Grab The Promo
Grab The Promo

Trendi Travel Mate Memudahkan Pelancong


Trendi Travel Memudahkan Pelancong

 Trendi Travel Mate adalah platform digital yang ditetapkan untuk merevolusikan perjalanan pada skala global. Ditubuhkan pada bulan Oktober 2015 di bawah Zuger International, Trendi memahami dan menjangka keperluan pelancong.

 Trendi Travel  telah berkolaborasi dengan Dorsett Kuala Lumpur selaku rakan hotel rasmi dalam memberi keunikan ekosistem dalam dunia pelancongan di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.

Trendi Travel Mate Memudahkan Pelancong


Trendi Travel Mate merupakan teknologi travel elektronik bersepadu terkini yang diterapkan dalam dunia pelacongan dan hospitaliti, ianya dibangunkan di malaysia untuk pasaran dunia.

Ia juga merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan juga bagi pelancong Asia Pasifik.

Secara tidak langsung  menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia mampu berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.

Teknologi IPPBX menjadikanTrendi Travel Mate sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan juga penggunaan telefon pintar secara percuma.


Trendi Travel Memudahkan Pelancong


Menurut Mr. ALvin Koh selaku Group CEO Trendi Travel, Zugar International, 
Beliau yakin bahawa Trendi mampu memberikan pengalaman terbaik buat pelancong sewaktu melancong ke negara baru yakni yang belum pernah mereka kunjungi.

Secara tidak langsung ianya menjadi penanda aras yang mampu memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelancong, pihak hotel dan peruncit di Malaysia mahupun di negara-negara jiran.


Trendi Travel Mate


Trendi Travel Mate merupakan perkhidmatan telefon bimbit yang disediakan di hotel terpilih yang mana ianya ditawarkan secara percuma kepada pengguna.
 
Trendi Travel Memudahkan Pelancong



Ianya ditawarkan bersama sambungan internet 3G tanpa had, dalam masa yang sama membolehkan pengguna membuat panggilan tempatan mahupun menghantar SMS.

Tujuan utama Trendi adalah menjadi penyelesaian bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelancong dimana telefon pintar mahupun tablet menjadi gadget penting bagi pelancong untuk mencari keperbagaian maklumat.

Trendi Travel Memudahkan Pelancong


Ianya mampu memberi penyelesaian mudah dan senang tanpa perlu risau kepada kos penggunaan data roaming yang membebankan sehingga mampu menghilangan keseronokan kepada si pelancong tadi.

Dorsett Kuala Lumpur



Sebagai hotel peneraju teknologi hospitaliti, Dorsett Kuala Lumpur berminat menjadi rakan kongsi bersama Trendi dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu mereka dari luar negara.

Ianya merupakan perkongsian revolusi strategik yang ditubuhkan untuk memberi impak kepada industri hospitaliti.

https://farm2.staticflickr.com/1653/24583885854_91efc15633_c.jpg


Ia merupakan platform pelancongan dibawah kelolaan Zuger International, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman melancong paling berharga bagi pelancong di Malaysia dan Asia Pasifik.

Secara tidak langsung menjadikan ianya teknologi pilihan pertama yang mempu memberikan pelancong yang datang ke Malaysia dapat berhubung dengan seluruh dunia melalui teknologi IPPBX.

Teknologi IPPBX menjadikan Trendi Travel sebagai aplikasi pelancongan yang terbaik, targeted mobile advertising dan penggunaan telefon pintar secara percuma.

Menurut Christina Toh, Area General Manager di Dorsett Kuala Lumpur,

Kolaborasi bersama Trendi ini mempu memberikan sambungan dan capaian internet kepada tetamu sepanjang penginapan mereka, secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pihak hotel.

Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan jenama hotelnya di Asia dengan menjadikan Dorsett Kuala Lumpur sebagai “Hotel Telefon Pintar Pertama di Malaysia” dan hotel pertama di Malaysia yang melaksanakan teknologi ini.

Trendi ingin mengembangkan perkhidmatannya di lebih 44 buah negara seluruh dunia merangkumi 66 juta ahli Trendi.

Bagi tahun 2016 ini, Trendi Travel menetapkan matlamat untuk mempunyai 18,000 telefon pintar digunakan di Asia Pasifik terutamanya di Filipina, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.


Trendi Travel Mate Memudahkan Pelancong




Wahh menarik kan. Kebiasaannya bila kita melancong perkara pertama kita nak cari wifi . Kalau kat airport ada wifi Alhamdulillah .Dapat lah nak google apa-apa yang patut. Kemudian perlu beli simcard untuk dapatkan access internet. Kepada yang mempunyai budget lebih boleh lah beli kan. Pada yang agak-agak budgetable biasanya akan guna wifi percuma je untuk google apa-apa yang patut atau sebelum sampai destinasi dah google siap-siap  :)

Tapi kadang-kadang ada benda yang tidak di jangka yang perlu kita cari maklumat kan.
Maka dengan adanya Trendi Travel Mate ini akan memudahkan lagi percutian kita terutamanya jika berada di negara asing lagi lagi negara yang tidak pernah kita kunjungi.

Kalau dah aplikasikan seluruh dunia lagi best :)

Pergi melancong mana-mana tak perlu risau sangat.


Sumber Dan Gambar : www.broframestone.com



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka


Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka



Buat pertama kalinya, Peaceyall.fm  radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan  karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. 
 
Pada 17 Febuari 2016 yang lepas  telah  berlansung Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside.








 Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi



Majlis sidang akhbar ini  diadakan untuk 3 projek di bawah kelolaan Dato Ac Mizal sendiri iaitu:

SIDANG AKHBAR
1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi



1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall" 

 

Sidang akhbar ini adalah bagi mewarwarkan kepada umum mengenai Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini.


 Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi


Karnival tersebut akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.
Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen  Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. 
Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti 
  • Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM 
  • Permainan kanak-kanak 
  • Persembahan menarik dari VJ dan selebriti
  • Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal 
  • Lucky Draw lebih daripada RM10,000! 
  • Konsert Kemuncak

Untuk pengetahuan anda juga,  karnival 2 hari ini merupakan karnival  pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi
HUBUNGI
  • Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) 
  • Email : karnivalpeaceyal@gmail.com
  • Website : PEACEYALL.FM 
  • Facebook : OMGFEST2014.
Untuk pengetahuan anda, apa yang istimewa di Peaceyall.FM adalah dalam pemilihan lagu yang di keudarakan  dimana ianya mengikut permintaan pendengar  Peaceyall.FM . Bermakna lagu lagu yang di keudarakan adalah lagu-lagu kesukaan pendengar Peaceyall.FM  dan bukanlah lagu pilihan Peaceyall.FM.


 2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal

 

 
Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal


“DAC Peaceyall” merupakan satu aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh Dato Ac Mizal  untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang.

Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dicipta  bagi menarik minat pemain “game” tegar di mana ianya mempunyai latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Disamping itu, melalui aplikasi permainan ini, anda berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.


DAC Peaceyall



“DAC Peaceyall” Bukan setakat "game" sahaja, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang sedang hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.


DAC Peaceyall

Selain untuk bermain game, aplikasi ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. “DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.

 3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi

 

 Bagi peminat komik terutamanya komik “Ujang”, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen” suatu ketika dahulu kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.


Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik “Skoolastic” ini diilhamkan untuk menarik minat semula peminat-peminat komik dan sebagai satu “come-back” kepada kartunis Ubi sendiri.

Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi



“Skoolastik” ini menceritakan tentang kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.


Menurut kartunis Ubi sendiri, penghasilan komik ini adalah bertujuan untuk menaikkan semula “trending” membaca komik ini terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadjet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan telah dilupakan. 
Beliau berharap dengan terhasilnya komik “Skoolastik” ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau untuk menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan oleh Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.


Komik “Skoolastik” ini yang hanya berharga RM 19.90 senaskah boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk info lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook atau Instagram : @kartunisubi.
Okay kepada anda di luar sana jom meriahkan lagi   Karnival Peaceyall.fm  dan kepada peniaga peniaga terutamanya jom sertai Karnival Peaceyall.fm sebagai salah seorang peniaga :)



Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka
Hai korang jom pergi Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka . Merupakan Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini. Karnival ini akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur. Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM Permainan kanak-kanak Persembahan menarik dari VJ dan selebriti Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal Lucky Draw lebih daripada RM10,000! Konsert KemuncakUntuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) Email : karnivalpeaceyal@gmail.com Website : http://www.peaceyallfm.com/ Facebook : OMG FEST
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 24, 2016

Sumber dan gambar Kredit Kepada : http://www.pinkymomma.com
Cik iena tidak dapat hadir pada sidang akbar ini atas urusan kerja :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


Sogo merupakan pusat membeli belah yang menjual barangan berjenama terkenal. Sogo menjadi tumpuan ramai kerana sering mengadakan promosi jualan murah untuk barang barangan berjenama.

Kerap kali kita lihat sogo di penuhi dengan ramai orang yang membeli belah terutama sekali pada musim perayaan. Tidak kurang juga cik iena juga kerap ke sana untuk membeli belah.


