cik iena, Arif memang gemar ajak ke KFC. Bukan cik iena sahaja dia ajak. Mak dan abah pun sama. Pendek kata setiap bulan itu destinasi wajib dia.
kanak-kanak ribena |
Untunglah jadi yang bongsu kan. Disayangi ramai. manja gituw. Apa jua permintaan pasti dituruti
Adik bongsu cik iena berusia 4 tahun.
kanak-kanak ribena |
chicky kata GOOD |
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment