Grab The Promo
Grab The Promo

Persiapan Melancong Saat Akhir



Persiapan Melancong Saat Akhir
 
 
Tanggal 14 Oktober 2015 cik iena akan ke Chiang Mai Thailand. Memandangkan weekday cik iena sibuk kerja dan weekend sibuk event. Cik iena keterlewatan mengemas barang-barang nak melancong ke luar negara.

Kebiasaannya sebelum ke luar negara cik iena akan kemas barang awal. Kali ni sangat sibuk. 14 Hb nak berangkat, 13 Hb baru nak kemas. Pening juga kepala cik iena ni ha.

Sudah lah perangai pelik cik iena sebelum packing baju cik iena akan pakai dulu baju-baju yang nak di bawa. Nak tengok match ke tidak.
Ouhh perempuan. Adakah cik iena sorang je begini atau korang yang perempuan pun macam cik iena. Atau bawak je baju tanpa cuba dulu.

Haha cik iena memang macam ni, habis lah bilik di campak-campak baju yang da di cuba dan tak berkenan. Campak ke sudut lain. Memang balik dari Chiang Mai lah baru kemas nampak nya.

Nipun cik iena start kemas barang dalam pukul 1.00 am 13 Oct 2015. Selesai dalam pukul 4.15 . Huwaaaaaaaa ngantuk nyeeeeeee. Memang bersepah lah bilik cik iena. Sepatutnya balik kerja nak kemas tapi kene selesaikan kerja dulu. Nak buat report yang client request and update maxis offline dn T___T
Maka nya lewat la start kemas.

Ni pun akan ade yang bersambung selepas subuh ni.
Okay kalau korang nak melancong ke luar negara, anda perlu sediakan checklist barang keperluan apakah yang perlu dibawa.

Checklist Cik iena Ke Chiang Mai


  1.      NRIC & Passport
  2.      Bank Note (Ringgit Malaysia & Thai Baht)
  3.      Pakaian , Telekung,Mini Sejadah, Selipar & Kasut , Stokin
    • Kebiasaan jika pergi 4 hari cik iena akan bawa dua seluar da 4 helai baju. Baju tidur dan sepasang seluar trek n t shirt untuk keluar malam. Kalau pergi thai, cik iena dan kawan-kawan akan pergi massage kaki sebelum tidur. So kene bawak seluar extra lah. Yang boleh lipat-lipat sebab bila massage nak kene lipat seluar. Mohon jangan pakai seluar jeans hehe.
    • Memandangkan aktiviti kami akan ada tempat lembab, kawasan berair . Maka lebih elok memakai selipar. Kalau pakai kasut busuk pulak nanti kalau basah. Walaumacam manapun tetap kene bawa kasut sebab jika masuk "Temple" kita harus mengikut tatatertib pemakaian. Kebiasaannya di Thailand perlu memakai kasut bertutup .
  4. Toiletry/ Travel Kit
    •  Yang ni penting juga. Kadang-kadang tempat kita pergi ni Toiletry nya tak best hehe .

  5. Ubat-Ubatan
    • Sangat penting, sekiranya anda jatuh sakit. Doktor yang selalu anda jumpa takde kat sana tau . Tambahan pula ubatan bagi setiap negara agak berbeza. Takut tak sesuai dengan kita
  6. Phone Charger
    • Yang kalau tak bawak macam mana nak update status kat laman sosial , macam mana nak upload gambar kan. So. Ini penting tau. Kalau cik eina tak de ni tak bernyawa lah oittt.. Pakwe tetap cik iena tu enchik HTC One M9 +
  7. International Power Plug Adapter
    • Ini pun penting kalau di buat nya negara korang pergi tu Adapter nya lain. Tak guna kak ton bawak Phone Charger tu. Tak dapat nak charge hp jugak. So pastikan korang bawak yang ni tau. Cik iena memang akan bawa dua set. Takot tak okay pulak kan satu tu. Just berjaga-jaga.
  8.        Notebook (if necessary- ini cik iena perlu bincang dengan officemate siapa yang nak kene bawak)
  9.   Beg  
    • Yang beg ni ikut keselesaan korang nak bawak beg apa untuk berjalan nanti. Nak bawak beg sandang ke beg silang ke. Beg baju pun kene bawak juga tau. 
    • Beg Baju cik iena memang bawak yang gedabak besar tu yang ada roda , senang nak tarik haha . Tambahan lagi senang balik nanti cik iena letak barang shopping. Kebiasaannya kawan-kawan pun akan tumpang beg cik iena letak barang shopping sebab besar bebenor.
    • Selain daripada tu cik iena akan bawa satu beg galas untuk cik iena bawa jika cik iena ingin pergi membeli belah. Tak yah lah pegang-pegang plastik bawak barang. Mau cik iena tinggalkan kat mana-mana nanti. Dah rugi . 
    • Kemudian cik iena akan bawa satu beg silang kecil untuk letak handphone dan duit. 
    • Untuk beg pakaian jangan lupa kunci kan tau. Takot barang hilang nanti :)
 
Wokay kesemua checklist cik iena diatas dah selesai kecuali telekung dan mini sejadah. Yang ni kawan cik iena akan bawakan. kami kongsi je memandangkan kami sebilik. Cik iena takde telekung travel yang nipis tu. Yang ada yang tebal huhu.

Okay Biarlah gambar berbicara . Dah siap sumbat dalam beg yang besar gedabak tu


Persiapan Melancong Saat Akhir
ubat-ubatan, plaster,koyok salonpas haha, krim gatal2, kahkah cik iena tengok pakwe hensem nanti menggatal lalala..eh takdela..krim gatal-gatal untuk kulit alergik. Huwaa tahun lepas kene alergik yang teruk, dah macam beruk garuk-garuk. Merah tangan kaki sume. Ouchh taknak berulang lagik. Padan muka pergi bedal seafoods sapa suruh

Persiapan Melancong Saat Akhir
peralatan-peralatan mandi dan kecantikan saya cewahh., kahkahkah semuanya barang sponsor kecuali berus gigi,ubat gigi dan SUn Block tu. Terima Kasih pada pihak-pihak yang baik hati suka sponsor hehe

Persiapan Melancong Saat Akhir
passport, IC, Bank Card, Duit Thai Bath dan Malaysia Ringgit

Persiapan Melancong Saat Akhir
Nyawa-nyawa cik iena..Universal adapter,powerbank-powerbank yang banyak haha, handphone, SD Camera,monopod,

Persiapan Melancong Saat Akhir
takde dalam list tapi cik iena kan poyo lalalalal , panas nanti pakai la spek poyo

Persiapan Melancong Saat Akhir
mujur ade travel kit bag, sumbat baju dalam tu dulu baru letak dalam beg baju. Haha so tak nampak la baju apa cik iena bawak. habis cik iena gulung2 kecik2 sumbat dalam beg pink comel tu

Persiapan Melancong Saat Akhir
Auchh comel kan selipar cik iena, riben2 laagi ahahahah kanak-kanak ribena sungguh

Wokay cik iena ngantok dah ni. Beberapa jam je lagi nak subuh aduii, semoga tak terlajak bangun lah cik iena oit


Eh ada tambahan, boleh pula cik iena lupa payung dan baju hujan. Tapi boleh je beli kat sana. Memandangkan beg cik iena sangat besar. jadi cik iena bawa je lah :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve