Char Kuey Teow Udang Galah istimewa daripada
Bro Char Kuey Teow memang diakui sedap dan sangat dikenali dikalangan penduduk
Tanjung Malim khusus nya Pelajar serta kakitangan
UPSI dan juga terkenal di kalangan Blogger-blogger tanah air.
Char Kuey Teow Udang Galah istimewa daripada
Bro Char Kuey Teow di masak sendiri oleh blogger terkenal Malaysia iaitu
+Bro Framestone . Resepi yang diperolehi beliau adalah hasil daripada kaji selidik dan cubaan-cubaan memasak daripada beliau dan juga hasil dari food review yang pernah beliau sertai. Haa
+Bro Framestone sambil-sambil buat food review tu menjeling-menjeling cara masak dan resepi jugak tu.
Alhamdulillah berkat usaha beliau, beliau berjaya mendapatkan resepi
Char Kuey Teow Udang Galah istimewa yang sedap yang mana ianya dinamakan
Bro Char Kuey Teow
Bro Char Kuey Teow Di serbu Blogger KL
|
bersama rakan-rakan blogger |
Tanggal 16 September 2015 Bro Char Kuey Teow telah Di serbu oleh rakan Blogger dari KL . Terima Kasih di ucapkan di atas layanan baik dari Bro Char Kuey Teow dan LampuNeon Cafe.
Kehadiran kami di sambut baik oleh
+Bro Framestone . Rakan-rakan blogger lain dapat melihat sendiri aksi
+Bro Framestone memasak Bro Char Kuey Teow dengan api yang menjulang. Saat Api menjulang adalah saat yang paling dinantikan oleh rakan-rakan blogger untuk dirakamkan sebagai tanda kenangan :)
|
Tiket ETS |
|
pertama kali cik iena naik ETS |
Kehadiran cik iena kali ini bersama rakan-rakan blogger menaiki ETS. Kami bertolak dari KL Sentral pada pukul 3.30 petang dan tiba di tanjung malim pada pukul 4.41 petang . Untuk pengetahuan Bro Char Kuey Teow beroperasi pada pukul 5 Petang. Memang ngam dah masa kami sampai tu. Lepak-lepak ambil gambar di KTM kemudian jalan kaki ke Bro Char Kuey Teow. Pukul 5 tepat sampai di Bro Char Kuey Teow.
|
view dari KTM, kedai beratap biru tu la di mana BRo Char Kuey Teow beroperasi |
Wahhh kami merupakan pelanggan terawal Bro Char Kuey Teow dan di sebabkan itu kot Bro Char Kuey Teow belanja kami makan. Wahhh sukanya cik iena. Semoga Bro Char Kuey Teow bertambah murah rezeki lepas ni tau.
|
nyummyy sedapnya.. rindu dah ni, bila la cik iena free nak ke tanjung malim ni |
|
Nyummyyy tinggal kulit udang galah je..haha sedap, nak tambah tapi malu sb datang ngan kawan blogger lalalalal..control ayu siket hihi |
|
bersama rakan-rakan blogger |
|
hehe sedondon kan kami :) |
|
Wahhh matching pulak cik iena dengan eazy, baju ni kami dapat masa pergi event KFC dengan Scha & Awal |
|
Ambil gambar dengan kereta pengantin, hehe nampak tak tu renda2 |
Okay pada anda yang berminat untuk mencuba keenakan char kuey teow udang galah dari Bro Char Kuey Teow ni jangan lupa datang tanjung malim ye. Bro Char Kuey Teow beroperasi di
LampuNeon Cafe. Boleh rujuk peta di bawah.
Okay nak tau lebih lanjut jom terjah
Facebook :
BroCharKueyTeow
Instagram :
@brocharkueyteow
Waktu Urus Niaga : 6.00 PM - 11.00 PM (AHAD - JUMAAT)
Nukilan,
0 comments:
Post a Comment