Istimewa buat peminat pizza di luar sana pada 10 hingga 13 March 2016, Vivo American Pizza & Panini akan melancarkan pembukaan cawangan terbaru mereka di Aeon Shah Alam.
Anda berpeluang mendapatkan minuman Mango Delight secara percuma apabila anda menikmati hidangan di Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post daripada cik iena.
Tawaran hanya terhad di Vivo American Pizza & Panini cawangan Aeon Shah Alam dan diantara tarikh 10 March hingga 13 March 2016.
Vivo American Pizza & Panini Berjaya Times Square |
Vivo American Pizza & Panini
Vivo berasal dari perkataan Itali yang bermaksud to live atau be alive yang mana ianya membawa maksud "enjoy the food delicious" dan Slogan yang di bawa oleh Vivo Pizza adalah " live with passion " .Ia merupakan Pizza yang berasal daripada Amerika dimana ianya menggunakan resepi rahsia kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan .
Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM. Boleh nampak Logo Halal Yang di pamerkan |
Resepi khas di datangkan istimewa dari Amerika dimana resepi ini di kekalkan dengan penggunaan bahan yang berkualiti dan cara masakan yang Healthy serta menggunakan kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan. Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM.
Piza yang dihidangkan disini di bakar dengan 100% keju mozzarella yang memenuhi pada semua bahagian Pizza Vivo . Ianya menjanjikan rasa yang cukup enak dan di jamin pasti menggoda selera anda terutama buat peminat pizza dan juga buat anda yang menggemari keju.
Around The World Pizza - Large RM36.90 |
Semalam cik iena dan rakan blogger yang lain berpeluang merasa pizza dan juga hidangan lain daripada Vivo American Pizza & Panini . Okay nak tau apa kata cik iena tentang pizza vivo ni jom baca (^_~)
Apa yang Istimewa di Vivo American Pizza & Panini
Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa |
Jika di sebut tentang keistimewaan tentulah Pizza dan Panini . Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa dan ianya sangat sedap . Cik iena telah mencuba Around The World Pizza . Rotinya tidak terlalu tebal serta cara masakan juga sangat healthy kerana sayuran tidak dimasak lama. Kesegaran lada bengala, bawang dan buah zaitun hitam masih terasa ditambah dengan limpahan keju serta hirisan ayam serta sos BBQ sangat seimbang dengan sayuran.
Around The World Pizza - Large RM36.90 |
Panini pula seperti sandwich di subway cuma roti nya agak berlainan dan unik. Ianya merupakan menu yang special di Vivo Pizza. Cik iena berkesempatan mencuba Panini Crispy Chicken Rasa nya sedap dan enak. Daging ayam yang cukup lembut dan berasa di tambah dengan sos BBG yang istimewa serta sayuran lain. Kombinasi yang cukup padan untuk melengkapkan kesedapan Panini tersebut.
Panini Crispy Chciken With Fries RM 17.50 |
Selain daripada itu, Tropical BBQ Chicken Chop di vivo pizza juga sangat sedap. Suapan pertama sudah cukup untuk anda merasai kelazatan chicken chop tersebut.
Tropical BBQ Chicken Chop RM 23.50 |
Ayam yang cukup lembut dan berasa. Seperti ayam yang di perap. Rasanya memang kuat pada ayam tersebut dan daging ayam yang lembut dan tidak kering pasti membuat anda lebih berselera untuk menikmati hidangan ini.
Cream Of Mushroom Soup yang di hidangkan dengan cendawan shitake yang segar . Ini memang betul-betul sedap. Cik iena memang penggemar mushroom soup. Kebiasaan nya jika cik iena makan mushroom soup di restoran, cendawan yang di letak sekadar ala kadar je. Sangat Sikit. Mushroom Soup di Vivo Pizza memang terbaik.
Cream Of Mushroom Soup RM 6.50 |
Kandungan Cendawan Shitake segar yang banyak pasti buat anda teruja terutama buat peminat cendawan shitake seperti cik iena. Satu mangkuk cik iena punya tak nak kongsi tau :)
Sweet and cheesy Snack Pizza juga merupakan hidangan permulaan yang sedap untuk di nikmati. Ianya sangat rangup dan juga manis :)
Sweet and cheesy Snack Pizza RM 11.50 |
Cik iena merupakan peminat keju , jadi cik iena mencuba dua jenis pasta yang dilimpahi dengan keju yang sangat enak lagi menyelerakan pasti membuat anda teruja .
Creamy mushroom yang sangat creamy dan sedap . Kandungan Cendawan Shitake yang banyak serta rasa creamy tomato sauce yang lazat dengan gabungan bawang putih yang di tumis menggunakan butter. Yang mana menaikkan lagi aroma masakan dan rasa Creamy pada pasta tersebut.
Creamy mushroom RM 17.90 |
Baked Fish Pasta RM 23.50 |
New York Caramel Cheesecake merupakan pencuci mulut yang sangat enak untuk di nikmati. Kebiasaan yang kita dengar adalah Cheesecake tapi berbeza di Vivo Pizza yang mana ianya menawarkan New York Caramel Cheesecake yang sungguh lazat .
New York Caramel RM 8.80 |
Cik iena sangat menggemari rasa caramel beserta cheese tersebut. Gabungan yang cukup menyelerakan .
Selain makanan sudah tentu ada minuman juga . Cik iena berkesempatan mencuba 4 Jenis Signature Drink dari Vivo American Pizza & Panini iaitu Mango Delight, Cappuccino Charm , Lemon Kiwi Float dan Iced Green Tea Latte.
Cappuccino Charm and Mango Delight RM 15.90 each |
Iced Green Tea Latte RM 10.50 and Lemon Kiwi Float RM 11.50 |
Diantara keempat ni cik iena suka kesemuanya kecuali green tea sebab cik iena memang tak suka green tea . Tapi selepas cik iena cuba apa yang cik iena dapat cakap rasa green tea dia sangat sangat mantap, power, terasa sampai ke anak tekak. Sekali hirup terkesima sekejap sebab terasa kepekatan green tea seolah-olah sedang meminum air daun green tea yang di kisar. Hahhh macam mana tu?
Peminat green tea harus cuba tau (^_~)
Selain dari menu-menu diatas terdapat pelbagai lagi menu-menu yang di tawarkan. Untuk melihat menu-menu tersebut sila lihat di Menu Vivo American Pizza & Panini
Okay sebelum pulang, seperti biasa bergambar bersama Rakan blogger yang turut serta bersama cik iena .
bergambar bersama rakan blogger sebelum pulang |
ouhh mampukan kami habiskan nie, ada banyak lagi tak nampak tu ;) |
taraaaaaaa, licin semuanya. ini pun ada pinggan yang telah di kutip |
Alhamdulillah rezeki jangan di tolak, licin semuanya |
Terima Kasih pada rakan blogger yang sudi teman cik iena makan di sini dan sudah tentu jutaan terima kasih buat Vivo American Pizza & Panini untuk makan malam yang sangat sedap dan mengenyangkan ni
(^_~)
Cawangan-cawangan Vivo American Pizza & Panini
Cawangan-cawangan Vivo American Pizza & Panini di Malaysia |
Jangan Lupa buat anda yang berada di Shah Alam, anda boleh mendapatkan minuman Mango Delight secara percuma semasa anda menikmati hidangan di Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post dari cik iena . Tunjuk blog post yang anda sedang baca ni :)
Mango Delight (Kanan) berharga RM 15.90 secara percuma jika anda menikmat hidangan di Vivo American Pizza & Panini AEON Shah Alam pada 10 -13 March 2016 |
Tawaran hanya sah diantara 10 March 2016 sehingga 13 March 2016 di Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam (Lot G06 Ground Floor)
Jika ada sebarang Masalah sila cari Mr. Kee Yun tau :)
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment