Mesotherapy Vshape Lifting & Firming adalah rawatan untuk membantu membuang lemak di sekitar wajah, dagu dan leher.Ia akan memberi kesan kulit yang tegang dan anjal serta merta selepas rawatan.Disamping itu ia nya membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan membentuk wajah agar kelihatan runcing.
yeahhh ini lah Amel Fawz Beauty & Spa |
Rawatan ini sering di lakukan oleh Artis-artis Malaysia untuk mendapatkan dagu yang runcing tanpa suntikan dimana rawatan ini menggunakan teknik urutan khas, dan mesin urutan khas bagi membantu membentuk dagu agar kelihatan runcing. Namun untuk mendapatkan hasil dagu yang runcing anda memerlukan rawatan yang berterusan.
Amel Fawz Beauty & Spa |
Pada anda yang baru mengamalkan rawatan ini, adalah di cadangkan untuk melakukan rawatan ini tiga kali berturut-turut dimana ianya dilakukan seminggu sekali. Bermaksud dalam masa tiga minggu. Anda perlu melakukan sekali seminggu rawatan ini secara berturut. Kemudian di ikuti dengan rawatan dua minggu sekali selama sebulan, bermaksud dalam sebulan itu anda melakukan rawatan ini dua kali secara berturut. dan seterusnya anda hanya perlu melakukan rawatan ini sebulan sekali bagi mengekalkan keruncingan dagu anda.
keadaan bilik rawatan |
Menarik bukan, tanpa perlu suntikan kolagen dan botok anda boleh mendapatkan dagu yang runcing hanya menggunakan teknik urutan khas beserta mesin urutan khas untuk membentuk dagu anda agar kelihatan runcing. Kebanyakan wanita mengamalkan rawatan ini di Amel Fawz Beauty & Spa . Rawatan ini jarang ditawarkan di Spa Lain . Artis juga turut melakukan rawatan ini di sini. Nak tau artis mana, jom lah pergi Amel Fawz Beauty & Spa . Servis yang ditawarkan memang terbaik. Layanan yang cukup baik daripada pekerja dan juga pemilik Amel Fawz Beauty & Spa .
selepas sesi rawatan, cik iena bersama pemilik Amel Fawz Beauty & Spa dan miza (rakan blogger) |
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pemilik Amel Fawz Beauty & Spa kerana sudi melayan cik iena, mengurut sendiri wajah cik iena. Wah cik iena terharu sangan, pemilik Amel Fawz Beauty & Spa , Puan Azliana Yusof yang membuat rawatan itu sendiri. Memandangkan ramai pelanggan yang hadir ketika itu dan ada salah seorang pekerja tidak sihat maka Puan Azliana Yusof sendiri turun padang untuk memberi khidmat buat pelanggan. Sangat bagus bukan. Boss yang baik okay.
bersiap sedia untuk baring di sini yeahh |
Okay jom baca sedikit prosuder ketika cik iena melakukakn rawatan ini.
Procedure:
1. Cleansing Milk
2. Facial Cleanser
3. Face massage with face massage cream by hand (10mnt)
4. Face massage with lifting & firming serum by Mesotherapy machine (15mnt)
5. Firming & Lifting Mask
6. Ultrasonic with Lifting & Firming Serum
7. Skin Activator Spray for Lifting & Firming
8. Moisturiser
RM200 per treatment
Langkah yang buat cik iena rasa nak tidur bila Puan Azliana Yusof urut wajah cik iena dengan tangan. Rasa seronok pulak orang belai muka kita kan. Kemudian langkah paling penting urutan menggunakan Mesotheraphy machine, hehe cik iena penggeli.
Mula-mula terkejut.Ada rasa macam kebas-kebas enjit semut gitu. Kalau tak rasa macam tu maknanya mesin tu tak bertindak balas la kan.
Selepas Puan Azliana Yusof melakukan urutan tersebut pada bahagian kanan wajah cik iena. Cik iena lihat sendiri hasilnya. MEmang jauh perbezaan pipi kanan dan kiri cik iena. Pipi kanan yang telah di urut semakin kurus dan runcing ke dagu.
Wahhh suka nya cik iena. Tapi cik iena tak boleh nak selfie sebab semasa rawatan , pelanggan berkemban je. Pelanggan di berikan baju kemban khas. Aahahahha seksi tau. Makanya cik iena tak boleh lah nak ambil gambar. Seksi banget :D
Selepas tu cik iena di pakaikan mask. Okay cik iena tidur terus. Best, sejuk je.
Firming & Lifting Mask, ahaha cik iena tidur waktu ni, gambar diambil oleh pihak spa |
Okay selain daripada Rawatan Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming . Terdapat pelbagai lagi rawatan yang di tawarkan di Amel Fawz Beauty & Spa. Okay boleh rujuk gambar di bawah ya
Okay pada anda yang ingin mendapatkan rawatan ini anda boleh hubungi 0196098400 & 0196688400 untuk tempahan dan pertanyaan . Amel Fawz Beauty & Spa terletak di Bukit Jelutung Shah Alam.
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment