Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 kini telah di buka . Pastikan anda yang layak menerima bantuan ini memohon dan mengemaskini kerana ini adalah hak kita.
Walaupun cik iena tak layak tapi nak juga isi mana tau dapat. haha. Pernah sekali dapat. Maybe tapisan tak telus kot masa tu. Sekali je lah dapat tahun 2012. Semoga sistem down dan semua rakyat Malaysia Layak dapat .
Haha kesian lah kami adalah tidak adil kami tak dapat sedangkan sama-sama membayar GST Malahan banyak lagi cukai yang kami perlu bayar Tambahan lagi dengan keadaan Ekonomi Malaysia yang tidak stabil dengan kadar kenaikan pelbagai benda terutama pengankutan Awam dimana cik iena sendiri menggunakan pengangkutan Awam ke tempat kerja T___T
Sila Klik ebr1m
Tunggu 5 saat dan Skip Add (^_~)SYARAT KELAYAKAN BR1M 2016
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
- MyKad bagi pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment