Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, amatlah penting bagi kita untuk memilih telefon pintar yang sesuai berdasakan budget dan tawaran yang terbaik.
Di sini cik iena ingin berkongsi tentang telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan iaitu Honor 5C. Pada tahun ini, Honor 5C meneruskan legasi Honor 5X dengan penawaran rekaan yang lebih kompak bersama spesifikasi yang telah diperbaharui. Ianya hadir dengan 3 pilihan warna iaitu grey, silver dan gold.
Honor 5C akan dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey dan Silver) dan RM849 (Gold). |
SPESIFIKASI HONOR 5C | |
---|---|
Chipset | HiSilicon Kirin 650 |
CPU | 2.0 GHz Cortex-A53 empat-teras 1.7 GHz Cortex-A53 empat-teras |
GPU | Mali-T830 MP2 |
Memori | 2GB RAM |
Storan | 16GB, microSD sehingga 256GB |
Kamera Utama | 13MP auto-focus, f/2.0, rakaman 1080p |
Kamera Hadapan | 8MP, f/2.0, rakaman 720p |
Skrin | 5.2-inci IPS, 1920×1080 piksel, 424 ppi |
Sambungan | 4G LTE, WiFi, A-GPS, Bluetooth 4.1 |
Sistem | Android 6.0 Marshmallow + EMUI 4.1 |
Bateri | 3000 mAh, tidak boleh dikeluarkan |
Berat dan Ketebalan | 156g, 8.3mm |
Rekabentuk
Menawarkan rekabentuk bahagian skrin sisi yang tidak tebal . Pada bahagian belakang peranti pula masih meengekalkan rekabentuk Honor 5X dengan penambahan sedikit perubahan rekaan yang kini sedikit membulat. Material binaannya juga masih sama yang mana hadir dengan binaan brushed aluminum di bahagian belakang .
Selain itu ianya meenawarkan skrin 5.2-inci , berresolusi HD penuh 1080p dan paparan IPS LCD . Mempunyai ciri paparan warna yang cukup terang (424 ppi) tanpa memperlihatkan sebarang piksel pada mata kasar. Ianya juga cukup terang pandangannya dari pelbagai sudut darjah.
pandangan belakang |
Pandangan sisi |
Menggunakan Cip pemprosesan kirin 650 yang beroperasi dengan sangat pantas. Peranti ini hadir dengan 16GB ROM bersama memori 2GB RAM dan boleh menyokong penambahan microSD sehingga 256GB.
Pengimbas Cap Jari
Honor 5C menggunakan sistem pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti dimana Lokasinya pengimbas jari adalah di bawah kamera dengan kedudukan yang mudah untuk dicapai. Ia juga tidak memerlukan anda menghidupkan paparan terlebih dahulu untuk menggunakan pengimbas cap jari ini. Dengan hanya menyentuh jari yang telah ditetapkan, telefon akan dinyahkunci dengan serta merta.
Sistem
Honor 5C dijana dengan antaramuka EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marshmallow .Peranti ini menampilkan animasi pembukaan aplikasi dan paparan multitasking yang begitu lancar. Antaramuka keseluruhannya juga kini diperbaharui dengan design language yang lebih kemas dan minimal selari dengan citarasa rekabentuk moden.
Terdapat fungsi-fungsi menarik lain seperti Phone Manager yang memudahkan anda menguruskan telefon anda seperti kawalan storan, privasi, dan bateri. Peranti ini juga menampilkan fungsi Health yang mampu mengesan langkah anda berjalan seumpama aplikasi Google Fit.
Terdapat juga beberpa aplikasi lain seperti WPS Office, Facebook, Clean Master, Shazam, Booking.com, dan Dropbox di dalam satu folder yang dinamakan Top Apps.
Fungsi Health
Fungsi Health |
Fungsi Health |
Selain daripada itu terdapat juga fungsi scrollshot . Ia adalah lanjutan dari fungsi screenshot . Di mana ianya sangat berguna jika apa yang ingin anda screenshot melebihi size peranti tersebut . Contoh yang sempat cik iena scrollshot seperti dibawah.
Ouh
maaf panjang sangat, jika dalam handphone dan laptop kesemua tulisan
dapat di baca tapi bila cik iena upload jadi kecil molek macam ni (^_~)
Fungsi ni sangat sesuai lah untuk anda yang suka stalk-stalk dan screenshot message-message ;)
Fungsi ni sangat sesuai lah untuk anda yang suka stalk-stalk dan screenshot message-message ;)
Prestasi
Honor 5C mempunyai prestasi yang lancar. Membuka aplikasi dan paparan multitasking tidak akan melambatkan proses, malahan ianya pantas tanpa sebarang lengah masa. Melayari laman web di Chrome dan membuka beberapa aplikasi lain dalam satu masa tidak lagi menjadi masalah.
Kamera
Pebagai fungsi kamera Belakang honor 5c |
Honor 5C menggunakan sensor 13MP f/2.0 pada kamera di bahagian belakang. Dari segi prestasi, penanti ini lebih berprestasi cemerlang apabila melibatkan kawalan cahaya dan warna. Hasil gambar kini kelihatan lebih cerah dan cantik .
Kamera hadapan Honor 5C hadir dengan sensor 8MP f/2.0. Kamera hadapan peranti ini jelas setanding menggunakan peranti yang memfokuskan selfie . Terdapat juga fungsi Beauty Mode bagi mencantikkan lagi wajah . Honor 5C juga hadir dengan lensa lebar 88-darjah dalam membantu untuk mengambil gambar selfie secara beramai-ramai.
Ia juga hadir dengan fungsi Good Food yang mampu mencerahkan lagi warna dan cahaya pada gambar makanan yang diambil .Terdapat juga fungsi Light Painting yang mana membolehkan anda mengambil kreativiti anda bersama cahaya tanpa perlu menetapkan sebarang fungsi manual terlebih dahulu. Selain daripada itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti HDR, panorama, dan pengimbas dokumen .
Fungsi DSLR pada Honor 5C |
Terdapat juga fungsi PRO PHOTO dengan kehadiran manual mode yang begitu lengkap seperti kamera DSLR yang mana boleh dikatakan harga yang ditawarkan di bawah RM800 adalah murah untuk fungsi seperti ini. Ia hadir dengan kawalan ISO, metering, dan kawalan manual focus dalam memudahkan anda mengawal jumlah pemfokusan pada sesuatu objek.
Begitu juga dengan fungsi yang terdapat pada video, Honor 5C turut menampilkan kawalan manual melalui Pro Mode yang turut membolehkan anda mengawal fokus ketika mengambil video. Fungsi beautify juga terdapat pada peranti ini.
Pertama kali cik iena mencuba Honor 5C
adalah aplikasi kamera. Untuk pengetahuan, cik iena sangat gemar
bergambar . Jadi perkara pertama yang cik iena cuba adalah mengambil
gambar. Buat penggemar selfie seperti cik iena, Honor 5C sangat sesuai kerana gambar yang di hasilkan dari kamera selfie yang diambil cantik walaupun tidak menggunakan Beauty Mode.
gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode |
Cik iena suka hasil gambar selfie ni walaupun keadaan tempat adalah gelap tapi gambar ni nampak cantik :)
VIDEO SELFIE NORMAL MODE
Video ini di rakamkan dengan menggunakan Kamera Depan (Selfie) HONOR 5C dengan mengunakan normal mode .
Terdapat juga fungsi scan document yang mana pada cik iena ianya sangat bagus . Jadi selepas ini jika anda perlu scan sebarang dokumen di pejabat mahupun di rumah anda boleh lakukannya dengan mudah. Tidak perlu lagi membeli scanner untuk scan dokumen .
Berikut merupakan contoh gambar yang menggunakan fungsi ini . Dibawah merupakan gambar poster yang cik iena rakamkan di 7eleven .
Honor 5C Fungsi Scan Document |
Honor 5C Fungsi Scan Document |
Hasil gambar yang akan di simpan secara automatik adalah seperti di bawah
Honor 5C Fungsi Scan Document |
Disebabkan jarak pengambilan yang jauh gambar agak sedikit kabur .Untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik anda perlu lebih dekat pada objek untuk scan document tersebut
Setelah anda scan document gambar akan di simpan pada folder Readjusted documents
Honor 5C Fungsi Scan Document |
Jemput tonton video di bawah di mana cik iena menunjukkan tentang cara penggunaan documen scan dan hasil nya .
Hasil
Hasil
Bateri
Mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun hadir dengan kapasiti bateri 3000 mAh. Dari segi penggunaan, peranti ini mampu menawarkan pengalaman penggunaan sepanjang hari .
Dengan sokongan pengecas (tablet) 5V/2A pada peranti ini mampu mengurangkan kadar waktu mengecas peranti seumpama peranti yang menyokong pengecasan pantas.
Kesimpulan yang dapat cik iena buat setelah mencuba Honor 5C adalah ianya merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi yang sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya golongan remaja yang mempunyai budget yang rendah.
Cik iena sangat menyukai Kamera Belakang Honor 5C berbanding kamera telefon pintar Honor 7 yang sedang cik iena gunakan . Dimana harga bagi kedua telefon pintar ini berbeza hampir separuh harga .
Jika sekiranya Honor 5C keluar dulu pasti cik iena akan mendapatkannya terlebih dahulu kerana harga yang di tawarkan sangat murah dengan ciri ciri spesifikasi tinggi yang di tawarkan . Walau apapun kedua talefon pintar cik iena ini pasti ada perbezaan . Salah satu yanag cik iena suka pada Honor 7 yang tiada di Honor 5C adalah Honor 7 pada kamera hadapan mempunyai flash .
Okay jemput lihat gambar lain yang sempat cik iena ambil dengan menggunakam kamera Honor 5C.
GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL MENGGUNAKAN HONOR 5C
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without Flash |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | out door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | without flash |
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash | |
Honor 5C | KAmera Belakang | Good Food Mode | with flash |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | with flash | in door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door |
Honor 5C | KAmera Belakang | Normal Mode | without flash | out door |
Gambar pembinaan diatas diambil oleh adik cik iena yang mana bekerja sebagai Site Engineer . Selepas ini tak perlu lah bawa kamera DSLR atau kamera compact untuk mengambil gambar site untuk kegunaan kerja . Dengan menggunakan Honor 5C gambar yang di hasilkan cantik .
Untuk melihat gambar lain yang diambil menggunakan Honor 5C ini sila lihat di laman instagram cik iena dengan #honor5ciena
Untuk melihat gambar lain yang diambil menggunakan Honor 5C ini sila lihat di laman instagram cik iena dengan #honor5ciena
Untuk pengetahuan, peranti Honor juga boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.
Tempahan awal boleh dibuat melalui www.lazada.com.my
di Lazada | Honor 5C .
Pre Order/ tempahan awal : 20 Jun 2016 Hingga 24 June 2016
Akan di Jual Di Lazada Pada : 28 June 2016
di Lazada | Honor 5C .
Pre Order/ tempahan awal : 20 Jun 2016 Hingga 24 June 2016
Akan di Jual Di Lazada Pada : 28 June 2016
Nukilan,
|
Ena paling suka part scrollShot tu.. senang ooo nk SS.. tak payah nak SS banyak2 kali..
ReplyDeletehehe betul tu tak yah nak screenshot satu2 kan :)
Deletesis betul ke pakai honour gmbar cntik ..SBB sy beli knpe gmbr pecah2 ek
Deletehi dear, awak pakai model yg mana ye?
Deletehonor 5C ke?
iena pakai honor 5C & honor 7 ok