Grab The Promo
Grab The Promo

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!
Kuala Lumpur, 7 Jun 2016 – Sepanjang bulan Ramadan – 6 Jun hingga 5 Julai – 11street
(www.11street.my), e-mall yang pantas berkembang di Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan
Kebajikan Budimas untuk melancarkan kempen kebajikan ‘Do Good Deals’. Kempen tersebut bertujuanmengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan menyediakan mereka dengan hidangan harian yang paling penting.

Di Malaysia, 11street memang terkenal di kalangan pengguna yang ingin mencari pelbagai jenis produk pada harga yang cukup menarik. Ingin membuat sedikit kelainan pada Ramadan kali ini, gergasi e-dagang itu melancarkan satu inisiatif kebajikan yang dikenali sebagai ‘Do Good
Deals’
.  
 
Ia menawarkan orang ramai peluang untuk Beli Sambil Memberi,menerusi pelbagai tawaran menarik di samping menjadi satu platform untuk para pelanggan melakukan kebaikan kepada komuniti.

Pada laman ‘Do Good Deals’11street, pelanggan boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan. Apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu
menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah di Malaysia.


Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, “Di 11street, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi dan bukan sekadar menerima. Salah satu cara kami menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia adalah dengan menberikan tawaran hebat buat mereka. Pada musim perayaan kali ini, kami terus berpegang kepada nilai utama kami iaitu untuk menawarkan tawaran hebat. Namun, apa yang berbeza adalah kami memberikan perspektif berlainan tawaran hebat dengan membawakan senyuman di wajah pelanggan apabila membayar pada harga yang lebih tinggi.”

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


“Untuk membuatkannya relevan kepada para pelanggan, kami memilih jenama dan produk yang
berkongsi kepercayaan sama dengan kami, sebelum kami menaikkan laman ‘Do Good Deals’ sempena Ramadan ini. Untuk menjadikan kempen ini lebih mengujakan, kami komited untuk mengumpul setiap ringgit yang disumbang oleh rakyat Malaysia demi menawarkan masa depan yang cerah buat anak-anak kita,” tambah Kim. Sumbang Makanan Kepada Seorang Kanak-kanak Dengan Hanya satu Klik menyediakan mereka sarapan pada setiap hari di sekolah.

“Sarapan ialah hidangan paling penting. Ia juga penting bagi pertumbuhan kanak-kanak dan kemampuan pelajar untuk fokus ketika berada di dalam kelas. Justeru, inisiatif sarapan ini bukan sekadar memastikan setiap kanak-kanak diberi makanan pada waktu pagi, tetapi menyediakan mereka peluang pendidikan,” jelas Ketua Pegawai Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran. “Inisiatif 11street memiliki matlamat yang sama. Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan mereka ketika kami terus membantu kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian dan pertolongan.” Menyumbang untuk Usaha Murni Bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam inisiatif Beli Sambil Memberi, pelbagai produk yang terdiri daripada barang-barang runcit, produk isi rumah hinggalah elektronik akan dijual mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016.
 
 
Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Jadi, pelanggan boleh melengkapkan kediaman masing-masing dengan apa jua barangan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya. Antara jenama yang bekerjasama dengan
11street termasuklah Tupperware, Kinohimitsu dan banyak lagi.

Menerusi inisiatif ini, 11street cuba menjangkau semua rakyat Malaysia dan menyampaikan bantuan
mereka dalam memastikan kanak-kanak di seluruh negara tidak lapar pada waktu pagi. Sertai usaha ini dan beli produk-produk yang ditawarkan pada harga sedikit tinggi demi manfaat kanak-kanak yang terlibat. 

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Untuk menyokong usaha ini, sila layari laman web: http://www.11street.my/evt/do-good-deals-june2016/home.do. Inisiatif ‘Do Good Deals’ juga berada di bawah payung Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ 11street. Ia menggabungkan semua produk, perkhidmatan serta promosi berkaitan Ramadan dan Hari Raya yang dimahukan oleh rakyat Malaysia di bawah satu bumbung. Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my (www.11street.my) atau hubungi talian 03-2720 0000 untuk maklumat lanjut.


  • 11street bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk menyediakan hidangan paling penting kepada
    golongan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi satu kempen kebajikan atas talian
  •  Kempen Do Good Deals 11street membawakan senyuman kepada pelanggan atas setiap ringgit tambahan yang
    dikeluarkan. 11street akan mendermakan wang tersebut untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, ketika
    pelanggan membeli-belah keperluan Raya mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve