Kek keju atau Cheese Cake semakin menjadi pilihan untuk santapan harian mahupun sebagai kek sambutan hari jadi atau hari-hari istimewa lain. Kek keju Lemon adalah kek keju yang patut anda cuba.
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon – ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan
.
Cara Membuat:
.
1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.
.
2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
.
3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.
.
4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.
.
5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.
.
6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.
.
7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.
.
Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi
Nota Blog : Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment