Masihkah anda ingat restoran yang pernah menjadi kontroveri oleh Azwan Haji Ali dan pernah viral disebabkan harga steak yang beribu. Me'nate Steak Hub merupakan rangkaian restoran yang cukup popular dengan hidangan dagingnya. Pelbagai bahagian daging kambing dan lembu dimasak cukup sempurna dengan keunikkan caranya yang tersendiri menjadikan restoran ini menjadi tarikan penggemar daging.
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging |
Untuk pengetahuan semua tidak semuanya mahal di Me'nate Steak Hub, malahan harganya adalah standard seperti restoran berprestij tinggi lain. Namun daging seperti Wa'gyu yang mana umum sudah ketahui bahawa ianya bukan daging biasa-biasa malah ianya salah satu daging yang amat premium yang biasa di makan oleh orang-orang kaya seluruh dunia sahaja.
Me'nate Steak Hub Setapak |
Jadi anda boleh nikmati hidangan steak dengan pelbagai harga mengikut kemampuan dan citarasa anda. Baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Me'nate Steak Hub Setapak di mana cik iena di maklumkan bahawa terdapat Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 yang akan di tawarkan kepada pelanggan bersempena bulan mulia penuh barakkah bulan Ramadhan Al Mubarak.
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging |
Bahagian,bahagian pada lembu dan kambing |
Istimewanya untuk ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub telah memperkenalkan beberapa menu baru sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang datang untuk berbuka di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.
Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 di Me'nate
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging |
Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-
1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK
Nasi Me'nate |
Untuk pengetahuan semua, Nasi Me'nate merupakan menu istimewa dari dapur Me'nate yang menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas. Rasanya cukup enak jika dibandingkan dengan nasi-nasi arab di restoran lain.
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging |
Untuk menu hidangan dalam kategori 'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang. Ianya sangat unik di mana ianya didatangkan di dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) untuk di nikmati bersama-sama rakan mahupun keluarga dan sedikit sebanyak ianya dapat mengimarahkan lagi suasana serta dapat mengeratkan silaturrahim.
1. HEAVENLY BEEF
Terdapat 2 jenis set iaitu:-
a. Short Ribs
Short Ribs |
Kepada Peminat bahagian ribs, ini adalah hidangan yang lazat untuk anda nikmati . Di makan bersama Nasi Me'nateyang se memangnya akan memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah lagi ianya didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya.
Short Ribs |
Harga : RM 300 (4-6 orang)
b. Wagyu Spare Ribs
Wagyu Spare Ribs |
Bahagian daging yang menjadi kegemaran buat peminat/pemakan daging yang tegar. Setelah mencuba daging wagyu ini baru saya sedar mengapa ianya begitu diminati. Rasanaya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.
Harga : RM 400 (4-6 orang)
2. HEAVENLY LAMB
Terdapat 2 jenis set iaitu:-
a. Lamb Shoulder
Lamb Shoulder |
Adakah anda Peminat daging kambing? Sekiranya ya, anda Boleh mencuba hidangan 'lamb shoulder' ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ianya Dimasak cukup sempurna bersama sos perapan rahsia yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Anda pasti terkejut kerana tiada bau hamis ketika menikmati hidangan kambing ini .
Harga : RM 350 (4-6 orang)
b.Lamb Shank
Lamb Shank |
Merupakan bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Ianya merupakan daging di bahagian kaki belakang, yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat stik ataupun dibakar.
Harga : RM 350 (4-6 orang)
3. HEAVENLY CHICKEN
HEAVENLY CHICKEN |
Hidangan ayam gril yang cukup istimewa dari Me'nate . Di perap dengan rempah rahsia supaya rasa Ayam lebih sedapdan enak di mana hidangan ini menjanjikan ayam yang empuk,lembut serta berasa perapan rempah ketika di makan
Harga : RM 99 (4-6 orang)
4. GROUP STEAK
Group Steak |
Pilihan kepada stik daging lembu atau kambing dan ayam gril. Didatangkan bersama ;-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.
Aglio E Olio |
Coleslaw |
Mashed potato |
gambar rangkaian daging yang ditawarkan, antaranya seperti lamb shank, ribs dan ribs eye. |
Harga : RM 80(per pax) - minuman order 4 pax
Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)
Kemudahan Surau Me'nate Steak Hub
Terdapat kemudahan surau di tingkat satu dan dua dimana surau perempuan terletak di tingkat satu manakala surau lelaki terletak di tingkat dua. Jadi kepada anda yang berbuka puasa di sini anda tidak perlu risau dan tergesa-gesa makan untuk pulang menunaikan fardhu magrib atau untuk ke surau atau masjid berdekatan. Dengan adanya kemudahan surau ini dapat lah anda menghabiskan hidangan anda dengan perlahan dan penuh nikmat tanpa tergesa-gesa.
Cik iena di fahamkan, Kemudahan surau ini bukan sahaja terdapat di cawangan setapak malahan terdapat di semua cawangan Me'nate Steak Hub.
Menarik tak tawaran istimewa ramadhan dari Me'nate , untuk merasai keenakan hidangan dari Me'nate Steak Hub jom hadir ke mana-mana cawangan seperti dibawah:-
SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya
Selangor
BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Untuk Tempahan sila hubungi:
019-3911047
019-4771047
019-2611047
Nukilan,
|
Sedap.. memang sedap... terasa nak pergi makan lagi dengan ahli keluarga....
ReplyDeletekan kak :)
DeleteInsya Allah kalau ada kelapangan boleh la bawa family :)
Wah.. harga boleh tahan
ReplyDeleteWah.. harga boleh tahan
ReplyDeleteWow suka makan kat Me'nate ni kan nanti datang lagi lah hehehehe..
ReplyDelete