Grab The Promo
Grab The Promo

Kenali Taman Negara Malaysia



Taman Negara Malaysia merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia di kalangan pelancong Domestik dan luar negara. Merupakan Kawasan Perlindungan rasmi Hutan Hujan Tropika yang pertama dan tertua di Malaysia yang mana pada waktu dahulu ia dikenali sebagai King George V National Park.


Kenali Taman Negara Malaysia




Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. 

Taman Negara Pahang terletak di Kuala Tahan, Pahang iaitu di Banjaran Titiwangsa yang meliputi sebahagian daerah Lipis dan Jerantut. Ia merupakan Taman Negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Negeri Pahang mempunyai keistimewaan  flora dan fauna yang serba lengkap,Gunung-ganang, sungai, serta hutan lantas manjadikan Pahang sebgai tarikan Pelancong.

Waktu yang paling sesuai untuk pelancong mengunjungi Taman Negara adalah pada bulan April hingga November selain cuti hujung minggu.

Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan turut serta dalam Media Trip ke Rainforest Resort Taman Negara , Pahang yang dianjurkan oleh MATIC (Malaysia Tourism Centre).  Kehadiran kami di sambut baik oleh pihak Rainforest Resort . Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat yang menarik untuk cik iena kongsikan bersama pembaca Sekalian.



3D2N  Rainforest Resort Taman Negara 



Taman Negara Malaysia
Bersama rakan media dan blogger sebelum berangkat ke Taman Negara



Pengalaman selama 3 hari 2 malam di  Taman Negara sememangnya sukar untuk di lupakan malahan jika di beri pilihan cik iena ingin lebih dari 3 hari kerana suasana persekitaran yang tenang serta mendamaikan membuatkan anda berasa sangat tenang disini ditambah dengan pelbagai tempat dan aktiviti menarik disini. Jika ingin menghabiskan lawatan ke semua tempat disini  atau melakukan semua aktiviti pasti 3 hari tidak mencukupi.

Cik iena dan rakan media serta blogger bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10.06 AM




Jeti Kuala Tembeling
Jeti Kuala Tembeling

Kami tiba di Jeti Kuala tembeling sekitar jam 2.40 PM. Setibanya di sana kami  menikmati makan tengah hari di restoran yang terdapat di jeti tersebut sebelum berangkat ke Kuala Tahan. Lebih kurang Jam 3.11 PM kami berangkat ke kuala Tahan menaiki bot yang di sediakan.



Jeti Kuala Tembeling
Bot Panjang di Jeti Kuala Tembeling

Jeti Kuala Tembeling
cik iena sedang beratur utk menaiki bot panjang di Jeti Kuala Tembeling





Disepanjang perjalanan ke Kuala Tahan anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik di tepi-tepi sungai. Kelihatan kampung-kampung kecil , tempat pembiakan ikan patin sangkar dan juga kelibat-kelibat orang yang memancing di tebing tebing sungai.




Jetii Sungai Tembeling
bersama rakan blogger

 Cik iena akan kongsikan gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan menaik bot ini dalam artikel yang seterusnya. (http://www.ienaeliena.com/2016/01/jeti-kuala-tembeling-ke-taman-negara.html)

Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 5.26 PM. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit . Semasa menaiki bot kami di beritahu perjalanan memakan masa 3 jam. Alhamdulillah kami sampai awal dari yang di jangka kan.


Taman Negara Malaysia
jeti Han Rainforest Resort


Walaupun berada lama di atas bot namun ianya tidak mambosankan kerana anda akan dapat melihat pemandangan-pemandangan ciptaan Illahi yang cukup indah.



Taman Negara Malaysia
cik iena di tepi sungai jeti Han Rainforest Resort






Keindahan hutan Taman Negara akan dapat anda nikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Han Rainforest Resort.

Setibanya kami di  jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke   Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort. Istimewa buat pelanggan  Han Rainforest Resort, pengangkutan dari jeti ke resort atau resort ke jeti akan di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort.


Han Rainforest Resort
Cik iena di kaunter pendaftaran Han Rainforest Resort





Han RainForest Resort  menyediakan pelbagai aktiviti sungai serta pakej calet untuk keselesaan pengunjung yang menginap di sini.

Aktiviti pertama kami pada hari tersebut adalah Night Jungle Walk . Berjalan di dalam hutan pada waktu malam sambil menikmati keindahan alam serta binatang-binatang di waktu malam. Untuk aktiviti ini anda memerlukan lampu suluh .


Night Jungle Walk
Rakan blogger dan media bersedia dengan lampu suluh masing-masing





Jika bernasib baik, anda dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di Taman Negara menjelang tengah malam hingga ke awal pagi.


Night Jungle Walk
cik iena bergambar bersama Tapir yang di jaga di sini


Selain daripada itu anda juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.



bersiap sedia untuk Canopy Walk
bersiap sedia untuk Canopy Walk dan bukit teresek



Pada keesokan harinya, kami  beriadah dengan  meniti Titian Kanopi atau lebih dikenali dengan "Canopy Walk" dan mendaki Bukit Teresek untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak bukit tersebut. Ketinggian "Canopy Walk"   adalah 400 meter dari aras laut.





wefie sebelum ke bukit teresek
wefie sebelum ke bukit teresek

wefie sebelum ke canopy walk
wefie sebelum ke canopy walk

canopy walk
cik iena dan +Halim Brothers  sedang meniti Canopy Walk




Bukit Teresek
selepas meniti Canopy Walk, cik iena meneruskan perjalanan ke Bukit Teresek

Bukit Teresek
sambil mendaki, menyempat je cik iena wefie :)

Bukit Teresek
dah sampai sini wajib bergambar dekat sign board hehe

Bukit Teresek
di belakang cik iena adalah permandangan Gunung Tahan dari bukit teresek.

 Jika nak di tunjukkan sangat banyak gambar yang menarik di sini, cik iena akan kongsikan dalam Artikel seterusnya.  Selain dari mendaki Bukit Teresek, bagi pendaki tegar, Gunung Tahan merupakan destinasi terbaik untuk anda menyahut cabaran yang tidak terdapat di gunung lain di negara ini .


Seperti hutan hujan tropika lain, Taman Negara juga menyediakan rangkaian gua untuk diteroka seperti Gua Telinga dan Gua Daun Menari di samping banyak lagi gua yang sedang dikenal pasti untuk dibuka kepada pengunjung. Malangnya kami tidak berkesempatan ke sana kerana waktu yang sangat terhad.

Aktiviti seterusnya kami pulang ke Resort untuk menikmati hidangan makan tengah hari oleh pihak Resort. Khas buat anda semua cik iena juga akan kongsikan beberapa makanan istimewa di sini dalam artikel yang seterusnya.

Selepas menikmati hidangan makan tengah hari , cik iena sempat mengunjugi Spa yang terdapat di Resort tersebut iaitu "JEMARI TRADITIONAL". Setelah penat mendaki pasti lebih nyaman dan selesa jika dapat memanjakan diri dengan urutan kaki dan ianya terdapat di Han RainForest Resort.


perkhidmatan urutan di jemari traditional
perkhidmatan urutan di jemari traditional



Setelah itu  kami di bawa ke penempatan orang Asli Suku Kaum Batek yang terletak di Kampung Seberang Kanopi . Di sini kami di beri penerangan serba sedikit mengenai kaum ini dan juga beberapa demo dari Orang Asli sendiri tentang kegiatan harian mereka. Nantikan dalam artikel seterusnya .





Bergambar bersama orang asli
Bergambar bersama orang asli dan rakan media serta blogger


Selepas itu kami di bawa ke sungai untuk aktiviti "Rapids Shooting" . Ini merupakan antara aktiviti yang paling cik iena suka. Pada awalnya cik iena merasakan leceh, basah-basah tak seronok. Tetapi apabila berada di dalam bot sewaktu aktiviti ini dijalankan ternyata tanggapan cik iena salah. Aktiviti ini ternyata sangat menyeronokkan dan boleh menenangkan minda, melepaskan segala masalah , keresahan. Jujur cik iena akui aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membuat hati tenang. Masa ni boleh jerit sepuas-puas hati bila di serang bot lawan. Anda semua perlu cuba aktiviti ini. Maaf cik iena tiada gambar untuk aktiviti ini. Cik iena akan update kemudian bila dapat gambar daripada rakan media dan blogger yang lain .


Selepas ber  "Rapids Shooting" kami di bawa singgah di sungai berhampiran untuk bermandi manda dan bergambar.




Taman Negara Malaysia
Menikmati keindahan sungai di sini

Taman Negara Malaysia
Rakan media dan blogger bermandi manda


Pada sebelah malam kami ber BBQ  dan Karaoke di Perkarangan Han RainForest Resort, terdapat kemudahan BBQ disediakan dan juga Karaoke  serta sebuah dewan disediakan.



wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli
wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli


Keesokan hari nya iaitu hari ketiga di mana hari terakhir kami berada di situ kami di bawa sekali lagi ke penempatan orang asli tetapi kali ini penempatan yang berbeza dan kami tidak melalui jalan sungai seperti kampung sebelum. Kali ini kami menggunakan pacuan 4X4 menusuri hutan-hutan untuk sampai ke kampung tersebut. Perkampungan tersebut adalah penempatan Orang Asli suku Batek di  Kampung Orang Asli Dedari.



Kampung Orang Asli Dedari
Kampung Orang Asli Dedari


Di sini juga kami di beri pendedahan tentang orang asli namun ianya lebih lengkap. Kami juga berpeluang menanyakan pelbagai soalan kepada orang asli disini.  Demo juga di tunjukkan bagi aktiviti harian mereka.  Untuk kisah di Kampung Orang Asli Dedari ini cik iena akan tulis dalam Artikel seterusnya. Banyak lagi kisah menarik untuk di kongsi bersama. Ini merupakan antara aktiviti yang cik iena gemari kerana cik iena tidak pernah melihat orang asli yang sebegini rupa secara lansung. Cik iena sangat teruja dapat berjumpa dengan mereka, cik iena juga berkesempatan mempelajari cara-cara pemakaian kain batik oleh kaum wanita asli di sini.



Kampung Orang Asli Dedari
Bergambar bersama Orang Asli Dedari

Selepas melawat orang asli disini kami pulang ke Resort untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak Resort  dan seterusnya kami berkesempatan untuk melawat bilik-bilik dan kemudahan lain yang di sediakan di Han RainForest Resort . Istimewa untuk pembaca cik iena akan kongsikan beberapa jenis bilik dan kemudahan yang terdapat di Han RainForest Resort dalam artikel seterusnya.

 Han RainForest Resort
Sebelum berangkat pulang, cik iena bergambar bersama Rakan Media dan Blogger di Han RainForest Resort

Sememangnya pengalaman di Han RainForest Resort Taman Negara ini adalah memori indah yang sukar untuk di lupakan bagi cik iena dan juga mungkin bagi rakan-rakan blogger serta media  yang lain. Selain dapat mengenali taman negara kami juga dapat mengenali rakan media dan blogger lain disamping dapat bertukar pendapat dan berkongsi tentang pengalaman masing-masing.


Semasa di sana cik iena di kenali dengan Travelling Beruang dan juga si Latah. Ada juga rakan yang menggelarkan cik iena pepatung. kalau nak tau kenapa nantikan cerita seterusnya ya. Maaf lambat update sebab cik iena bekerja.


untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net 












iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve