Grab The Promo
Grab The Promo

Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk



Nasi beserta dua jenis sayur dan satu lauk samaada ayam, daging atau sebagainya dengan harga RM5 di mana ianya boleh di katakan murah untuk anda yang bekerja di sekitar KL Sentral.

Hari ini merupakan hari ke tiga cik iena bekerja di Q Sentral , KL Sentral. Menurut rakan-rakan yang telah awal berpindah pejabat disini . Kedai ini merupakan kedai yang termurah yang mereka temui. Kebanyakan kedai berdekatan sini agak mahal.
Kepada yang berjimat tu amat lah sesuai untuk hadir ke sini. 

Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk




Cik iena ni memang budgetable sikit. Kos hidup tinggi kan memang perlu berjimat. Sekali sekala makan mewah takpe. kalau selalu pitam cik iena .Buat masa ni cik iena nak makan di luar. Selepas ni cik iena akan bawa bekal untuk langkah berjimat.
Untuk anda yang sama pemikiran seperti cik iena boleh lah makan di sini tau.


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
berhadapan lalaun masuk LRT KL Sentral


Lokasi kedai di dalam KL Sentral, berhadapan laluan masuk LRT terdapat sebuah foodcourt. Masuk sahaja foodcourt tersebut anda jalan terus sehingga ke hujung dan belok ke kiri .
Rasa makanan pun sedap cik iena dah rasa. Nah tak sempat ambil gambar lauk. Dah licin baru nak ambil gambar


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
nyummy sedap,cik iena ambil kari ayam, sayur terung dan sayur kacang panjang

Untuk pengetahuan kedai makan ini halal :)
Cik iena lupa nak ambil gambar sijil halal (^_~)


New Update Feb 2018 : Maaf cik iena dah lama tak ke KL Sentral. Baru-baru ni ke KL Sentral Cik iena tengok food court yang ada kedai ni dah pun tutup . Kawasan ni di tutup sepenuhnya dan pintu masuk LRT di buka di sini. Sebelum ni hanya satu bahagian je pintu masuk ke LRT. Sekarang dah buat dua dan kwasan kedai ni di tutup.



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve