Menikmati hidangan berbuka puasa di Hotel 5 Bintang pasti memberikan pengalaman yang indah . Suasana dan dekorasi Hotel Bertaraf 5 Bintang pasti membuatkan hari anda begitu indah di tambah dengan layanan yang baik dari pekerja Hotel . Lokasi ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berbuka puasa dalam keadaan suasana eksklusif yang tenang lagi indah bersama ahli keluarga tercinta mahupun sahabat-sahabat ataupun rakan-rakan perniagaan anda.
Alhamdulillah baru-baru ini cik iena telah di jemput untuk menghadiri Majlis Preview Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur . Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hotel kerana sudi menjemput cik iena dan juga rakan-rakan blogger lain. Cik iena pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba menu Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel. Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur membawakan konsep "DARI DAPUR UMMI " dimana ianya membawa maksud yang mendalam . Masakan dari air tangan ibu sudah pastinya sentiasa menjadi pilihan kita . Konsep yang cuba di ketengahkan ini membawa pelbagai jenis menu tradisional yang popular dan tidak lekang dek zaman.
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada hidangan-hidangan tradisional kampung yang di ilhamkan sejak turun temurun. Pada tahun ini, Hotel Sunway Putra mengetengahkan 10 jenis stalls,
dimana tetamu dapat merasai pelbagai masakan Malaysia. Antaranya :
Rebus-rebus
Oriental Barbeque Lamb & Chicken
Satay Kambing
Bakar-Bakar
Panggang-panggang
Barbequed GrilledFish (Ikan Bakar)
Celup-celup (steamboat)
Goreng-Goreng (Cucur ikan bilis, cucur udang, cucur kelapa & etc)
Kukus-kukus (Kuih talam &; etc)
Pelbagai jenis ulam
Pelbagai jenis ulam
Selain daripada itu juga , Pelbagai jenis ulam dan kerabu akan dihidangan sepanjang buffet ramadan seperti
Kerabu Isi Kelapa
Daun Selasih
Kerabu Tembikai
Kerabu Rampai
Kerabu Isi Ikan Pedas
Ulam Kampung
Kerabu Isi Ikan Pedas
Bagi pencinta steamboat pula, anda boleh dapatkan steamboat dengan
kepelbagaian rasa. Apa yang menariknya, steamboat di sini tidak direbus
menggunakan air biasa, tetapi diberi pilihan seperti Sup Dashi (sup
jepun), Sup Ayam dan lain-lain. Jadi anda boleh menikmati pelbagai pilihan steamboat mengikut citarasa anda.
steamboat
Antara menu Bertemakan
Dari Dapur Ummi adalah
Resepi ibunda Chef Rossham bin Rosli
- Ikan keli masak lemak bunga kantan
- daging masak lemak cili padi
- Ikan tenggiri Goreng dengan sambal lemak tempoyak
Resepi ibunda Chef Shaari bin Ismail
- Ayam masak kari hijau utara
- Daging rendang dendeng
- Udang kalio dengan pucuk paku
Resepi ibunda Chef Mathavan A/L Velayutham
- Kambing Paratel
- Kati Ayam Mentega
- Sotong masala
Resepi ibunda Samsuddin bin Ahmad
- Peha ayam kicap berempah
- Ikan patin masak tempoyak dengan timun
- Perut Masak Lemak dan rebung
Resepi ibunda Chef Rukedi bin Yajid @ Aziz
- Lompat tikam
- Badak berendam
- Ubi kayu rebus dengan kelapa
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Untuk maklumat mengenai lokasi dan harga Buffet Ramadhan 2016 di Sunway Putra Hotel , sila rujuk bawah :
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
0 comments:
Post a Comment