Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 8 Oktober 2015
Alhamdulillah walaupun kehadiran tetamu pada kali ini sangat ramai namun ianya berjalan seperti biasa. Kebiasaannya pada hari khamis program ini akan di kunjungi ramai gelandangan dan golongan miskin untuk mengambil makanan kerana pada hari khamis kurang NGO yang ada untuk memberi bantuan makanan. Kebanyakannya pada hari jumaat, sabtu dan ahad.
Juadah malam ini
NGO yang cik iena ikuti ini mengadakan program ini pada setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 malam sehingga 12 malam. Program ini bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan golongan miskin untuk mendapakan sesuap nasi bagi mengalas perut. Ehh tapi bukan lah setiap minggu menu nasi tau. Yang menarik nya macam-macam menu setiap minggu tau. Dan menu-menu semua menarik-menarik. Bukan masak cincai punya tau. Memang masak penuh kasih sayang dari sukarelawan 1Charity
juadah untuk gelandangan dan golongan miskin
rakan sukarelawan sedang bertugas :)
cik eina dan adik
cik iena dan rakan sukarelawan, kak nortie
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah
dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup
sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan
yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk
menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak
mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana
menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka .
Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri .
Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara
jelas.
cik iena dan rakan sukarelawan yang baik hati
rakan sukarelawan sedang mencuci rambut tetamu2 kami
Kepada yang berminat boleh hadir di
bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya
pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang
berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan
tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya
tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
0 comments:
Post a Comment