Tahukan anda terdapat tempat menarik yang masih tidak di ketahui umum di
Bentong Pahang . Ianya terletak diantara
Bentong dan
Raub. Keunikan tempat tersebut datang dari alam semulajadi. Terdapat penginapan yang menarik dan juga terdapat Ladang Lebah atau
Bee farm serta muzium lebah atau
Bee Museum yang sangat menarik untuk anda kunjungi.
Baru-baru ini cik iena telah ke
Bilut Extreme Park di Bentong Pahang kemudian cik iena berkesempatan meneroka tempat menarik yang tersorok di sini. Kedudukan nya agak jauh di dalam hutan namun ianya menjanjikan suasana yang tenan lagi mendamaikan . Di sini kami menikmati hidangan makan tengah hari dan berkesempatan mengunjungi tempat penginapan disini, ladang lebah serta muzium lebah .
Okay jom cik iena ceritakan tentang tempat ini.
Valley Agro Park
Valley Agro Park adalah permata yang tersembunyi di antara Bentong dan Raub di negeri Pahang, Malaysia. Pengasasnya, Encik Sing, mewarisi 18 ekar tanah daripada mendiang bapanya. Sebagai seorang yang berwawasan, beliau telah mengubah keadaan asal tempat itu kepada sebuah ladang kelapa sawit yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.
|
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park |
Ia diikelilingi oleh gunung ganang, pengunjung yang hadir akan disambut dengan landskap hijau yang luas dan udara segar. Diilhamkan oleh salah sebuah novel klasik terbesar Cina, Outlaws daripada (水滸傳) Marsh, Mr Sing ingin membawa cerita kepada kehidupan. Oleh itu, Agro Park Valley telah ditubuhkan.
Dalam membangunkan Agro Park Valley, Mr Sing berusaha untuk mengekalkan konsep gaya hidup yang semulajadi melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Irrigation telah dicipta dan tanah yang telah dibersihkan untuk meningkatkan kitaran ekologi dan kualiti udara. Lokasi yang tenang berfungsi sebagai tempat percutian yang sesuai untuk warga kota yang sibuk, jauh dari kebimbangan dan tekanan. Di sini, anda boleh menenagkan diri dan minda anda dengan keadaan persekitaran yang sangat tenang dan semulajadi.
|
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park |
Valley Agro Park menawarkan ikan segar sungai, makanan hasil tuaian serta buatan sendiri, dan buah-buahan yang menyelerakan, yang anda boleh makan sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Disini juga di sediakan tempat penginapan buat anda.
Jadi, Selepas hari yang panjang, anda boleh kembali ke bilik anda dimana ianya dibina dengan reka bentuk mudah dan berkonsep. Kedamaian dan ketenangan boleh didapati di kesunyian malam, yang merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan di bandar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapu muka anda membawa bau yang menyenangkan dari pokok-pokok manakala cengkerik-cengkerik mendengkan lagu dari kejauhan yang pasti menimbulkan rasa ketenangan dengan muzik dari alam semulajadi.
Makanan
Jika terdapat tempat penginapan pasti terdapat restoran atau kafe . Disini anda tidak perlu risau jika anda tidak mahu keluar ke pekan untuk makan anda juga boleh makan di sini. Menikmati makanan jauh dari bandar untuk menikmati persekitaran yang santai dan semula jadi dengan hidangan kampung halaman. alam semula jadi melalui pengalaman melihat, menyentuh, merasa, berbau dan pendengaran.
Untuk pengetahuan semua makanan di Valley Agro Park adalah halal kerana mereka tidak menghidangkan pork dan mendapatkan sumber daging dari pasar yang mempunyai sijil halal akan tetapi ianya tidak di sahkan halal kerana mereka menghidangkan minuman keras buat segelintir tetamu yang memerlukan minuman tersebut.
Antara menu yang terdapat di Valley Agro Park adalah Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, Green Pepper Steamed Catfish, Yoke Lan Chicken, Claypot Braised Eggplant Fish, Pumpkin Bean Curd dan Claypot Sweet Potato Leaves
|
Pumpkin Bean Curd |
|
Yoke Lan Chicken |
Yoke Lan Chicken memang yang ternyata sedap. Cik iena nampak macam tak sedap. Tapi bila makan dengan sambal apa tah cik iena tak pasti tapi ada banyak halia lah. memang sedap.
|
haa ni lah sambal untuk Yoke Lan Chicken yang sedap tu |
|
Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets |
iena suka makan Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, serius sedap sangat. Sebenarnya iena tak makan ikan talapia sebab bau hanyir. Berbeza dengan ikan talapia di sini. Ikan talapia di sini mereka pelihara sendiri di dalam kolam yang airnya mengalir serta airnya juga merupakan air yang datang dari gunung jadi ikan talapia di sini tidak hanyir :)
|
Claypot Sweet Potato Leaves |
|
Green Pepper Steamed Catfish |
Sama seperti ikan talapia tadi, ikan ni tidak hanyir kerana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan sumber airnya dari gunung. Sedap juga tau iena makan ikan ni sungguhpun iena memang tak makan ikan ni. Bila cuba di sini tak rasa hanyir. Kene pula dengan gaya masakan yang betul. Memang berasa masak steam nya.
|
Claypot Braised Eggplant Fish |
Claypot Braised Eggplant Fish buat penggemar sayur pasti anda akan suka. Cik iena tak makan eggplant fish tapi cik iena suka terung tu. Auhh memang sayur kegemaran cik iena.
Ikan Sungai
Valley Agro Park membekalkan ikan sungai yang hidup dengan persekitaran geografi yang sihat di mana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan bersumberkan air dari gunung.Ikan sungai disini memang sedap , berkhasiat dan yang pastinya tidak hanyir
Sayur Dan Buah Organik
Valley Agro Park juga membekalkan makanan organik dan buah-buahan seperti buah Markisa, pisang dan betik. Disini Valley Agro Park sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengekalkan lembah semulajadi ini. Menjaga kebersihan udara, mengekalkan kesuburan tanah dan memastikan air bersih tulen adalah kunci kepada penanaman sayur-sayuran organik yang terbaik dan buah-buahan.
E-Honey
E-Honey merupakan salah satu produk dari Valley Agro Park, ia merupakan sejenis madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah meliponine lebah liar hutan hujan tropika, yang mengumpul madu dari pelbagai besar tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan madu masam yang kaya dengan unsur-unsur surih dan asid organik.
Penginapan
Valley Agro Park menawarkan penginapan pondok atap kayu. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk tinggal di sini dan menikmati landskap hijau dengan bunyi alam semula jadi itu.
|
di bawah lantai kayu terdapat air seperti anda tidur di ataspermukaan sungai :) |
|
Penginapan di Valley Agro Park |
|
Penginapan di Valley Agro Park |
Penginapan di sini sangat unik, bilik yang terdapat air pada permukaan bawah . Rasa seperti tidur di dalam sungai .
Bee Farm Valley Agro Park
|
Bee Farm Valley Agro Park |
Disini anda berpeluang melihat sendiri madu yang di hasilkan oleh lebah lebah di sini. Kebiasaannya cik iena ke Bee farm atau Bee museum cik iena hanya dapat lihat karung madu yang sudah kering. Berbeza dengan disini cik iena dapat melihat karung madu yang masih berisi madu dan kelihatan lebah-lebah sedang membuat kerja masing-masing mengumpul madu di dalam karung tersebut.
|
Lebah yang sedang mengumpulkan madu |
Lebah-lebah di sini mendapatkan sumber makanan sendiri dari hutan. Bermakna ianya adalah lebah organik . Tiada makanan tambahan di beri disini. Makanan yang didapatkan adalah sumber semulajadi dari hutan. Jadi madu yang terhasil tentulah berkualiti tinggi dan organik
|
Rumah lebah yang di hasilkan oleh Bee Farm Valley Agro Park untuk lebah-lebah di sini |
Di sini pihak Valley Agro Park hanya menyediakan tempat penginapan buat lebah-lebah tersebut untuk menghasilkan madu madunya.
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
Bee Farm Valley Agro Park |
|
kami di beri rasa madu asli dari karung madu..memang sedap masam-masam manis |
|
madu |
House of Bee -Bee Museum Valley Agro Park
Di sini kesemua madu yang di jual dan di pamerkan adalah madu asli yang di hasilkan di sini .
|
Bee Museum Valley Agro Park |
Leisure in natural environment
1)
Cheow Tick Village
Dibina untuk memperingati Allahyarham bapa pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.
2)
Gek Ngo Park
Dibina untuk memperingati arwah ibu pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.
3)
Valley Agro Hill
Raikan permulaan hari yang baru dengan menonton matahari terbit di sarapan berkelah.
4)
Streamlet
Kanak-kanak dan orang dewasa boleh berenang ke dalam sungai untuk merasa kesejukan air sungai yang datang dari gunung.
5)
Vegetable Garden
Anda boleh melihat banyak peringkat yang pertumbuhan sayur-sayuran dari bercambah untuk berkembang sepenuhnya. Satu pengalaman yang hebat untuk keluarga yang ingin mengajar anak-anak mereka tentang asal sayur-sayuran. Dengan melihat proses dan usaha yang diperlukan untuk sayur-sayuran ini berkembang .
6)
Miniature Animal Park
Melihat dengan lebih dekat pada haiwan di taman haiwan disini.
7)
Tree House
anda akan BerPengalaman merasai bagaimana orang dari zaman dahulu membina rumah-rumah mereka dari awal dan hidup harmoni dengan alam semula jadi.
|
Tree House |
8)
House of Bees – Bee Museum
Memasuki dunia mistik lebah dalam persekitaran semula jadi mereka di ladang lebah. madu tulen dari lebah liar yang dihasilkan di sini. Lebah mengumpul intipati daripada beribu-ribu bunga untuk menghasilkan E-Honey. Ia penuh dengan manfaat kesihatan yang kaya dengan nutrien.
9)
Fishing
Pelawat boleh melihat dan menangkap ikan di sini secara percuma. Tangkap dan lepas dibenarkan tetapi ikan akan dikenakan berdasarkan berat badan mereka jika pengunjung ingin mengambil hasil tangkapan mereka. Pelawatmesti menyediakan peralatan memancin sendiri dan boleh memaklumkan kakitangan jika mereka ingin memasak ikan mereka. masa memancing adalah antara 1 tengah hari hingga 8 malam.
10)
BBQ
Pada hanya RM 25 per pax, sekurang-kurangnya 6 orang boleh menggunakan kawasan barbeku. Walau bagaimanapun, tempahan 3 hari awal diperlukan.
11)
Nature Experience
12)
Camping
13)
Karaoke
14)
Group Tours
15)
Banquets
16)
Annual Dinner
17)
Conference or Seminar
Okay untuk maklumat lanjut sila layari atau hubungi :
Website :
http://www.valleyagropark.com
Facebook :
https://www.facebook.com/valleyagropark
Youtube :
https://www.youtube.com/channel/UCpoOeWFj95_U XPNcVqiVkhA
Map:
https://goo.gl/maps/uqxRbiXvkZR2
Address : PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.
Contact : +6019-228 9152 ( 11:30am - 09:30pm )
Nukilan,