Baru baru ini The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama AEON BIG dan Eurofarm telah melancarkan dua produk tanaman daripada Jepun iaitu Nikkori Pear dan
Ibaraki Japanese Sweet Potato di AEON BIG Store Mid Valley.
|
Memperkenalkan auhentic produk pertanian Jepun untuk pasaran Malaysia (kedua kiri ke kanan) Encik Mitsuru Nakata (AEON BIG Pengarah Urusan), Encik Harumi Nakagawa (JA Zenoh Naib Pengerusi Ibaraki), Encik Takeshi Takahashi (Zenoh Pengerusi Lembaga Penyeliaan Tochigi), Encik Yukio Oshima (JA Zenoh Naib Pengerusi Tochigi), Encik Takaaki Inazawa (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Yoshiaki Sakuma (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Nobuyoshi Kurosaki (Pengarah JA Zenoh Tochigi Wakil Lembaga dan Presiden), Encik Satoshi Nozawa (Tochigi Prefecture Kerajaan Urusan Kanan), Puan Edmanda Chang (Pengarah Eurofarm), dan Encik Jeffrey Tan (Pengarah Urusan Eurofarm). Memberikan mereka sokongan penuh mereka adalah Mama Orange, Mascot AEON BIG (kiri) dan Tochimarukun, Mascot Tochigi ini. |
Majlis di lengkapi dengan ucapan dan penerangan dari Mr Takesgi Takahasgi, Mr Harumi Nakagawa dan akhir sekali ucapan dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, Aeon Big.
Katanya, mulai tahun depan akan ada lebih banyak produk makanan, buah buahan dan sayur sayuran segar dari Jepun memasuki pasaran Aeon Big seperti ikan dan sayuran seiring dengan permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti disamping dapat memperkukuhkan ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara.
|
Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato |
Selain daripada itu menurut Encik
Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm
"Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato merupakan dua produk pertanian
terbaik di Jepun, dengan itu Eurofarm amat sukacita untuk membawa buah yang
paling menarik dan lazat ini ke Malaysia,"
|
Blogger-blogger Malaysia yang berjaya menarik perhatian bos-bos besar Jepun semasa Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato |
|
Bersama rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato. Sampaikan Bos-bos besar dari jepun pun nak bergambar dengan kami yang comel kiut miut nie (^_~) |
Tochigi Nikkori Pear
|
Boleh di dapati dengan harga promosi RM22.90 sebiji |
Nikkori Pear dihasilkan dari wilayah Tochigi. Ia merupakan buah pear lewat matang atau dalam erti kata lain kualiti buah pear yang tahan lama, boleh kekal baik sehingga 4 bulan apabila buah disimpan pada suhu bilik. Berat purata adalah 800 gm dan boleh mencecah sehingga 1 kg sebiji. Kulit Nikori Pear bewarna coklat kemerahan dengan isi yang putih serta jus yang manis dan kurang berasid.
Nikkori Pear hanya boleh dituai pada
pertengahan Oktober
dan disimpan untuk tempoh masa yang panjang sehingga Februari.
|
Nikkori pear yang besar dimana berap purata sebiji dari 800 gm ke 1kg |
|
nampak tak kebesaran nikkori pear ni ;) |
|
kelihatan sangat menyelerakan aummmmm |
REVIEW CIK IENA :
Nikkori pear ni sangat manis, rangup dan berjus. Jika di bandingkan dengan buah pear yang lain. Kemanisan nya jelas ketara berbeza. Kerangupan nya juga membuatkan ianya sangat lazat dan membuatkan kita rasa nak makan dan makan lagi. Rangup, manis dan ber jus.
|
Nyummyy sedap sangat, anda perlu cuba okay ;) |
Ibaraki Japanese Sweet Potato
|
Boleh di dapati dengan harga promosi RM9.90 1 kg |
Ibaraki merupakan pengeluar kedua terbesar sweet potato di Jepun. Sweet potato lebih di kenali dengan nama keledek di Malaysia . Di Jepun, Ibaraki Japanese sweet potato paling banyak ditanam adalah 'Beniazuma dan Beniharuka' yang terkenal dengan tekstur bersifat lembut dan flaky serta manis.
Sweet potato kaya dengan , kalsium, vitamin A dan vitamin, B. Di Jepun, Sweet potato ini di amalkan untuk mereka yang ber diet bagi mengurangkan pengambilan kalori disamping mendapatkan semua nutrisi, serat dan vitamin C.
|
Ibaraki Sweet Potato yang telah di rebus |
REVIEW DARI CIK IENA:
Sweet potato atau keledek ni memang sangat manis jika di bandingkan keledek yang terdapat di Malaysia. Setelah mak kepada cik iena rasa. MAk bagi tau , ini adalah pertama kali dia merasakan keledek yang sangat manis. Serius memang manis gila . Cik iena just rebus makan macam tu je tak perlu cicah apa-apa. Tapi kalau nak lagi umphhh cicah dengan kelapa parut muda perghhh memang terangkat. Gabungan keledek yang manis dan kelapa parut yang lemak berkrim pasti membuat anda teruja. Okay nanti cik iena nak beli lagi dan makan dengan kelapa parut muda. Keledek ni kalau buat kuih keria rasanya tak perlu gula kot sebab ianya tersangat manis.
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini hanya kedai atau pasar raya besar sahaja yang menjual kedua-dua hasil pertanian jepun ini dimana salah satu daripadanya adalah AEON Big Mid Valley.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan makanan berkhasiat lagi sedap dan manis daripada jepun ini okay.
|
Ahaa sedondon kan cik iena dengan maskot ni.. tapi cik iena lebih comel kot lalalalallaaa |
Nukilan,
0 comments:
Post a Comment