The Crazy Bites merupakan restoran makanan segera yang menawarkan pelbagai hidangan yang terdiri daripada burger, pizza, pasta, snack dan juga makanan tempatan seperti Nasi Lemak.
The Crazy Bites diterajui oleh tiga usahawan muda yang mempunyai impian besar dalam industri pemakanan. Restoran ini di buka untuk memperkenalkan makanan yang terbaik dengan persekitaran yang selesa kepada semua pelanggan tidak kira muda atau tua mahupun berbilang bangsa.
Semua makanan yang di tawarkan kebanyakannya adalah Home made, ini termasuk roti burger yang disediakan sendiri oleh The Crazy Bites . Sos yang di gunakan untuk hidangan burger juga adalah Home Made sos yang dihasilkan sendiri oleh The Crazy Bites.
Untuk pengetahuan semua The Crazy Bites hanya menggunakan bahan-bahan segar yang Halal . Buat masa ini The Crazy Bites baru beroperasi selama 8 bulan dan masih belum mempunyai sijil Halal. Ia adalah kerana untuk memiliki sijil halal, sesebuah restoran perlu beroperasi lebih daripada setahun .
Menurut pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee yang berasal Sumatera, Jambi, Indonesia pihak The Crazy Bites akan memastikan untuk mendapatkan sijil Halal setelah cukup syarat setahun setengah beroperasi tersebut.
|
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
Seperti kita sedia maklum isu Halal makanan sangat penting kepada rakyat malaysia khususnya yang beragama Islam. Walaubagaimanapun Makanan-makanan yang di hidangkan di sini di perbuat dari sumber-sumber yang halal terutama nya daging dan ayam yang diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal.
|
Kaunter untuk order tau, lepas order nanti staff akan hantarkan makanan :) |
Okay baru baru ini cik iena di undang khas oleh pemilik The Crazy Bites untuk merasa keenakan makanan yang terdapat di sini . Pertama sekali terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Mr Johan Yee diatas layanan yang cukup baik .
|
dekorasi hiasan dalaman yang cantik |
Untuk pengetahuan semua selain pelbagai jenis makanan yang ditawarkan. The Crazy Bites juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda menikmati hidangan sambil menenagkan fikiran . Keadaan restoran yang sangat tenang, dekorasi hiasan dalaman yang sangat cantik yang dapat menyejukkan mata dan menenangkan minda anda.
|
dekorasi hiasan dalaman yang cantik |
|
dekorasi hiasan dalaman yang cantik |
|
dekorasi hiasan dalaman yang cantik |
|
Mudahnya online dekat sini tau, ada wifi ada power supply . tak perlu ke starbucks dah yeayyy |
Disamping itu terdapat juga kemudahan wifi dan juga power supply bagi mereka-mereka yang ingin online dan charge laptop mahupun handphone . Ini cik iena sangat suka . Jadi cik iena tidak melepaskan peluang untuk mengemaskini blog di sini . Kepada anda yang merokok terdapat juga ruangan untuk pelanggan yang merokok di sini.
|
Ruangan luar untuk yang merokok |
Okay jom cik iena tunjukkan kongsikan makanan yang cik iena makan di The Crazy Bites. Untuk melihat lebih gambar sila berkunjung ke fanpage cik iena ya The Crazy Bites
|
Sungguh pun berbadan kecil tapi berselera besar hahaha |
|
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte |
Teriyaki Rooster Bites (chicken)
Berharga RM 16.80 untuk hidangan a la carte . Ini merupakan diantara menu yang cik iena gemari. Sos yang digunakan adalah Home made sauce . Sekali gugitan pasti membuatkan anda ingin lagi . Rasa sos yang cukup enak di gandingkan dengan ayam yang di perap beserta telur dan juga roti yang di buat sendiri . Sebelum ini cik iena takut nak makan roti bewarna hitam macam ni . Okay lepas cuba kat sini. Ahaaa memang sedap okay :)
Nah belanja gambar dekat .Nyummy sangat sedap. Anda semua patut cuba tau.
|
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte |
Harga Teriyaki Rooster Bites (chicken) ni RM 16.80 untuk burger sahaja . Dengan menambah RM 4.80 anda boleh mendapatkan minuman ringan dan juga Sweet Potato Fries . Kebiasaannya di restoran makanan segera menawarkan Potato Fries. Berbeza dengan The Crazy Bites . Sweet Potato Friesyang di hidangkan memang menarik perhatian cik iena. Sedap tau , tak rugi cuba . Selalu sangat makan Potato Fries kali ni cuba Sweet Potato Friesyang memang manis meruntum kalbu. Ahahahah lepas makan nanti senyum manis je (^_~).
|
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte + Rm4.80 for soft drink & sweet potato fries |
|
Ox Bites Beef RM 13.80 a la carte |
Kepada penggemar daging lembu mesti cuba Ox Bites Beef , Rasa daging yang cukup enak. Cukup perapan nya. Ehh apa bahasa lah . Eh anda cuba sendiri lah baru tau sedap ke tidak Ox Bites Beef ni .
|
Spiced Chicken Slider RM 12.80 |
Spiced Chicken Slider berharga RM 12.80 cukup pedas bagi cik iena . Rasa ayam yang di perap sungguh enak. Tak perlu sos lagi tau. Makan macam tu je memang sedap memang umph memang pedas untuk tahap kepedasan cik iena yang tak berapa pedas lah. Kepada anda yang gemar makan pedas. Ni cuba menu di bawah.
|
Chicken fire RM12.80 |
Chicken fire Ni tersangat lah pedas tau . Sekali gigitan cik iena mencari-cari air. Gila pedas boleh masuk hospital untuk perut iena . Hahahah tapi di sebabkan rasa-rasa kari dan rempah yang sedap. Cik iena cuba makan juga. Rasa nya sedap cuma untuk perut iena yang kurang pedas ni iena tak boleh makan banyak lah. memang menangis berpeluh iena makan . Agaknya kalau iena request kurang pedas boleh tak hehhe.iena suka rasa rempah-rempah dia. Ada rasa macam kari. tapi tak tau lah kari ke benda lain. yang pasti memang pedas giler habak hanggggg
|
Clam Vongole RM 14.80 |
Spaghetti ni memang kene dengan cita rasa cik iena . Spaghetti ni macam berkuah, ada sup. Sup tu yang mengancam tau. Sedap rasa nya . Tak rugi cuba Clam Vongole ni . Agak-agak mintak resepi , chef bagi tak hahaha. Sedap pula macam nak masak sendiri kat rumah (^_~)
|
Clam Vongole RM 14.80 |
Johan's Nasi Lemak RM 13.80
Johan's Nasi Lemak Memanga nasi lemak yang umphhhhhh. Masa iena upload gambar di instagram ada sahabat yang bertanya ini nasi ayam ke nasi lemak . Heheh ini nasi lemak tau . Tapi untuk memenuhi citarasa perut rakyat malaysia ni perlu ada lauk untuk menambahkan keenakan kesedapan nasi lemak tu . ehhh sebenarnya untuk padankan dengan harga nya la kan . Jual RM13.80 takkan nasi lemak sambal ikan bilis je :)
Nasi lemak ni memang memenuhi citarasa cik iena, nasi yang di masak dengan ekstrak jus daun pandan memang rasa pandan dan lemak lemak, bau pandan yang harum di lengkapi dengan sambal yang cukup rasa manis, masin, pedas dan di hidangkan lagi dengan ayam yang di perap dengan rempah-rempah rahsia :) .
Ayam goreng dia sangat sangat sedap tau . Makan pula dengan sambal yang cukup rasa tu. Sambal ni di masak lama untuk memastikan cili benar-benar masak dan rasa bahan-bahan yang di tumis tu sedap.
|
Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte |
Crazy Hawaiian Chicken ni memang cukup popular di The Crazy Bites ni tau . Kebanyakan pelanggan yang datang di sini akan repeat order Crazy Hawaiian Chicken . Pizza ni memang sedap dengan rasa Hawaiian Chicken beserta nenas dan cheese yang banyak . Auhh sedap tau
|
Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte |
|
Jacket Potato RM 13.80 |
Jacket Potato ini pula di jual dengan harga RM 13.80 yang mana pada iena murah juga sebab Sweet Potato yang digunakan tu sedap manis, macam Sweet Potato import tapi yang ni tak pasti pula sebab cik iena lupa nak tanya :)
Jacket Potato ni di datangkan dengan ayam yang di perap dan juga cheese beserta sos rahsia buatan sendiri gituw . Nampak tak cheese dia banyak, memang cik iena suka lah. Hantu cheese kan . Masa cik iena makan ni dengan kawan-kawn so versi ayu pakai sudu dan garfu . Kalau datang sendiri iena rasa mau iena terus ngap pakai tangan .
Sibuk bercerita tentang menu makanan, eh mana air takkan takde air kan . nahhh ini diantara air yang ada di sini . Cik iena paling menggemari Hot Chocolate dan Iced Chocolate . Penggemar coklat kan mestilah suka air coklat .
|
Hot chocolate n Iced Chocolate |
Rasa coklat yang cukup pekat . Penggemar coklat macam cik iena pasti sukakan air ni tau . Tapi kalau nak rasa lagi sedap kesedapan coklat atau nak menikmati kesedapan coklat tu anda boleh cuba Hot Chocolate . Lagi-lagi kalau anda makan makanan yang pedas . Minum pula Hot Chocolate. Ini salah satu cara untuk cik iena mengurangkan kepedasan makanan yang cik iena makan :)
|
Soft drinks n mocktail |
Selain daripada itu anda juga boleh minum Soft drinks dan mocktail . Terdapat pelbagan jenis Soft drinks dan mocktail yang di tawarkan . Ini hanya sebahagian tau.
|
Latte Freddo RM 10.80 |
Nak lagi istimewa cuba air ni Latte Freddo . Cik iena tak berkesempatan
nak rasa sebab baru nak rasa dah habis. Dua gelas habis. Sedap sangat
lah tu . hehe tak sempat cik iena merasa. Next time cik iena mesti cuba
Latte Freddo .
Selain daripada makanan diatas terdapat juga dessert yang di jual di sini . Cik iena berkesempatan merasa Peanut Butter & Banana dan Swissy Mushroom Waffle .
|
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya |
|
Cik iena bersama Rakan Blogger Joanne, lama tak jumpa joanne :) |
|
Cik iena bersama Rakan Blogger Dilla |
|
Bloggers bergambar bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee |
|
cik iena bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee yang berasal Sumatera, Jambi, Indonesia |
Terima kasih Mr Johan Yee diatas layanan yang cukup baik . Makanan di sini pun sedap sedap dan pelbagai pilihan. Dekorasi hiasan dalaman yang cukup indah dan menenangkan :)
Okay kepada anda yang di luarsana khususnya yang tinggal berdekatan subang tu jom singgah The Crazy Bites .
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 10 Am to 11 PM
Sabtu- Ahad : 8 Am to 11 PM
Alamat : A13,Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya
Website :
http://www.thecrazybites.com.my/
Facebook :
https://www.facebook.com/thecrazybites/
Instagram :
@thecrazybites
Nukilan,
0 comments:
Post a Comment