7-Eleven merupakan sebuah kedai serbaneka yang mana ia bermula sebagai penjual ais, kemudian ia menawarkan keperluan lain seperti susu, roti , telur dan sebagainya. Ianya beroperasi selama 24 jam.
7-Eleven ditubuhkan oleh JC Thompson pada tahun 1927 sebagai The Southland Ice Company di Dallas, Texas.
Idea perniagaan yang dihasilkan ini telah membuat pelanggan berpuas hati dan telah meningkatkan hasil jualan mereka. 7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang sejak Mac 2007.
7-Eleven terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand. Ia merupakan anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bh (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 1879 buah kedai di seluruh negara . 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.
Baru-baru ini cik iena telah di jemput untuk menghadiri majlis iftar bersama blogger anjuran 7-Eleven Malaysia. Majlis ini berlansung cukup meriah walaupun menu iftar yang di hidangkan adalah dari rangkaian produk Fresh To Go dari 7-Eleven . Konsep beserderhana yng diamalkan sangat bagus dterapkan di dalam bulan ramadhan khususnya bagi mengelakkan pembaziran makanan yang banyak .
Menu resh to go yang menambat hati cik iena . Sedap tau spagethi dia. Nasi lemak, nasi goreng, mee hon goreng pun sedap :) cik iena siap bawa balik tapau untuk sahur (^_~) |
Pada sesi iftar bersama 7-Eleven Malaysia ini kami telah dimaklumkan oleh pihak 7-Eleven Malaysia tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang di tawarkan di 7-Eleven Malaysia yang ada diantaranya umum masih belum mengetahui tentangnya .Untuk pengetahuan semua, selain menawarkan barangan runcit, terdapat juga perkhidmatan lain yang di tawarkan di 7-Eleven. Antara perkhidmatan yang di tawarkan adalah seperti berikut.
BILL PAYMENT
Kini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada barisan panjang dan menikmati kemudahan membayar bil U Mobile, TM, Syabas dan Astro anda di salah satu daripada cawangan 7-Eleven di Malaysia.
BOXiT PARCEL LOCKER
7-Eleven telah bekerjasama dengan BOXiT, pengendali bungkusan persalinan tempatan untuk menampilkan bungkusan loker di seluruh negara yang menyediakan perniaga-ke-pengguna, pengguna-ke-perniaga untuk penghantaran pulang, transaksi perniaga -ke-perniag dan juga bank-ke-pelanggan dan perkhidmatan pelanggan-to-bank. Melalui kerjasama ini, perkhidmatan locker ini akan membawa nilai tambah kepada “one-stop experience” .
MOLPOINTS
Teknologi pembayaran mikro dalam talian dipanggil MOLPoints, sistem pembayaran yang membolehkan pengguna di seluruh negara untuk membeli permainan dalam talian, produk, dan perkhidmatan di 7-Eleven dan membayar untuk pembelian anda di lebih 1.6 juta saluran fizikal, dalam talian dan mudah alih di lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia.
MOLPAY
7-Eleven Malaysia menjadi orang tengah kepada operasi digital, pelanggan juga boleh mempunyai akses untuk melakukan transaksi MOLPay di 7-Eleven. MOLPay adalah satu penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan peniaga e-dagang untuk mengutip bayaran daripada pembeli dalam talian dengan selamat melalui saluran pembayaran fizikal dan dalam talian.
Ini membolehkan anda membuat pembelian dari kedai-kedai dalam talian, kedai blog atau penjual kasual yang menggunakan MOLPay dan membayar secara tunai di 7-Eleven untuk transaksi dalam talian mereka.
TOUCH N GO RELOAD
7-Eleven telah menjadi rakan setia di mana pelanggan dapat menambah nilai bila-bila masa kad Touch n Go mereka dan di mana sahaja.
Kad 7-Eleven yang telah keluarkan istimewa buat pelanggan setia di 7-Eleven. Bagi setiap pembelian di atas daripada RM3.00, pelanggan boleh mendapatkan 1 BPoint dan dengan BPoints anda, anda boleh menebus barangan eksklusif dalam talian . Anda boleh melihat ganjaran yang tidak terhad di www.Bcard.com.my
SEMURNI KASIH 2016
SEMURNI KASIH 2016 |
7-Eleven Malaysia berusaha untuk mengumpul bekalan makanan dan bukan makanan bagi pengagihan kepada Insan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. 7-Eleven Malaysia telah berjaya mengumpul barangan keperluan bernilai lebih daripada RM 2.6 mil yang mana ianya di terima dari hadiah melalui Semurni Kasih program koleksi amal 2015.
Pelanggan boleh menyumbang dengan hanya membeli mana-mana keperluan dan meleletakkannya ke dalam kotak koleksi pada semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia. 7-Eleven Malaysia akan mengedarkan barangan yang dikumpulkan untuk mereka yang memerlukan. Sila rujuk http://www.7eleven.com.my/community-care untuk senarai benefisiari penuh untuk Semurni Kasih 2016.
SEMURNI KASIH 2016 |
SEMURNI KASIH 2016 |
Nukilan,
|