Senigala Studio & Photography merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia
Seni Fotografi. Hasil kerja fotografi yang di hasilkan sentiasa memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan.
Antara perkhidmatan Fotografi yang di tawarkan oleh Senigala Studio & Photography adalah Fotografi Perkahwinan, Fotografi Potrait dan fotografi Model.
Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Dalam menghasilkan gambar yang cantik, kolaborasi diantara fotografer dan subjek juga adalah sangat penting .
Senigala Studio & Photography menawarkan servis yang sangat bagus di mana mereka sendiri akan membantu pelanggan untuk mendapatkan gambar yang terbaik dengan memberi tunjuk ajar mahupun cadangan kepada pelanggan mereka agar gambar yang di hasilkan kelihatan sangat cantik dan menarik.
Sehari sebelum tibanya ramadhan 2016, cik iena berkesempatan menghadiri satu sesi Photoshoot bersama sama dengan Senigala Studio & Photography di Taman Tasik Perdana yang telah dianjurkan oleh founder Hai Blogger iaitu saudara Halim Nadzeri. Ini bukan merupakan pengalaman pertama cik iena berphotoshoot kerana sebelum ini cik iena pernah menceburi dunia peragaan/modelling .
Dari pengalaman cik iena bekerjasama dengan
photographer-photographer lain ada juga diantara
photographer yang hanya mengambil gambar tanpa memberi tunjuk ajar. Berbeza dengan servis yang di tawarkan oleh
Senigala Studio & Photography . Anda akan di bantu untuk memberikan
pose/moment yang bersesuaian dengan lokasi untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik.
Selain memberi khidmat nasihat untuk tatacara bergambar, mereka juga
sangat komited dalam melakukan sesuatu tugasan dimana setiap tugasan
akan di bahagi supaya dapat menyelesaikan sesi fotografi dalam masa yang
telah di anggarkan . Konsep pengagihan kerja ini membuatkan sesi
fotografi berjalan dengan lancar dan berakhir dengan pantas beserta
kualiti yang baik.
Jemput lihat sebahagian gambar yang di hasilkan dari sesi fotografi tersebut .
Untuk pengetahuan semua pada sesi fotografi ini cik iena telah menggayakan
Koleksi Hari Raya Dari PinkzFashion . Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut anda boleh membuat pembelian secara dalam talian mahupun di Butik Mereka . Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari
Baju Kurung Moden Cantik di PinkzFashion
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan servis photograhy dari Senigala Studio & Photography anda boleh email pertanyaan anda kepada senigalastudio@gmail.com atau pun anda juga boleh menghubungi mereka di laman sosial mahupun menerusi talifon bimbit mereka.
Email : senigalastudio@gmail.com
Nukilan,
Nak tanya sikit la, yang itu model ke bunga?
ReplyDeleteChiiaaa chiaaa chiaaa
Haha chia chia chia
ReplyDelete