Nama Sogo pasti sudah tidak asing lagi buat anda yang gemar membeli belah . Pernah kah anda mendengar Ensogo ? Pada asalnya cik iena menyangkakan Ensogo adalah portal Online untuk Sogo. Almaklumlah cik iena ni suka sangat shopping dekat sogo tapi cik iena mempunyai kekangan masa   untuk keluar membeli belah . Akibat terlalu sibuk bekerja cik iena banyak membeli belah secara Online.

Terdetik nak tau Ensogo ni apa, Kalau lah online portal untuk Sogo alangkah indahnya dunia. tetapi rupanya bukan lah Portal membeli belah Sogo. Okay gelak kan cik iena laju-laju . Tapiiiiiiiiiii.. Tapi Ensogo ni berjaya jugak buat cik iena terpaut hati. Adui cik iena ni.
Canggih kan zaman sekarang ni. Dunia di hujung jari je. terdapat banyak portal online shopping untuk kita membeli belah. Salah satu antaranya adalah Ensogo.

Ensogo menawarkan pelbagai barangan dengan pelbagai jenama mahupun jenama yang biasa sehinggalah luar biasa. Terdapat pelbagai diskaun juga ditawarkan.

Setelah cik iena cuci-cuci mata cik iena terbeli lebih kurang 3 item. tetapi cik iena beli dengan cara yang berlainan. Satu cik iena beli menerusi portal , guna laptop. dan satu lagi cik iena guna Ensogo apps.

Istimewa buat pelanggan baru Ensogo anda boleh mendapatkan diskaun potongan harga sebanyak RM20 melalui Ensogo Apps . Haa sebab tu lah cik iena beli juga guna Ensogo Apps. Sebab nak diskaun tu.  Siapa taknak diskaun kan :)

Terdapat pelbagai barangan yang diniagakan disini. Ada diantara barangan yang dikenekan bayaran penghantaran dan ada juga yang percuma penghantaran. Salah satunya cik iena beli yang penghantaran percuma.

Cik iena juga ada membuat pembelian barangan daripada luar negara di mana kos penghantaran dan harga barang sama. Okay itu lawak tapi berbaloi lah. Sebab harga barang yang cik iena beli tu murah. Cik iena ada beli pan untuk induction cooker RM100 ++ di AEON . Okay bila jumpa yang harga RM35 terus iena nak beli .

Apa-apa pun kita harus bijak membuat pemilihan ketika membeli belah tidak kira lah online mahu pun di kedai. tapi kadang-kadang cik iena ni terpengaruh juga dengan promosi- promosi ni ahaaaaaaa



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
jemput klik untuk melihat barangan bayi di ensogo

Selain daripada diskaun yang ada, Ensogo ni juga menawarkan harga yang murah buat pelbagai barangan bayi dan juga kanak-kanak . Anda boleh berjimat dan berbelanja barangan anda di sini. Cik iena tau pun melalui rakan. Kalau lah cik iena dah kawen dah ada anak mesti banyak lagi yang cik iena beli kan (^_~)






Berikut cik iena lampirkan bagaimana pembelian melalui portal/website dan juga melalui apps untuk rujukan bersama terutama buat yang masih belum biasa dengan pembelian online .

Pembelian melalui Ensogo Website/Portal

 

 

 Website : www.ensogo.com.my

Setelah masuk Ensogo tu cari barang yang kita nak beli. Cik iena tertarik nak beli Frying Induction Cooker Pan ni. harga agak murah pada cik iena sebab cik iena beli frying pan untuk induction cooker di AEON harga semua RM100++ . So ini kira murah lah . Cuma ianya dari luar negara. makan masa lama sikit dan kos penghantaran agak mahal tapi boleh diterima pakai lah sebab pos dari luar negara .


Frying Induction Cooker Pan
Frying Induction Cooker Pan
 klik ADD TO CART

Selepas klik add to cart, pada bahagian kanan ada icon Troli . Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout. Kalau nak teruskan shopping boleh shopping. Kalau nak bayar dah boleh klik checkout.


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout



Selain daripada itu cik iena juga beli kettle ni. kebetulan kettle di rumah rosak . Banyak tangan pakai kan di rumah bujang. Rosak pekara biasa . So kali ni cik iena nak beli yang murah je. Beli yang mahal pun rosak dan rosak dan kene beli lagi. Ahaaa yang ni murah dan tiada kos penghantaran okay. Maka cik iena beli Pensonic Electric Kettle ni

 Pensonic Electric Kettle
klik add to cart


 Okay nak checkout


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak



Selepas klik checkout akan keluar page ni 


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


Haaa macam biasa pilih lah Online banking . Kalau yang pakai card credit  atau paypal buatlah pilihan pembayan anda okay.



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
ehhh apasal total amaount tak sama kat atas...

Ahaaa tiba-tiba total amoun tak sama kan RM45 Murahnya biar betul dua barang letrik RM45 !!!
mestilah tak betul hahahha... kan cik iena dah cakap nak cuba yg apps tu utk dapatkan diskaun RM20. Teruskan baca okay. Kenapa RM45 sebab cik iena beli kettle je dulu yang ni yang mana kettle tu berharga RM45 dan percuma penghantaran.  Yang Frying pan tu cik iena nak cuba beli guna Apps.


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


Selepas beli keluar page ni, ade contest lah..
okay jom cuba.
Tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia tak siapa yang tahu kan
Semoga Ada tuah cik iena
lalallalalalaaaaaaaaaaa



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


 Haaaaaaaaaa setel beli melalui web . Jom beli melalui apps pulak . Tapi kan cik iena add to cart dulu awal-awal barangan yang nak di beli supaya mudah. Jadi bila download apps dan buka. Cik iena login acc dan terus klik Troli Checkout. Ouh mudahnya kan :)



Pembelian memalui Ensogo Apps


 Mula-mula dapatkan apps ini di play store seperti mana anda download pelbagai aplikasi di telefon bimbit anda. Search ENSOGO . Install dan open ok



Pembelian memalui Ensogo Apps
cari, install dan open



Pembelian memalui Ensogo Apps
pilih negara dan sign in guna acc yang dah ada






Pembelian memalui Ensogo Apps
Diskaun yeayyyyyyyyyy




Diskaun RM20 ini hanya untuk apps dan pengguna baru. Bukan pengguna baru apps. ahaa pening bukan. Macam ni. Kalau anda pernah beli di website ensogo jadi anda tidak layak untuk diskaun ini. 
Memandangkan tadi cik iena dah beli jadi cik iena dah tak layak untuk dapat diskaun tu.

Sedih.. eh tapi tak sedih. Dunia di hujung jari maaaaaaaa. Cik iena buka satu akaun lagi hahaha
Cik iena login apps guna acc yang baru. Tapi kan jangan lah setiap kali nak beli buat macam ni okay. Cik iena sebab nak cuba je (^_~)
nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog :D

Okay dah stop bebel jom sambung tengok tutorial

Pembelian memalui Ensogo Apps
klik cart






Pembelian memalui Ensogo Apps






Macam penat je nak taip. Paham kan tengok gambar hahaha jangan marah eyyyy

Okay step di bawah pada yang nak bayar melalui online banking jangan risau kalau tak jumpa nama bank tu pilih FPX okay

Next pilihan baru keluar nama bank bank kesayangan anda
ahaaaaaaaaaaaa 



Pembelian memalui Ensogo Apps





Yeayyyyyyyy dah beli
tak sabar nak masak-masak.
Dah lama tak masak kat rumah bujang. 
Ada dapur biasa tapi cik housemate very the kedekut tak bagi guna. taknak share-share
Cik eina pun tak hadap lah
cik iena beli lah induction cooker, kalau beli dapur gas biasa semak pulak banyak dapur dan tong gas kan
Makanya cik iena beli induction cooker tapi tu lah
induction cooker bukan boleh pakai sebarang kuali
kene lah beli lain

Cik iena juga beli E voucher photobook.
Ouh pencita photobook memang macam ni.
melambak photobook dah tetap nak beli lagi

Nak baca ceritera photobook cik iena
http://www.ienaeliena.com/search/label/photobook?m=0


Pembelian memalui Ensogo Apps






Untuk pengetahuan selain menjadi pembeli anda juga boleh menjadi penjual.
Tiada kos tersembunyi okay.
Tiada yuran pendaftaran. 
Tiada yuran yuran lah hahaha
Free je tau dan tiada komisen diambil dari pihak Ensogo
Menarik bukan 
(^_~)



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak




Ouh panjang betul cik iena membebel . Yeayyy saya dah shopping di Sogo ehhhh
di Ensogo, anda bila lagi ?


Okies malam ni cik iena nak balik kampung, sepupu nikah.
Esok  pagi kembali ke Kuala Lumpur atas urusan blog tercinta ni  sehinggalah hari Ahad
Alhamdulillah sempat online shopping sebelum ke Singapore jumaat depan
ahaaaaa holiday yeayyyyyy
(^_~)


New Update : Ehh laju pulak Ensogo photobook ni contact iena . terus bagi voucher code yeayyy
Terima kasih Mr. Benny  . Barang lain kalau dah dapat cik iena update juga okay (^_~)

 Ensogo photobook



New Update : 11.40 AM 23 Feb 2016
Yeayy cik iena dah dapat kettle dah..
Now tinggal satu je barang lagi . Tapi barang dari overseas. Yang tu memang makan masa sikit lah
(^_~)

Pensonic Electric Kettle
Pensonic Electric Kettle








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




RM0 Photobook


RM0 Photobook

Photobook kembali membuat promosi serendah RM0 untuk produk-produk keluaran Photobook Malaysia seperti Photo Print, Photobook, name card, Poster Print dan sebagainya. Cik iena seperti biasa tidak ketinggalan untuk membeli RM0 Photobook. Tawaran ini sedang giat di promosikan di Groupon. Jom kepada sesiapa yang berminat boleh lah beli.
Untuk pengetahuan, hari ini cik iena beli 4 produk RM0 daripada photobook. Memang berbaloi-baloi sebab tarikh tamat print tu lama lagi, ada yang sampai tahun 2017. jangan lupa print sudah lah cik iena .
RM0 Photobook

Okay sayang sayang sekalian pada yang nak beli 
klik pautan di bawah,
 
http://bit.ly/1RM0Photobook 
Okay daaaa cik iena nak sambung kerja
(^_~)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



Restoran Spring Garden yang terletak di Level 4 Suria KLCC merupakan restoran cina yang menghidangkan makanan Halal. Untuk anda yang ingin merasa masakan cina khususnya dan terutamanya buat anda yang bekerja dengan syarikat cina yang ingin mengadakan jamuan makan ataupun anda yang ingin keluar makan bersama sahabat cina anda, anda boleh cuba makanan di sini.



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang


30 January 2016 yang lepas cik iena dan rakan pejabat menyertai acara makan malam sempena sambutan tahun baru cina oleh syarikat  dimana cik iena bekerja di Spring Garden KLCC . Lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya kerana paling dekat dengan pejabat . Kalau pergi jauh-juh mesti sampai lewat, jadi tahun ni sekali lagi kami buat makan malam CNY disini.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
sebahagian dari rakan pejabat. Kesemuanya programmer :)

Untuk pengetahuan, hampir kesemua rakan pejabat adalah Programmer. Disebabkan ramai yang berbangsa Cina maka ini merupaka acara tahunan kami. Acara yang paling dinanti nantikan oleh sahabat-sahabat yang meraikan tahun baru cina.

INFO Kini anda boleh mendapatkan pelbagai voucher diskaun makanan daripada pelbagai restoran terpilih secara online di Picodi Malaysia dan terdapat juga pelbagai voucher diskaun serta kupon  daripada pelbagai online shopping website.


Pada awal cik iena bekerja di sini, bila makan malam cny je cik iena risau sebab cik iena tak makan makanan cina. Bila dah 3 tahun lebih bekerja di sini sekarang cik iena dah boleh makan shark fin soup dah. Siap bertambah lai tau. Daripada tak suka terus suka tanpa sengaja.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
Restoran Halal Cina :)Siapa nak merasa masakan cina jom datang Spring Garden Restaurant KLCChttp://www.ienaeliena.com/2016/02/cny-dinner-at-spring-garden-klcc.html?m=0
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 17, 2016


Pada malam tersebut memang banyak la cik iena makan. Satu meja dengan boss. hahahah bila bos sebut nama suruh habis kan semua redha. Semua kena habiskan. Table cik iena lah jadi DBKL , table sebelah tak habis hantar ke table kami sebab ingat kami tak cukup makanan tengok meja kosong. Padahal kene paksa makan. hahah paksa-paksa pun makanan nya sedap. kene makan perlahan-lahan lah. yang pasti makanan kat sini Halal :)

Sesi Lou Sang bersama rakan pejabat





Okay jom lihat gambar yang ada (^_~)



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang






CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



Hahh nak tau tetiba cik iena up cerita ni kenapa, sebab tiba-tiba kat dashboard keluar link ni



http://www.ienaeliena.com/2015/02/globaltium-cny-dinner-at-sring-garden.html

view banyak. Haaa apa lah yang mereka google tu ye. Mungkin nak cari tempat makan CNY kot tapi CNY dah berlalu :D


 
Kepada yang ingin mencuba masakan cina yang halal boleh lah datang sini ya :)

Spring Garden KLCCLot 413, 4th Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur
Tel: (603) 2166 9881


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve